Friday, July 24, 2009

Isu Nizar Memegang Lilin Bagi Memperingati Teoh Beng Hock

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dikatakan menyertai upacara memegang lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah bangunan di Shah Alam baru-baru ini.

Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir telah menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menghebohkan isu anggota parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memegang lilin pada satu program di Ipoh lebih bersifat politik. Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir memintanya mengeluarkan fatwa mengenai perkara itu tidak lebih sebagai kenyataan politik.



Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.

"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.

"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.

Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.

"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.

Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.

"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.

Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.

"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.

Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.

"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.

Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.

Sumber: HarakahDaily.Net

Wednesday, July 22, 2009

.::Kampus UiTM Ditutup Lagi::.


UiTM Seri Iskandar Di arah Tutup Sementara

Kementerian Kesihatan mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar dekat sini ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan pertambahan mendadak penuntut yang dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) kepada 280, berbanding hanya 55 orang semalam.

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, langkah segera diambil bagi mengelak penyakit itu daripada merebak ke penempatan awam berhampiran kampus berkenaan.

“Walaupun arahan ini adalah serta-merta tetapi pihak UiTM diberikan masa sehingga esok untuk mengosongkan kampus yang kini memuatkan lebih 12,000 penuntut, kakitangan dan pensyarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Selain itu 10 sampel darah diambil secara rawak daripada pelajar kampus itu dan saya berharap akan mendapat keputusan ujian makmal selewat-lewatnya malam ini dan bukan pada hari Jumaat seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” tambahnya.

Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan juga akan membuat ujian bagi mengenal pasti punca tiga cawangan UiTM yang terpaksa ditutup disebabkan serangan kluster ILI berkenaan.

Selain UiTM Seri Iskandar, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang juga diarahkan tutup hari ini manakala UiTM Lendu, Alor Gajah diarahkan ditutup selama sembilan hari bermula 8 Julai lepas.

Dr. Mah turut mengingatkan semua penuntut dan orang awam yang mengalami simptom jangkitan supaya mengawasi kesihatan masing-masing serta menambah kekerapan membasuh tangan, menggunakan penutup mulut dan tinggal di kawasan rumah ketika dikuarantin.

“Bagi yang mendapat serangan yang agak teruk, mereka hendaklah segera ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Pagi ini, sekumpulan pegawai perubatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang diketuai Timbalan Pengarah JKN Perak, bergegas ke UiTM Seri Iskandar selepas dimaklumkan 55 pelajar dikuarantin sejak lewat petang semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mendapatkan maklumat mengenai jangkitan ini diminta menghubungi Billik Gerakan JKN yang dibuka 24 jam setiap hari dengan menelefon 05-243 3962.

— BERNAMA

H1N1: UiTM Permatang Pauh ditutup seminggu

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh ditutup 7 hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan postif H1N1.

Pengerusi Jewatankuasa Kesihatan negeri, Phee Boon Poh, berkata 200 daripada pelajar di kampus itu juga mempunyai simptom H1N1, iaitu selesema.

Monday, July 20, 2009

ISRA WAL MIKRAJ



Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

alah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”

(Q.S. An-Nahl: 43).

Hidup BerTuhan (2)



KENALKAN TUHAN DULU BARU KENALKAN SYARIAT
Kita mesti mengenal Tuhan melalui ilmu. Coba kita lihat sejarah Rasulullah SAW yang
berjuang sebanyak 23 tahun, perjuangannya terbagi 2:
1. Memperjuangkan Tuhan selama 13 tahun.
2. Memperjuangkan syariat Tuhan selama 10 tahun.
Padahal Tuhan satu, sedangkan syariat Tuhan beribu banyaknya tapi masa yang diambil
untuk memperjuangkan Tuhan lebih banyak. Sebab, apa arti berjuang bila tidak cinta
Tuhan, apa arti shalat, bila tidak cinta Tuhan. Apa arti menolong orang tua bila tidak cinta
Tuhan. Padahal sayang lebih besar dari menolong. Sayang lebih besar daripada patuh.
Sebab itu kalau sembayang, puasa, naik haji dll. akan ditolak kalau dibuat tanpa cinta
Tuhan. Apa artinya bersyariat kalau tidak kenal tuhan dan kalau tidak ada hubungan
dengn tuhan. Padahal syariat adalah yang menghubungkan dengan tuhan.
Disinilah kesalahan kebanyakan ulama, para mubaligh dan para pejuang, lebih banyak
menceritakan tentang halal, haram. Masih banyak lagi masyarakat yang tidak shalat dan
tidak faham tentang tuhan, tiba-tiba mereka hendak menegakkan hukum hudud.
Sedangkan hudud ini dalam Islam kedudukannya diujung. Akibatnya orang takut dengan
Islam. dia belum lagi suka dengan shalat, tiba-tiba dikenalkan dengan potong tangan.
Sebab itu orang takut.
Karena itu kenalkan dulu Tuhan baru syariat. Kalau sudah cinta dengan tuhan, jangankan
shalat, nyawa pun dia berikan. Inilah masalah umat Islam seluruh dunia. Banyak pejuang
Islam di seluruh dunia, mengenalkan Islam dengan peperangan. Padahal Allah mengutus
Rasulullah SAW untuk Islamkan orang, bukan untuk membunuh orang. Rasulullah SAW
datang dengan kasih sayang, bukan membawa kebengisan.
Yang sebenarnya lebih baik pendekatan kita adalah untuk mengenalkan dan memberi
kefahaman tentang takut dan cinta dengan Tuhan. Hari ini pendekatan para ulama, para
pendakwah, pejuang-pejuang, pendekatannya Lebih banyak menceritakan syaraiat
daripada menceritakan tuhan. Bila syariat banyak diceritakan, tentang Tuhan hanya
sedikit saja, maka kalau ada orang yang dapat menegakkan syariat tapi syariat hanya
menjadi ideologi. Akibatnya walaupun banyak shalat, naik haji berulang kali tapi
perangai tidak berubah. Mengapa shalat tidak melahirkan akhlak mulia? Mengapa
berjuang tidak melahirkan akhlak mulia? Pergi umrah, naik haji, belajar, baca quran,
tidak melahirkan akhlak mulia? Mengapa tidak lahir? Sebab orang beribadah bukan
karena mencintai Tuhan. Dia beribadah dan bersyariat tapi terputus dengan tuhan, sebab
itu beribadah dengan terpaksa.
Setelah kejatuhan empire Islam 700 tahun, orang hanya mengenalkan syariat saja. Tuhan
tidak dikenalkan lagi. Kalaupun hendak mengenalkan Tuhan, hanya mengenalkan saja,
tidak sampai rasa cinta, tidak sampai rasa takut, ini penyebabnya. Bahkan orang yang
tidak kenal Tuhan, ketika beribadah jemu, maka untuk apa bersyariat.
Sedangkan kalau kita buat kerja untuk orang yang kita kasihi, tidak kenal letih, rasa
senang. Susah pun tidka mengapa. Tapi kalau bekerja untuk orang yang bukan kita kasihi,
betapa tersiksa. Seperti kita buat kerja di kantor, kita tidak suka dengan boss, betapa
siksanya, hendak datang ke kantor. Tapi kalau kita sayang dengan boss, kita buat kerja tak
kenal letih. Begitulah kalau sudah kasih, menjalankan arahannya kita rasa senang,
sedekah rasa senang, puasa, shalat rasa senang. Kalau kita tidak sayang, maka shalat pun
tidak terasa indah, tidak rasa senang, sebab tidak kenal dengan Tuhan, tidak kenal dengan
yang punya syariat, itu penyakitnya.
Kalau kita sayang dengan orang tua, maka kita tidak tunggu dia hendak beri makan/tidak,
apakah dia akan memberi pakaian atau tidak, kita tetap rasa senang. Tetapi kalau kita
tidak sayang dengan Tuhan, bila doa kita tidak dikabulkan, kita marah dengan Tuhan.
Kita dapat melihat dalam keluarga, anak yang baik, walaupun orang tua tidak memberi,
dia tak marah, tapi anak yang jahat, orang tua tidak memberi, dia marah.
Hamba yang baik, Tuhan tidak memberi, tidak apa-apa. Bagi dia, itu bukan satu masalah.
Aku ingin berkhidmat dengan Tuhan. Kalau orang yang tak baik, ketika doanya tidak
dikabulkan dia protes dengan Tuhan.
Yang sebenarnya kalau orang paham tentang Tuhan, maka yang lezat itu bukan ketika Dia
memberi sesuatu, tapi berkhidmat dengan Allah itu yang lezat. Dapat kelezatan
berkhidmat itu satu nikmat yang besar. Tapi itu tidak mudah, mesti betul-betul kenal
dengan Tuhan. Kalau sekedar beriman saja, tidak akan mencapai taraf itu. Sekedar iman
yang sah saja, baru sampai tahap asas. Dari kecil sampai besar iman sampai tahap asas
saja, walaupun shalatnya banyak, wiridnya banyak, tapi iman tidak berkembang. Sebab
itu akhirnya jemu dengan ibadah. Lebih-lebih lagi kalau Tuhan uji, hati pun berkata aku
sudah shalat, sudah puasa, sudah wirid banyak, tapi Tuhan masih menguji.
Sebab itu para malaikat, walaupun ibadah tidak banyak, hanya satu saja tapi ibadahnya
terasa lezat, mabuk, sebab dia kenal Tuhan. Walaupun ibadahnya hanya tasbih saja,
tahmid saja tapi terasa lezat. Kalau sujud, sujud saja dia terasa lezat. Malaikat itu hanya
satu saja ibadahnya, dia sudah terasa lezat dengan ibadahnya itu, tidak jemu.
Begitu juga dengan Nabi Adam, ketika dia berbuat kesalahan, dia rasa menyesal dan
sujud selama 40 tahun, dia tak sadar sebab dia sudah terasa lezat dengan sujud itu.
Karena itu kalaulah kita dapat merasakan sebagaimana yang Tuhan firmankan, Tuhan
bersama dengan hambaNYa, di mana saja berada. Maka di mana-mana kita merasakan
Tuhan melihat, Tuhan mendengar, dimana saja. Tentu kita tidak akan terganggu dengan
hal-hal lain.
Kalaulah kita ibaratkan ada harimau di depan kita, kita sadar di depan kita itu betul-betul
harimau, dapatkah saat itu kita teringat makan, teringat istri, teringat ingin ke pasar dll.
Tentu tidak dapat. Begitulah juga dengan Tuhan, kalau kita merasa Tuhan itu wujud,
mendengar, melihat, maka apa saja tidak akan menganggu kita, seperti uang, pangkat,
kekayaan, dll.
Sebab itu roh mesti kita hidupkan selalu dengan Tuhan. Rasa bertuhan itu sangat penting,
bukan hanya sekedar percaya saja dengan Tuhan.

Bersambung...

Thursday, July 16, 2009

Hidup BerTuhan (1)


I’tiqad (faham) kaum Ahlussunah Wal Jamaah yang telah disusun oleh Imam Abu Hasan
Al-Asy’ari terbagi atas beberapa bahagian yaitu :
1. Tentang Ketuhanan
2. Tentang Malaikat-malaikat
3. Tentang-tentang Kitab-kitab suci
4. Tentang Rasul-rasul
5. Tentang Hari Akhirat
6. Tentang Qadha dan Qadhar
Pembagian yang 6 ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammaad SAW, ketika di tanya oleh
seseorang :
Artinya :
Maka bertahulah kami (hai Rasulullah) tentang iman?
Nabi Muhammad menjawab : engkau mesti percaya kepada adanya Allah, melaikatmalaikat-
Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, Hari akhirat dan qadha dan qadhar
(nasib baik dan nasib buruk)
Hadits Riwayat Imam Muslim

TENTANG KETUHANAN

1. AKIBAT KEHILANGAN TUHAN
Di dunia hari ini walaupun manusia percaya dengan Tuhan tapi sudah kehilangan Tuhan.
Baik umat Islam maupun bukan Islam, sudah kehilangan Tuhan. Sekalipun percaya
Tuhan tapi sudah hilang di hatinya. Padahal kehilangan Tuhan adalah satu musibah yang
besar. Tidak ada musibah yang paling besar pada manusia melainkan musibah kehilangan
Tuhan. Kalau kehilangan uang, kuasa dll. itu masalah yang kecil. Tapi bila manusia sudah
kehilangan Tuhan, cinta Tuhan sudah tiada, maka itu adalah musibah yang besar.
Sedangkan cinta Tuhan itu cinta yang agung. Tuhan itu sangat memberi kasih sayang
pada hambanya. Bukti cinta Tuhan pada kita, bila satu pemberian Tuhan tidak ada maka
yang lain tidak ada arti. Kalau Tuhan tidak memberi nafas, artinya kita akan mati. Waktu
itu, rumah dan kekayaan sudah tiada arti.
Kehilangan Tuhan, kehilangan kasih sayang
Jadi kalau manusia sudah tidak cinta dan kehilangan Tuhan, padahal Tuhan itu patut
dicintai, maka otomatis tidak cinta sesama manusia. Kenapa? Atas alasan apa kita dapat
mencintai orang lain, sedangkan Tuhan yang sangat berjasa kepada kita, tidak kita cintai.
Karena itu bila sudah tidak cinta Tuhan, otomatis cinta pada sesama manusia sudah tidak
murni. Akibatnya kesan negatifnya terlalu banyak. Tidak berkasih sayang, tidak pemurah,
tidak amanah, tidak ada tenggang rasa, tidak ada perikemanusiaan, keadilan dan kerja
sama. Kalaupun ada kerjasama bukan karena cinta, tidak ikhlas dan ada kepentingan,
mungkin karena ingin keuntungan ataupun untuk menjaga harga diri. Karena itu
ikatannya terlalu tipis dan dapat berpecah kapan saja.
Orang yang kehilangan Tuhan bukan saja di kalangan orang yang tidak ikut syariat,
bahkan orang yang shalat pun sudah kehilangan Tuhan. Walaupun mereka banyak di
mesjid, tapi sebenarnya tidak mencintai Tuhan. Sebab itulah tidak lahir kasih sayang,
tidak lahir pemurah, kerja sama, bermaaf-maafan. Akibatnya di dalam masjid pun dapat
terjadi pertengkaran dan perkelahian.
Kalau orang yang tidak sayang Tuhan itu orang yang tidak ikut syariat, masih dapat
diterima. Tapi apa yang terjadi, yang menjadi pembohong, memfitnah, menipu adalah di
kalangan mereka yang shalat, naik haji, umrah dll. Ibadahnya tidak berbuah. Itulah
tandanya ikut Islam tapi tidak kenal Tuhan. Bukan saja orang politik, bahkan orang yang
shalat pun sudah terpisah dengan Tuhan. Ibarat seorang anak yang berbuat baik dengan
ibunya bukan karena ingin berkhidmat, tapi karena ingin memanfaatkan ibunya untuk
tujuan dapat harta.
Sebab itu dunia hari ini sudah sangat kronis. Bila cinta tidak ada, maka kasih sayang
tidak ada. Sedangkan kasih sayang makanan jiwa. Bila jiwa tidak diberi makan, maka
orang kaya akan gila kuasa, sakit jiwa dan tidak ada kebahagiaan. Masalah masyarakat
hari ini banyak melanda orang yang bertaraf tinggi, ada kuasa, pemimpin. Antara
masalah yang sering dihadapi ialah anak-anak terlibat narkotika, isteri lari, isteri tidak
taat, masing-masing tidak sehaluan. Perpecahan dalam rumah tangga begitu terlihat
nyata. Walaupun ada uang, rumah besar, kedudukan tinggi tapi anak-anak berkelahi satu
sama lain. Inilah akibatnya bila Tuhan sudah hilang. Bila cinta pada Tuhan sudah tidak
ada, maka hilanglah cinta sesama manusia.
Bila kehilangan kasih sayang, terjadi gangsterism di kalangan anak-anak sekolah. Akibat
tidak ada kasih sayang, perpecahan di antara partai politik dan sesama anggota partai
makin kentara. Adakah ini dapat diobati dengan dengan kekayaan, nama dan glamour.
Maknanya masalah kasih sayang ini tidak dapat diobati dengan kekayaan. Kalau
kekayaan dapat mengobati manusia, tidak akan terjadi isteri lari, anak terlibat narkotika
dll. Kalaulah kekuasaan dapat menjalinkan kasih sayang, maka tidak akan terjadi
pemerintah yang paling banyak berjasa, tapi rakyat benci. Inilah akibat masing-masing
sudah kehilangan Tuhan.

Bersambung...

Wednesday, July 15, 2009

Sembahyang Titik Tolak Segalanya


Kebaikan seseorang hamba itu

Bermula daripada membaikkan sembahyangnya

Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya

Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya

Khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca

Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan pun mencurah-curah

Dianugerahkan kepadanya

Allah Taala akan bersihkan jiwanya

Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya

Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa,

Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga

Kelihatan pula kepada peribadinya syariatnya sangat dijaga

Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara

Kerana itu betulkan sembahyang kita

Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya

Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan tanpa sembahyang

Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang

Sembahyang adalah ibu ibadah

Sembahyang adalah sumber segala kebaikan

Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian

Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik

Jika sembahyang sudah dicuaikan

Atau bersembahyang tidak ada penghayatan

Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup

Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan tanpa sembahyang

Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman

Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan

Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang

Pengundi Manik Urai tetap pilih pemerintahan Islam


Pengundi di Dun Manik Urai disifatkan masih mahu dan terus memilih pemerintahan Islam setelah memberi kemenangan kepada Calon PAS, Fauzi Abdullah walau dengan majoriti 65 undi.

Demikian telahan ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar kepada Harakahdaily semasa mengulas kemenangan Fauzi dalam pilihan raya kecil Dun Manik Urai semalam.

Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan PAS menang dengan majoriti 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi manakala BN yang diwakili Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi

PAS kata Kamarudin tetap menang walaupun dalam keadaan Umno/BN menggunakan seluruh jentera termasuk media dan agensi kerajaan berkempen di sana.

Segala taburan janji pembangunan dan politik ugut yang dibawa Umno/BN tidak termakan oleh pengundi di Manik Urai, ujarnya.

Bagaimanapun, ujar Kamarudin sesuatu perlu dilakukan berikutan kemenangan tipis tersebut.

PAS perlu memikirkan strategi yang lebih mantap dan memberi penerangan yang luas kepada pengundi berhubung dasar dan pendekatan PAS.

Bagaimanapun kata Zaharudin, kemenangan tipis ini juga penting sebagai satu 'signal' yang diberi rakyat agar PAS tidak merasakan sentiasa selesa dengan kemenangan besar sebelum ini./wann _

Sumber: HarakahDaily.Net

Monday, July 13, 2009

AMAL ITU TERGANTUNG NIATNYA


عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " إنما الأعمال بالنيات , وإنما لكل امرئ ما نوى , فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله , ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها و امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه " متفق عليه

Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khathab radhiyallahu 'anhu, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.

[Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadits yaitu Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari (orang Bukhara) dan Abul Husain Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi di dalam kedua kitabnya yang paling shahih di antara semua kitab hadits. Bukhari no. 1 dan Muslim no. 1907]

Hadits ini adalah Hadits shahih yang telah disepakati keshahihannya, ketinggian darjatnya dan didalamnya banyak mengandung manfaat. Imam Bukhari telah meriwayatkannya pada beberapa bab pada kitab shahihnya, juga Imam Muslim telah meriwayatkan hadits ini pada akhir bab Jihad.

Hadits ini salah satu pokok penting ajaran islam. Imam Ahmad dan Imam Syafi’I berkata : “Hadits tentang niat ini mencakup sepertiga ilmu.” Begitu pula kata imam Baihaqi dll. Hal itu karena perbuatan manusia terdiri dari niat didalam hati, ucapan dan tindakan. Sedangkan niat merupakan salah satu dari tiga bagian itu. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i, “Hadits ini mencakup tujuh puluh bab fiqih”, sejumlah Ulama’ mengatakan hadits ini mencakup sepertiga ajaran islam.

Para ulama gemar memulai karangan-karangannya dengan mengutip hadits ini. Di antara mereka yang memulai dengan hadits ini pada kitabnya adalah Imam Bukhari. Abdurrahman bin Mahdi berkata : “bagi setiap penulis buku hendaknya memulai tulisannya dengan hadits ini, untuk mengingatkan para pembacanya agar meluruskan niatnya”.

Hadits ini dibanding hadits-hadits yang lain adalah hadits yang sangat terkenal, tetapi dilihat dari sumber sanadnya, hadits ini adalah hadits ahad, kerana hanya diriwayatkan oleh Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Dari Umar hanya diriwayatkan oleh ‘Alqamah bin Abi Waqash, kemudian hanya diriwayatkan oleh Muhammad bin Ibrahim At Taimi, dan selanjutnya hanya diriwayatkan oleh Yahya bin Sa’id Al Anshari, kemudian barulah menjadi terkenal pada perawi selanjutnya. Lebih dari 200 orang rawi yang meriwayatkan dari Yahya bin Sa’id dan kebanyakan mereka adalah para Imam.

Pertama : Kata “Innamaa” bermakna “hanya/pengecualian” , yaitu menetapkan sesuatu yang disebut dan mengingkari selain yang disebut itu. Kata “hanya” tersebut terkadang dimaksudkan sebagai pengecualian secara mutlak dan terkadang dimaksudkan sebagai pengecualian yang terbatas. Untuk membedakan antara dua pengertian ini dapat diketahui dari susunan kalimatnya.
Misalnya, kalimat pada firman Allah : “Innamaa anta mundzirun” (Engkau (Muhammad) hanyalah seorang penyampai ancaman). (QS. Ar-Ra’d : 7)
Kalimat ini secara sepintas menyatakan bahwa tugas Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam hanyalah menyampaikan ancaman dari Allah, tidak mempunyai tugas-tugas lain. Padahal sebenarnya beliau mempunyai banyak sekali tugas, seperti menyampaikan kabar gembira dan lain sebagainya. Begitu juga kalimat pada firman Allah : “Innamal hayatud dunyaa la’ibun walahwun” à “Kehidupan dunia itu hanyalah kesenangan dan permainan”. (QS. Muhammad : 36)
Kalimat ini (wallahu a’lam) menunjukkan pembatasan berkenaan dengan akibat atau dampaknya, apabila dikaitkan dengan hakikat kehidupan dunia, maka kehidupan dapat menjadi wahana berbuat kebaikan. Dengan demikian apabila disebutkan kata “hanya” dalam suatu kalimat, hendaklah diperhatikan betul pengertian yang dimaksudkan.

Pada Hadits ini, kalimat “Segala amal hanya menurut niatnya” yang dimaksud dengan amal disini adalah semua amal yang dibenarkan syari’at, sehingga setiap amal yang dibenarkan syari’at tanpa niat maka tidak berarti apa-apa menurut agama islam. Tentang sabda Rasulullah, “semua amal itu tergantung niatnya” ada perbedaan pendapat para ulama tentang maksud kalimat tersebut. Sebagian memahami niat sebagai syarat sehingga amal tidak sah tanpa niat, sebagian yang lain memahami niat sebagai penyempurna sehingga amal itu akan sempurna apabila ada niat.

Kedua : Kalimat “Dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya” oleh Khathabi dijelaskan bahwa kalimat ini menunjukkan pengertian yang berbeda dari sebelumnya. Yaitu menegaskan sah tidaknya amal bergantung pada niatnya. Juga Syaikh Muhyidin An-Nawawi menerangkan bahwa niat menjadi syarat sahnya amal. Sehingga seseorang yang meng-qadha sholat tanpa niat maka tidak sah Sholatnya, walahu a’lam

Ketiga : Kalimat “Dan Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rosul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rosul-Nya” menurut penetapan ahli bahasa Arab, bahwa kalimat syarat dan jawabnya, begitu pula mubtada’ (subyek) dan khabar (predikatnya) haruslah berbeda, sedangkan di kalimat ini sama. Karena itu kalimat syarat bermakna niat atau maksud baik secara bahasa atau syari’at, maksudnya barangsiapa berhijrah dengan niat karena Allah dan Rosul-Nya maka akan mendapat pahala dari hijrahnya kepada Allah dan Rosul-Nya.

Hadits ini memang muncul karena adanya seorang lelaki yang ikut hijrah dari Makkah ke Madinah untuk mengawini perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah kerana itu ia dijuluki Muhajir Ummu Qais. Wallahu a’lam

Wednesday, July 8, 2009

Aku Cuba Mencintai Mu Tuhan



Aku coba mencintaiMu Tuhan

Tapi tidak juga terasa

Aku coba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa

Aku fikir-fikirkan nikmat-nikmatMu

Aku kenang-kenangkan rahmatMu

Agar nampak kemurahanMu

Atas nama Tuhan aku akur

Namun aku belum juga jatuh hati denganMu

Aku susah hati, aku sedih selalu

Mengapa terjadi begini

Mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi

Sedangkan aku tahu

aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku

Kalau hendak dihitung tidak mungkin dihitung

Walaupun melalui komputer

Aku iri hati selalu

Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu

Hebatnya cinta mereka padaMu

Hilang selera makan keranaMu

Asyik memuja dan memujiMu

Mensucikan dan membesarkanMu

Terutama di waktu malam yang sepi,

di waktu orang mimpi

Mereka memujaMu, merintih padaMu

Mengharap kasih sayang padaMu

Air mata mereka membasahi pipi

Ada kala menitis ke bumi

Mereka merasai Engkau adalah segala-galanya

Engkau adalah hidup mati mereka

Engkau adalah di bibir mereka

Engkau adalah hati jantung mereka

Tapi aku tidak begitu

Aduh kerasnya hatiku

Hingga ini aku belum mencintai kekasih

agungku

Baru aku sedar cinta padaMu adalah anugerah

dan hidayahMu

Bertuahlah dan berbahagialah orang yang Engkau

anugerahkan kecintaan kepadaMu

Aku bilakah lagi Tuhan ?

Dapat sedikit pun jadilah !

Aku tidak putus asa

Aku coba lagi selagi ada nyawa di badan

Di ujung hidupku pun

Kalau dapat sudah cukuplah wahai Tuhan

Al Hannan wal mannan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails