Sunday, March 28, 2010

Contohi Pelaksanaan Jom Heboh di Kelantan


Baru-baru ini Karnival Jom Heboh telah di laksananakan di Kota Bharu, Kelantan Serambi Mekah. Apabila kita menyebut Jom Heboh, mesti terbayang di benak fikiran kita tentang percampuran lelaki dan perempuan, persembahan artis lelaki dan perempuan, terloncat sana, terloncat sini, dan segala-galanya yang negatif.


Tetapi keadaan berbeza dengan Karnival Jom Heboh yang diadakan di Kelantan, satu-satunya negeri Pimpinan Ulama', Jom Heboh dapat dimurnikan pelaksanaan sesuai dengan syariat yang digariskam dalam Islam.


Kerajaan negeri Kelantan meletakkan beberapa syarat untuk Jom Heboh bertapak di Kelantan buat pertama kalinya kepada pihak penganjur.Antaranya, ialah pengasingan pelawat kepada 3 kumpulan iaitu lelaki, perempuan dan bekeluarga. Ini sangat berbeza dengan Jom Heboh di negeri lain yang jelas memperlihatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang menyebabkan gejala sosial bertambah.


Selain itu, persembahan hanya terdiri daripada kalangan artis lelaki sahaja iaitu Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Kebanyakan artis ini tidaklah sepopular artis yang membuat persembahan di negeri lain.Kenapa?adakah artis-aris lain malu nak buat persembahan di negeri Tuan Guru? Keadaan in menjelaskan bahawa negeri Kelantan mempunyai aura tersendiri yang menyebabkan artis yang tidak "lengkap" segan untuk membuat persembahan terutama artis-artis yang melampaui batas.


Karnival ini juga tdifahamkan tidak mendapat siaran langsung sepertimana yang selalu di buat oleh TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini. Ini juga menjadi persoalan. Kenapa? sepatutnya TV3 menyiarkan Jom Heboh di Kelantan supaya rakyat melihat perbezaan pelaksanaannya berbanding di negeri-negeri lain.Sekaligus dapat memberi pengajaran dan hikmah dalam melaksanakan hiburan menurut Islam. Adakah kerana Kelantan adalah negeri pimpinan PAS? hanya orang yang berfikiran cetek sahaja yang menjadikan alasan ini untuk menafikannya.


Ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin. Walaupun begitu,bukan itu yang kita harapkan. Yang penting untuk kita adalah setiap program yang kita anjurkan mendapat keredhaan Allah SWT dan maghfirahNya. Apalah guna program kita dihiasi dengan artis-artis terkenal, orang-orang yang ramai, tetapi murka Allah yang kita dapat. Cara pelaksanaan yang penting.Adakah menepati syariat atau sebaliknya.


Oleh itu, saya menggesa dan mencabar negeri-negeri lain untuk melaksanakan Jom Heboh sepertimana yang Tuan Guru lakukan di Kelantan.Sudah tentu payah untuk mereka laksanakan..tetapi tidak mustahil.

Saturday, March 27, 2010

Harapan Pada Ayah dan Ibu


Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami
Asuhlah kami
Mengenal Tuhan yang esa
Tuntunlah kami hidup akhirat yang lebih utama
Sedarlahkan kami akan tipu daya dunia

Didiklah kami
Asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah Rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahai ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut cara sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara Yahudi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

Kenalkanlah kami yang hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta ahirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami
Kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf pada mu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepada ayah dan ibu. 


Friday, March 19, 2010

Merendah diri itulah ketinggianmu



Sikap merendah atau tawadhu' tanpa menghinakan diri merupakan sifat yang sangat terpuji di hadapan Allah dan seluruh makhluk-Nya. Sudahkah kita memilikinya?

Merendahkan diri (tawadhu’) adalah sifat yang sangat terpuji di hadapan Allah dan juga di hadapan seluruh makhluk-Nya. Setiap orang mencintai sifat ini sebagaimana Allah dan Rasul-Nya mencintainya. Sifat terpuji ini mencakup dan mengandungi banyak sifat terpuji lainnya.

Tawadhu’ adalah ketundukan kepada kebenaran dan menerimanya dari siapapun datangnya baik ketika suka atau dalam keadaan marah. Ertinya, janganlah kamu memandang dirimu berada di atas semua orang. Atau engkau menganggap semua orang memerlukan dirimu.

Antonim dari sifat tawadhu’ adalah takabbur (sombong), sifat yang sangat dibenci Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah mendefinisikan sombong dengan sabdanya:
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh terhadap orang lain.” (Shahih, HR. Muslim no. 91 dari hadits Abdullah bin Mas’ud z)

Jika anda mengangkat kepala di hadapan kebenaran baik dalam rangka menolaknya, atau mengingkarinya bererti anda belum tawadhu’ dan anda memiliki benih sifat sombong.

Tahukah anda apa yang diperbuat Allah subhanahu wa ta’ala terhadap Iblis yang terkutuk? Dan apa yang diperbuat Allah kepada Fir’aun dan tentara-tentaranya? Kepada Qarun dengan semua anak buah dan hartanya? Dan kepada seluruh penentang para Rasul Allah? Mereka semua dibinasakan Allah subhanahu wa ta’ala kerana tidak memiliki sikap tawadhu’ dan sebaliknya  menyombongkan dirinya.
Tawadhu’ di Hadapan Kebenaran 

Menerima dan tunduk di hadapan kebenaran sebagai perwujudan tawadhu’ adalah sifat terpuji yang akan mengangkat darjat seseorang bahkan mengangkat darjat suatu kaum dan akan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Qashash: 83)

Fudhail bin Iyadht (seorang ulama generasi tabiin) bila ditanya tentang tawadhu’, beliau menjawab: “Ketundukan kepada kebenaran dan memasrahkan diri kepadanya serta menerima dari siapapun yang mengucapkannya.” (Madarijus Salikin, 2/329). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak akan berkurang harta yang dishadaqahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri karena Allah melainkan akan Allah angkat derajatnya.” (Shahih, HR. Muslim no. 556 dari shahabat Abu Hurairah z)

Ibnul Qayyim t dalam kitab Madarijus Salikin (2/333) berkata: “Barangsiapa yang angkuh untuk tunduk kepada kebenaran walaupun datang dari anak kecil atau orang yang dimarahinya atau yang dimusuhinya maka kesombongan orang tersebut hanyalah kesombongan kepada Allah karena Allah adalah Al-Haq, ucapannya haq, agamanya haq. Al-Haq datangnya dari Allah dan kepada-Nya akan kembali. Barangsiapa menyombongkan diri untuk menerima kebenaran berarti dia menolak segala yang datang dari Allah dan menyombongkan diri di hadapan-Nya.”
Perintah untuk Tawadhu’ 

Dalam pembahasan masalah akhlak, kita selalu terkait dan bersandar kepada firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Sungguh telah ada bagi kalian pada diri Rasul teladan yang baik.” (Al-Ahzab: 21)

Dalam hal ini banyak ayat yang memerintahkan kepada beliau untuk tawadhu’, tentu juga perintah tersebut untuk umatnya dalam rangka meneladani beliau. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu yaitu orang-orang yang beriman.” (Asy-Syu’ara: 215).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombongkan diri atas yang lain dan tidak berbuat zhalim atas yang lain.” (Shahih, HR Muslim no. 2588).

Demikianlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan kepada kita bahwa tawadhu’ itu sebagai sebab tersebarnya persatuan dan persamaan darjat, keadilan dan kebaikan di tengah-tengah manusia sebagaimana sifat sombong akan melahirkan keangkuhan yang mengakibatkan memperlakukan orang lain dengan kesombongan. 



Bagaimana mengubah diri ke arah sifat 'Rendah diri' atau 'tawadhu'?

Pertama, kenali Allah SWT - Dia mengetahui segalanya tentang dirimu wahai manusia yang sombong. Engkau boleh berlakon dan berselindung dengan manusia, tapi dengan Tuhan Pencipta manusia? Engkau boleh tipu seluruh makhluk, tapi bagaimana dengan Pencipta seluruh alam?
Usah berpenat menghias diri di depan manusia, tapi hiaslah hatimu di hadapan Tuhanmu!

Kedua, kenali dirimu - Senaraikan kelemahanmu, jangan engkau tipu diri sendiri sebagaimana engkau menipu orang lain. Jauh di sudut hatimu - engkau penuh dengan kesilapan, kelemahan dan keaiban.
Bersyukurlah ia tidak diketahui manusia!
Bersyukurlah dan buanglah sifat sombong itu.

Ketiga, kenali orang lain - Begitu ramai orang yang lebih hebat darimu - lebih elok rupa parasnya, lebih tinggi pelajarannya, lebih banyak ilmunya, lebih melimpah hartanya, lebih dikenali, lebih mahir, lebih segalanya dari dirimu.
Engkau langsung tidak setanding dengan mereka!

semoga kita bersama membuang sifat buruk meninggi diri dan memandang rendah kemampuan orang lain.

semoga kita bersama membina dan menyemai sifat rendah diri. 

Macam-macam Tawadhu’ 

Telah dibahas oleh para ulama sifat tawadhu’ ini dalam karya-karya mereka, baik dalam bentuk penggabungan dengan pembahasan yang lain atau menyendirikan pembahasannya. Di antara mereka ada yang membagi tawadhu’ menjadi dua:
1. Tawadhu’ yang terpuji yaitu ke-tawadhu’-an seseorang kepada Allah dan tidak mengangkat diri di hadapan hamba-hamba Allah.
2. Tawadhu’ yang dibenci yaitu tawadhu’-nya seseorang kepada pemilik dunia karena menginginkan dunia yang ada di sisinya. (Bahjatun Nazhirin, 1/657). 

Wednesday, March 17, 2010

Parlimen Mahasiswa:Platform Idea dan Suara Mahasiswa



Satu pendekatan atau idea yang bernas bagi  mahasiswa apabila Mohammad Syafiq Abdul Aziz, mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) mencadangkan agar ditubuhkan parlimen mahasiswa sebagai salah satu platform untuk mahasiswa menyuarakan idea dan pendapat mengenai pelbagai sudut dan aspek. 

Parlimen merupakan institusi agung bagi meluluskan rang undang-undang di negara yang mengamalkan demokrasi. Ahli parlimen mempunyai tugas penting untuk berdebat bagi menyelesaikan isu semasa demi kesejahteraan rakyat. Apabila kita sebut parlimen mahasiswa, sudah tentu ia akan dianggotai oleh mahasiswa itu sendiri dan sudah tentu segala isu atau perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan dalam dan luar universiti serta keadaan semasa negara jika perlu.

Saya sebagai mahasiswa turut menyokong penubuhan parlimen mahasiswa ini. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga telah bersetuju untuk menjadikan idea mahasiswa ini menjadi nyata. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan yang pertama akan melancarkan Parlimen Mahasiswa pada Februari yang lalu. Sehubungan dengan itu, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan MPP mengadakan bengkel penggubalan Parlimen Mahasiswa. Hal ini untuk memastikan kelangsungan kaedah, peraturan dan undang-undang parlimen tersebut. 

Menurut salah seorang peserta bengkel, tidak dapat dinafikan terdapat kekeliruan dan kekaburan dengan pelaksanaan parlimen tersebut. Hal ini sudah terang lagi bersuluh kerana persidangan Parlimen Mahasiswa adalah dibatasi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan juga bakal terikat dengan sebuah lagi akta yang dalam proses penggubalannya.

Persoalannya disini, mengapa parlimen mahasiswa perlu disekat oleh sesetengah akta(AUKU) yang akan menjadikan sifat parlimen mahasiswa itu lebih sempit dan tidak bebas.Isu AUKU akan mengawal dan menjadi "pengawas" kepada parlimen mahasiswa ini mengundang perselisihan faham kerana melalui takrifan parlimen itu sendiri merujuk kepada sebuah majlis yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang. Jadi mengapakah mahasiswa dalam konteks pelaksanaan parlimen perlu dibatasi oleh AUKU?Ini sangat tidak bertepatan dengan erti kata parlimen itu sendiri. Kalau Parlimen mahasiswa perlu di awasi oleh AUKU, tidak ada bezanya jika ia wujud atau tidak.


Parlimen Mahasiswa bakal menjadi platform untuk mahasiswa melontarkan idea dan pandangan tentang masalah yang berlaku di kampus dan dalam Malaysia (kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) .Mahasiswa dibenarkan untuk berbicara mengenai hal politik negara dalam persidangan, namun ia adalah secara akademik.

Satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah parlimen mahasiswa ini perlu bebas dari sebarang anasir politik. Ini amat penting bagi menjadikan parlimen mahasiswa itu lebih telus dan mencapai objektifnya.

Timbalan Menteri Pengajiaan Tinggi memberi reaksi yang positif mengenai parlimen mahasiswa."ini idea dicetus mahasiswa. Sy anggap ia brilliant. Mahasiswa perlu mantapkan idea ini. Ia boleh dlm 2 peringkat, iaitu di IPT & nasional. Ia boleh jadi pelengkap kpd MPP & MPPK. Terserah pd mahasiswa. Apa yg penting ialah meningkatkan "partisipasi penuh & aktif mahasiswa" dlm isu2 kampus, nasional, antarabangsa, dll. -FB Dato Saifuddin. Beliau menambah, sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara, setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri





Pihak Pro Mahasiswa bangkit menyatakan bahawa mereka sangat menyokong dan tidak akan timbul persoalan untuk menhentikannya dengan menuntut dua tuntutan berhubung Parlimen Mahasiswa, iaitu:

1. Undang-undang termasuk tatacara, kaedah dan sebagainya dibentangkan kepada seluruh mahasiswa kampus USM sebagai penjelasan kepada mahasiswa walaupun ia telah ‘diharmonikan’.

2. Sebarang kritikan, penambah baikan, cadangan dan saranan boleh dilakukan terhadap undang-undang ini oleh seluruh mahasiswa kampus USM sebelum perkara ini diwartakan.


Saya sebagai mahasiswa sangat berharap agar idea ini dapat dilaksanakan di seluruh IPTA dan pelaksanaannya lebih telus dan bersih.

Dr. Asri sertai MalaysiaKini




Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis berkata ingin menyertai media massa yang lebih telus dan bebas. Beliau sebelum ini merupakan kolumnis Mingguan Malaysia. Beliau akan menulis dalam kolum bertajuk 'Tinta Hujah' di laman bahasa Malaysia Malaysiakini mulai 28 Mac ini. 


Dr Asri  boleh katakan sebagai seorang yang sering menimbulkan kontroversi melalui pendapat-pendapat beliau berkaitan dengan masalah agama, isu semasa dan juga keadaan politik semasa negara. Beliau juga di katakan selalu tidak sependapat dengan pihak lain seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam pelbagai isu agama.


Sewaktu masih menulis di kolum Mingguan Malaysia, tulisan beliau pernah di tolak kerana menyentuh isu yang berkaitan dengan ulama tempatan yang bertajuk." Ulama: dimuliakan atau disucikan". Ekoran itu, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan tulisan beliau di akhbar milik UMNO itu.


Banyak pihak yang mengkritik tindakan akhbar itu termasuk bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa Utusan menolaknya kerana takut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Walaubagaimanapun, ini terpulang kepada individu untuk menilai sendiri.


Oleh itu, Dr Asri berpindah ke MalaysiaKini yang dijelaskan lebih terbuka dan bebas dalam menyuarakan pendapat beliau. Beliau juga yakin dengan menumpahkan tinta di MalaysiaKini,beliau dapat berkongsi pendapat yang lebih merdeka dan terbuka daripada segala kongkongan (sikap) fanatik dan kejumudan pemikiran. 


Dr Asri juga salah seorang yang mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara terbuka yang didakwanya tidak selari dengan pandangan Islam. Ekoran itu, beliau sering dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Penahanan beliau oleh penguatkuasa agama Selangor ketika menyampaikan kuliah di sebuah rumah di Hulu Klang atas alasan mengajar tanpa tauliah baru-baru ini dilihat sebagai kemuncak kontroversi yang membelenggunya.

Tuesday, March 16, 2010

SIS persoal sebat syariah




Berkaitan isu sebat syariah ini, masih ada lagi pihak yang ingin mempersoalkan dan mempertikaikan pelaksanaan undang-undang sebat syariah. Tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam mencerminkan sikap mereka yang anti Islam dan tidak mahu melihat apa-apa sahaja yang berasal dari agama Islam dilaksanakan di negara ini, walaupun dilaksanakan terhadap orang-orang Islam sahaja.


Padahal hukuman sebatan ini adalah jelas hukuman yang telah di tetapkan Allah SWT. Tindakan mereka ini jelas menunjukkan tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, tidak menghormati perlembagaan yang memberi hak kepada dewan undangan negeri untuk membuat undang-undang berkaitan dengan hukum syara' dan sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa negara ini mengamalkan konsep dwi-sistem dalam perundangannya.


Saya juga mempersoalkan perkataan "Islam" yang digunaka SIS di hujung namanya kerana nama NGO ini tidak sesuai dengan apa yang mereka perjuangkan. Kalau betul mereka ini sebahagian dari umat Islam yang faham dengan ajaran islam, mereka tidak akan mempersoalkan hukuman sebat yang sedia ada. 


Pada saya, jika mereka ini di biarkan terus menerus membidas setiap apa yang terkandung di dalam undang-undang syariah akan membawa kepada pemikiran yang akan menentang sebahagian dari ajaran Islam. Kerajaan tidak patut membiarkan dan harus menyekat mereka daripada bertinda melulu. SIS juga sinonim dengan Dr. Amina Wadud yang mencipta pelbagai kontroversi antaranya menjadi imam solat jumaat sekaligus memberi khutbah jumaat, dan pelbagai lagi.


Mengenai SIS, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) di dalam Malaysia Kini menggesa kerajaan menyiasat aktiviti-aktivitinya dan dari mana ia mendapat dana untuk aktivitinya, memandangkan SIS secara konsisten terus menerus mencabar pelaksanaan hukuman syariah di negara ini.


JAIS juga turut mempersoalkan tindakan SIS, melalui khutbah jumaat yang bertajuk "Isu Menghina Sebatan Syarie" yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan berkenaan membidas tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam.

Isi kandungan khutbah sebanyak dua perenggan pada 12 Mac itu berbunyi:
"Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan hukum sebatan syarie ini . Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh Sister In Islam telah diterbitkan di dalam laman web Sisters In Islam antara lain, Sister In Islam membidas tindakan jabatan penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita .

"Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telahmencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut".

Di sini, saya sertakan artikel mengenai hukuman sebat menurut Islam.

Hukuman sebat itu terbahagi kepada dua bahagian :

1. Sebat dalam masalah hudud iaitu siksaan yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah Subhanahu wataala.

2. Sebat dalam masalah Ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada siksaan-siksaan ta’zir, selain daripada siksaan hudud, qisas, diat dan kafarat, dan erti ta’zir itu ialah denda yang menjadi pengajaran.

Syarak tidak menetapkan sesuatu siksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan Ta’zir dan cukup serta memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya dan sesudah itu diserahkan kepada pihak pemerintah untuk memilih dan menentukan mana-mana hukum-hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan masalah itu sendiri.

JENIS-JENIS KESALAHAN HUDUD.

Jenis-jenis kesalahan hudud yang telah ditetapkan hukuman sebat ialah :

1. ZINA.

Firman Allah Taala :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ

Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat. (Surah An-Nur : 2)

Yang dimaksudkan dengan penzina perempuan dan penzina lelaki yang dikenakan hukuman sebat seratus kali itu ialah khusus untuk penzina yang belum kahwin (Ghaira Muhsin) Ertinya yang belum merasai persetubuhan halal, iaitu dengan cara berkahwin, adapun penzina yang telah berkahwin (Muhsin) hukumnya ialah rejam. Ini adalah berdasarkan kepada hadis berikut :

عن أبي هريرة قال : اتى رجل رسول الله (ص) وهو في المسجد فناداه فقال يارسول الله اني زنيت فاعرض عنه حتى ردد عليه أربع مرات فلما شهد على نفسه أربع شهادات دعاه النبي (ص) فقال : ابك جنون ؟قال : لا قال : فهل أحصنت ؟ قال نعم. فقال النبي (ص) اذهبوا فارجموه .

Maksudnya : Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW. semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah SAW. pun memanggilnya lalu bersabda : Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin ? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam. (Muttafaq ‘Alaih)

2. QAZAF (MENUDUH ZINA)

Firman Allah :

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً

Maksudnya: Orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat. (Surah An-Nur : 4)

Mengikut kaedah dalam perundangan Islam bahawa sesiapa yang menuduh seseorang dengan apa jua perbuatan yang haram, tertanggung ke atasnya (wajib) membuktikan kebenarannya. Dan jika gagal atau enggan hendaklah dikenakan siksaan.

Melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah perbuatan yang menyentuh maruah dan kehormatan seseorang. Sangat berat untuk ditanggung oleh mana-mana orang yang tidak bersalah. Sangat banyak akibat yang timbul dari sesuatu tuduhan zina yang melulu ke atas seseorang. Perbuatan itu akan melahirkan kemarahan, persengketaan serta meruntuhkan rumahtangga dan masyarakat. Anak-anak yang lahir dari seseorang yang tertuduh zina akan menjadi mangsa. Kerukunan dan kebahagiaan suami isteri akan roboh dan hancur berkecai.

Oleh itu amat wajar orang yang membuat tuduhan palsu itu dihukum sebat dengan lapan puluh kali sebat.

3. MINUM ARAK

Firman Allah :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنْصَابُ وَالأََزْلاَمُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya. (Surah Al-Maidah : 90)

Sabda Nabi SAW.

كل مسكر خمر وكل خمر حرام

Maksudnya : Setiap yang memabukkan adalah arak dan semua jenis arak hukumnya haram.

Dan lagi suatu hadis :

عن أبي سعيد الخدري وعن علي أن النبي (ص) ضرب في الخمر أربعين

Maksudnya : Dari Abu Said Al-Khudri dan Ali bahawa Nabi SAW telah menghukum empat puluh kali sebat dalam kes minum arak.

Islam mengharamkan arak kerana ianya merupakan ibu segala keburukan. Kejahatan dan sebagainya. Ianya boleh membinasakan diri, akal dan harta di samping perbuatan orang yang selalu minum arak itu amat keji sama seperti orang yang menyembah berhala.

Sabda Nabi SAW. :

مدمن الخمر كعابد وثن

Ertinya : Orang yang ketagihan arak itu adalah seperti penyembah berhala.

Oleh kerana minum arak itu adalah dari perbuatan dan pekerjaan syaitan yang amat keji maka Rasulullah SAW telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat puluh kali sebat sama ada peminum itu mabuk atau pun tidak.

KESALAHAN TA’ZIR

Firman Allah :

وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

MAKSUDNYA : Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah An-Nisa’ : 34)

Ayat tersebut merupakan hujjah dan dalil bagi ahli-ahli perundangan Islam bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahn ta’zir dan sebat merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan ta’zir yang serius untuk memberi pengajaran yang tepat dan berkesan kepada penjenayah-penjenayah yang merbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan-kesalahan itu. Keistimewaan hukuman ini ianya tidak membebankan pihak berkuasa (kerajaan) dan tidak menghalang pesalah sesudah menjalani hukuman dari berusaha menjalankan pekerjaan dan sebagainya dan tidak pula terpaksa meninggal dan membiarkan ahli keluarganya menempuh berbagai-bagi kesusahan dan keperitan hidup mencari nafkah dan sebagainya seperti mana dalam kes hukuman penjara kerana hukuman sebat dilaksanakan serta-merta setelah disabitkan kesalahannya dan sesudah itu dibebaskannya untuk membolehkan meraka menjalani kehidupan biasa bersama-sama keluarganya.

KADAR HUKUMAN SEBAT

Ulamak Syafie berpendapat bahawa hukuman sebat dalam kesalahan ta’zir tidak boleh melebihi sekurang-kurang hukuman hudud. Ertinya hukuman ta’zir dengan rotan “Sebat” ke atas seseorang pesalah hendaklah kurang daripada empat puluh kali sebat.

Sabda :

من بلغ حدا في غير حد فهو من المعتدين

Maksudnya : Sesiapa yang melebihi had “Sekatan” dalam kesalahan bukan hudud maka ianya termasuk bersama-sama golongan orang yang melampaui batas.

ALAT SEBAT

Alat sebat tidaklah dalam satu jenis dan satu bentuk sahaja sebat bolehlah dijalankan dengan menggunakan rotan atau pelepah tamar atau ranting kayu ataupun hujung kain bahawa untuk menyebat peminum arak maka sudah cukup dan tercapai maksudnya dengan menggunakan hujung kain atau pelepah tamar.

Sekiranya digunakan rotan dan sebagainya maka itu hendaklah sederhana ukurannya jangan terlalu muda atau terlalu tua dan tidak yang berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya supaya tidak boleh mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah. Ini kerana tujuan yang sebenar hukuman sebat bukan hendak membinasakan pesalah tetapi bertujuan mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya.

روى مالك عن زيد بن أسلم أن رجلا اعترف على نفسه بالزنى على عهد رسول الله (ص) ، فدعاله رسول الله (ص) بسوط ، فاتي بسوط مكسور ، فقال : "فوق هذا " فاتي جديد لم تقع ثمرته ، فقال : "دون هذا" فاتي بسوط قد ركب به ولان فأمر به رسول الله (ص) فجلد ..

Maksudnya : Diriwayatkan oleh Malik dari Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya.

CARA MELAKSANAKAN SEBAT

Ketika melaksanakan hukuman sebat hendaklah dengan cara sebatan yang sederhana. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkatan ia tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut supaya sampai kepada matlamat dan tujuannya.

ANGGOTA-ANGGOTA YANG BOLEH DIPUKUL

Pukulan hendaklah diatur supaya kena merata-merata anggota tubuh badan pesalah itu kecuali muka, kepala dan dada ditegah sama sekali memukulnya dan tidaklah boleh disebat hanya setempat sahaja.

KEADAAN PESALAH

Ketika menjalani hukuman, pesalah lelaki dikehendaki berdiri manakala pesalah perempuan dalam keadaan duduk dan tidak boleh dilucutkan pakaian biasa mereka yang menutup aurat seperti baju, seluar, kain sarung dan sebagainya. Dikecualikan pakaian-pakain yang tebal atau beralas yang boleh menghalang dari rasa sakit yang menjadi matlamat utama dan terpenting dalam hukuman sebat dan jika mereka berpakaian demikian “tebal” hendaklah diganti dengan pakaian yang nipis “sederhana”.

PESALAH MENGANDUNG

Dan jika pesalah mengandung hendaklah ditunggu sehingga melahirkan anak sama ada anak kandungan itu dari perbuatan zina atau tidak dan sembuh dari sakit beranak serta suci dari darah nifas dan tenaganya sudah pulih. Ini berdasarkan kepada hadis berikut :

عن علي رضي الله عنه أنه قال : أن امة لرسول الله (ص) زنت فامرني أن أجلدها فاذا هي حديته عهد بنفاس فخشيت ان انا جلدتها ان اقتلها فذكرت ذلك لرسول الله (ص) فقال : دعها حتى ينقطع عنها الدم ثم أقم عليها الحد

Maksudnya : Dari Sayyidina Ali RA bahawa beliau berkata : Bahawa seorang Amah ‘Hamba’ Rasulullah SAW telah berzina maka Rasulullah SAW telah mengarahkan kepadaku supaya aku jalankan hukuman sebat ke atasnya sedangkan ianya masih baru melahirkan anak, maka aku bimbang jika aku jalankan sebat ke atasnya akan membunuhnya, lalu aku beritahu keadaan itu kepada Rasulullah SAW , maka sabda Rasulullah “Biarlah dahulu dia sehingga sembuh dari sakit beranaknya kemudian boleh sesudah itu kamu jalankan hukuman ke atasnya”.

PESALAH SAKIT

Jika didapati pesalah dalam keadaan sakit dan penyakitnya ada harapan untuk sembuh maka hendaklah ditunggu sehingga dia betul-betul sembuh kerana jika dijalankan juga semasa pesalah itu sedang sakit akan bertambah berat penyakitnya dan mungkin boleh membinasakannya. Sebaliknya jika penyakitnya tidak ada harapan langsung untuk sembuh bolehlah dijalankan hukuman sebat serta-merta tanpa menunggu dan membuang masa lagi tetapi dengan satu syarat, bahawa rotan yang digunakan tidak akan membinasakannya. Oleh itu hendaklah menggunakan ranting kayu atau rotan yang kecil atau pun pelepah tamar yang kecil dan jika ukuran ini juga dibimbang akan membawa maut kepadanya maka bolehlah dikumpulkan seratus ranting kayu atau seumpamanya dan diikat dalam satu ikatan dan disebat dengannya satu kali. Cara begini pernah disuruh oleh Rasulullah SAW supaya dilakukan ke atas seseorang lelaki yang berzina yang sakit berat tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

روى من أن رسول الله (ص) امر بضرب رجل مرض حتى صنى ضربة واحدة شمراخ لانه زنى

Maksudnya : Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang sakit merana dengan satu pukulan dengan seratus mayang tamar yang diikat “seikat” kerana lelaki itu telah melakukan perbuatan zina.

Ini kerana pesalah yang sakit merana tidak mempunyai harapan untuk sembuh sama ada dibiarkan tanpa dijalankan hukuman sebat kerana penyakitnya atau dilaksanakan sepenuhnya, maka sudah pasti jika dilaksanakan sepenuhnya akan membawa maut kepadanya dan di dalam keadaan begini diambil jalan tengah iaitu disebat satu kali dengan seratus mayang tamar seumpamanya yang diikat dengan satu ikatan sahaja.

Firman Allah :

وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَاضْرِبْ بِهِ وَلاَ تَحْنَثْ

Maksudnya : Dan ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah dengannya dan janganlah engkau menyalahi sumpahmu itu. (Surah Sod : 44)

Dengan cara yang demikian adalah jauh lebih baik dari biarkan tanpa menjalani hukuman atau dibunuh pesalah yang sakit yang tidak sampai kepada hukuman yang wajib dibunuh.

PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT DIHENTI ?

Hukuman sebat dihenti dan tidak boleh dilaksanakan apabila timbul dan berbangkit sesuatu yang boleh menggugurkan hukuman hudud iaitu :

1. Apabila pesalah menarik balik pengakuannya sebelum dilaksanakan hukuman jika hukuman sebat kerana zina dijatuhkan berikutan pengakuannya samada pengakuannya itu dibuat secara langsung atau tidak.

2. Apabila saksi-saksi mengubah pendirian dan menarik balik kesaksian mereka sebelum dilaksanakan hukuman samada secara beramai-ramai atau sebahagian darinya sekiranya bilangan saksi yang tinggal kurang dari empat orang.

MASA DAN TEMPAT MELAKSANAKAN HUKUMAN

Tidak boleh dijalankan hukuman sebat dalam masa dan keadaan cuaca yang sangat panas atau terlalu sejuk jika dibimbang boleh membawa kebinasaan kepada pesalah dan bagi kesalahan hudud adalah dikehendaki supaya dijalankan hukuman sebat di hadapan orang-orang mukmin.

Firman Allah :

وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya : Dan hendaklah pelaksaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur : 2)

Yang dimaksudkan dengan sekumpulan itu mengikut pendapat Mujahid “Seorang lelaki dan ke atasnya sehingga sampai kepada seribu orang.

Manakala Ibnu Zaid pula berkata “Bahawa tak dapat tidak mesti dihadiri sekurang-kurangnya oleh empat orang dari kalangan orang-orang yang beriman sebagai qias dengan empat orang saksi dalam kes zina. Dan pendapat Ibnu Zaid ini adalah selaras dan sama dengan pendapat Imam Malik dan Imam Syafie.

Akhirnya dengan terlaksana hukuman sebat tercapailah kebaikan dan kepentingan umum (orang ramai) kerana Islam memandang kebaikan dan muslahat orang ramai itu lebih utama dari maslahat perseorangan dan dengan itu juga terhindarlah kerosakan , keruntuhan moral dan sebagainya dan seterusnya tercapailah kemuliaan dan kebahagian serta sentiasa mendapat Inayah, rahmat dan pertolongan Allah. Aamin.

Sekian.

Tulisan ini diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan

Saturday, March 13, 2010

Isu Kahwin dengan Kanak-kanak.

Isu ini telah berlaku lebih kurang dua tiga hari yang lalu, tetapi apabila membaca UM(utusan malaysia) pada 13 Mac, saya merasa sangat jengkel dengan seorang lelaki yang di kenali sebagai shamsuddin ajaib, 41 tahun yang telah bernikah dengan kanak-kanak berusia 11 tahun, adik Siti Nur Zubaidah Hussin.

Shamsuddin adalah seorang yang terlibat dengan gerakan tabligh, dikatakan pandai memujuk untuk mempengaruhi anggota jemaah pimpinannya menyerahkan anak-anak perempuan untuk dinikahi sesama mereka walaupun berusia di bawah umur.

Baru-baru ini, adik Siti Nur Zubaidah Hussin telah di temui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur. Kelihatan adik itu ditinggalkan oleh ‘suaminya’ itu dalam keadaan separuh sedar di masjid berkenaan kira-kira pukul 4 petang, setelah dua minggu menghilang. Kanak-kanak itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi ibu kanak-kanak tersebut, Siti Sarnan Mat Ail, 42, di Jelawang, Kelantan.

Shamsudin Ajaib' dikatakan menjadi punca kepada dua kes perkahwinan dua budak perempuan di negeri ini seperti yang di laporkan di dalam UTUSAN MALAYSIA
Isteri pertama Shamsudin Ajaib yang dikenali dengan nama 'Na' berkata, tidak pernah membayangkan bahawa shamsuddin akan bernikah dengan kanak-kanak bawah umur. Shamsuddin juga tidak pernah mengizinkan isteri-isterinya bekerja walaupun kehidupan begitu mendesak kerana menyifatkan orang bekerja itu sebagai 'bodoh'. Dia mempunyai 4 orang isteri dan hanya perlu memberi tumpuan kepada gerakan tabligh. Sehinggakan isteri pertamanya terpaksa melakukan secara sembunyi menjual barang-barang seperti bedak kepada jiran-jiran, dan mendapat lebih kurang RM10 sehari dan wang itu dibelanjakan untuk perbelanjaan seharian. Ini tidak cukup dan terbukti bahawa shamsuddin tidak mengikut syarat2 dalam Islam.

Bagi pandangan saya, bernikah dengan dengan wanita atau perempuan yang lebih muda tidak salah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah melakukannya. Tetapi, kita sebagai manusia biasa tidak boleh menyamakan diri kita dengan Rasulullah. Adakah amalan kita sama dengan Baginda?adakah kita berpuasa sunat setiap isnin dan khamis? adakah kita tidak pernah meninggalkan tahajjud? adakah kita selalu bersangka baik? Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu kita fikirkan. Jika kita boleh melaksanakan seperti apa yang Rasulullah buat, silakan kahwin muda.Tetapi, kalau kita masih belum mampu, lebih baik kitra hanya melakukan yang termampu. Setiap apa yang Rasulullah lakukan adalah terpelihara dari Allah dan semata-mata hanya untuk tujuan agama, tetapi sebaliknya berlaku kepada kita manusia biasa hanya menutrukan hawa nafsu semata-mata. Kalau kita mengatakan itu sunnah nabi dan perlu diikut, banyak lagi sunnah nabi yang perlu kita dahulukan dan bukan sekadar dari segi perkahwinan.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama. Menurut beliau, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata. 

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunnah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi. 

Nik Aziz berkata beliau hairan kejadian itu boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri sudah membuat peraturan melalui Enakmen Keluarga Islam yang mensyaratkan setiap pasangan wanita berusia 16 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin mengikut enakmen itu.

Perkahwinan kanak-kanak perempuan 11 tahun dengan lelaki berusia 40-an yang berlaku di Kelantan adalah tidak mengikut sunnah sebaliknya berdasarkan nafsu semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails