Tuesday, March 31, 2009

Exam dah dekat:Baru nak ingat Tuhan?

Kebanyakan pelajar, tidak kiralah pelajar menengah atau mahasiswa sudah sinonim dengan perkataan "exam" atau "final exam". Ketika inilah student menganggap bahawa mendekatkan diri dengan Tuhan tu penting sebab nak dapatkan pertolongan dari Pencipta..

Padahal sebelum ni, tak pun nak terfikir nak dekatkan diri dengan Tuhan.solat 5 waktu tu pun kadang je,ikut mood,lepas tu bila iba musim exam,baru nak pergi solat hajat la,adakah Tuhan akan pandang dan dengar doa dan hajat kita tu.Kalau kita benar benar bertaubat tak pe juga tapi kalau sekadar 'iman bermusim' sahaja,takut nanti kita dapat nikmat secara istidraj..susah nnti..nikmat dalam keadaan Allah murka.

Kalau nak dapat pertolongan dari Allah,kita kena bantu agama Allah.Apa yang boleh kita bantu sebagai seoarang student or mahasiswa?Sebagai mahasiswa kita kena perjuangkan Tuhan dan syariatNya.Kita kenalkan Tuhan dan lepas tu baru kita kenalkan syariatnya.

Berbalik pada tajuk,..ada pelajar biarpun exam da dekat,tapi masih tak ingat Tuhan.Kita ni sebagai pelajar kena include Tuhan dalam setiap apa yang kita buat.Belajar ke,bernasyid ke,bergaul ke, apa apa la.Kalau kita sertakan Tuhan dalam setiap yang kita buat,baru ada keberkatan dan akan menghindarkan kita dari buat perkara yang dilarangNya.

Tidak berguna jika kita cemerlang dalam pelajaran tapi hubungan kita dengan Tuhan kita tak jaga,sebab yang memberi kejayaan itu adalah Tuhan.ltulah yang dinamakan nikmat secara istidraj.nikmat yang kita dapat beserta dengan kemurkaan Tuhan.

Oleh itu..kita kena ingat Tuhan bila bila masa..bukan time exam atau dalam kesusahan je..

Tuhan Cinta Agung..

Monday, March 30, 2009

Perkembangan Politik Kampus


Petikan buku Politik Kampus Di Sebalik Tabir, karangan Mohd. Shuhaimi Al Maniri,hlm.13-24


Dalam konteks sosial semasa, pergerakan pelajar dalam usahanya membina semula peradaban manusia tidak terbatas dalam lingkungan masyarakat kampus, malah perlu menyeluruh meliputi seluruh masyarakat. Pergerakan pelajar yang mempelopori 'kebangkitan semula Islam' sejak dekad I970'an berjaya menyedarkan semula umat Islam yang lalai. Zainah Anwar (1986) dalam bukunya "Kebangkitan Islam di kalangan Pelajar" yang membuat kajian terhadap perkembangan ini untuk Ijazah Sarjana mengakui keadaan ini paling meluas dan berkesan di universiti-universiti serta Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Penglibatan pelajar-pelajar di dalam budaya politik dalam kontes kebangkitan Islam tidaklah sekadar kesedaran tanpa diikuti dengan penghayatan yang akan mempengaruhi pola-pola penyebaran penyertaan politik kemudiannya. Oleh itu aktivisme pelajar masakini haruslah dilihat sebagai satu rangkaian yang tidak terpisah dari usaha-usaha memperbaharui peradaban dan budaya Islam, bahkan penglibatan mereka mampu menjadi 'catalyst' ke arah proses tersebut [Muhammad Nur Anuar, 1988].
Zainah Anwar menyebut, "alat yang paling berkesan membangunkan gerakan dakwah ialah melalui usrah. Di setiap kampus terdapat banyak kumpulan usrah, biasanya dianggotai oleh tidak lebih daripada sepuluh orang yang berjumpa untuk berbincang tentang Islam. Bagi pelajar-pelajar baru, usrah memainkan peranan penting meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mereka tentang Islam. Bukan semua pengikut dakwah menganggotai kumpulan usrah"
Bermula dengan kumpulan usrah yang hanya bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman Islam sahaja pada mulanya berkembang menguasai politik kampus bila pengaruh Islam semakin mantap dan diterima umum dalam kehidupan kampus. Sejajar dengan pelbagai kefahaman dan method perjuangan Islam, berbagai-bagai 'kumpulan Islam' wujud di kampus.Kumpulan ini mengenengahkan identiti dan organisasi masing-masing bagi mempengaruhi masyarakat kampus menyokong perjuangan kumpulan mereka. Perlumbaan yang bermula untuk memperkemaskan gerakan dakwah telah bertukar menjadi percaturan politik kampus yang serius di penghujung dekad 1980'an.
Sebahagia besar individu yang aktif dalam kegiatan-kegiatan politik kampus dikatakan telah menggabungkan diri mereka secara tidak langsung dengan penubuhan yang lebih besar di luar kampus. Bagi kumpulan Islam mereka dikatakan ' berhubungan' dengan salah satu dari badan dakwah dan politik seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Jemaah Tabligh, Darul Arqam dan sebagainya. Disebabkan terdapatnya halangan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kehadiran badan-badan ini secara langsung tidak dibenarkan, maka mereka berselindung disebalik nama-nama tertentu supaya kehadiran mereka di kampus tidak ketara [Mohd Shuhaimi Embong, 1989]
Gerakan-gerakan dakwah Islamiyyah yang wujud adalah saling pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Kesemuanya mempunyai peranan yang tersendiri dalam meningkatkan dakwah Islamiyyah di Malaysia. Masing-masing berjaya dengan kekuatan sendiri dan tidak sedikit juga pergeseran yang berlaku antara gerakan-gerakan ini. Sering terdapat konflik yang mencetuskan pergeseran yang berpanjangan antara gerakan-gerakan ini mengenai sesuatu isu dan juga perasaan "kurang senang" di antara satu sama lain.
Disebabkan politik kampus banyak dipengaruhi oleh pertubuhan induk di luar kampus, perpecahan kumpulan pelajar Islam tidak dapat dielakkan. Sikap politik di luar kampus mempengaruhi keadaan di . kampus. Disebabkan sikap ABIM sekarang yang pro kepada UMNO, "anak didik" mereka di kampus juga mengambil sikap yang sama dengan berkompromi atau menyokong kumpulan pelajar nasionalis Melayu yang ditaja oleh UMNO. Mereka tidak lagi dapat bersama dengan kumpulan pelajar Islam yang pro kepada PAS seperti sebelum ini.
Cuma di sesetengah universiti yang politik kampusnya unik seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, kumpulan ABIM (dikenali sebagai ATMA) masih "segan" untuk bersama secara nyata dengan kumpulan pro UMNO (dikenali sebagai TSB) walaupun tidak sebulu dengan kumpulan pro-PAS (dikenali sebagai IPU). Begitu juga dengan kumpulan "Islamic Representative Council (IRC)" yang sebelum ini menyokong kumpulan pro-PAS juga telah "mufarakah" di akhir dekad 1980'an bila ipimpinan mereka menamatkan era persembunyian dengan menubuhkan Jemaah Islah Malaysia (JIM). Sekarang JIM juga dikatakan umula berbaik-baik dengan UMNO.
Perpecahan dan persaingan kumpulan Islam di kampus, betul-betul membayangkan perjuangan pertubuhan "induk" mereka yang lebih besar dalam sistem politik Malaysia. Persaingan antara ABIM dan PAS paling hebat, kerana keduanya tidak memisahkan agama dengan politik. Ini berbeza dengan Jemaah Tabligh dan Darul Arqam yang tidak berminat berpolitik. Tanpa "penyatuan" kembali ABIM dan PAS di peringkat kebangsaan, persaingan diantara kedua-dua kumpulan ini tidak akan berakhir [Zainah Anwar,I990].
Percaturan bertambah kronik bila di sana telah wujud kumpulan nasionalis-pragmatis yang sentiasa mengikuti perkembangan ini. Kewujudan kumpulan nasionalis ini sebagaimana biasa diasaskan mengikut etnik dan bila perlu atau menguntungkan kumpulannya, mereka bergabung mewujudkan satu 'front'. Keadaan ini yang menghidupkan percaturan politik kampus untuk dikaji dan cuba memahami susur-galur isu-isu yang mendapat perhatian mereka.

Kalau Tuhan Dikenali

Kalau Tuhan Dikenali
Album : Sembahyang Membina Peribadi AgungMunsyid : Mawaddahhttp://liriknasyid.com
Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya
Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya
Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya
Cintakan Tuhan,
Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita fahamTuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

Rasa Bertuhan (Versi Arab)

Album : Allah Habibul A'zom Kafahuwa FillahMunsyid : Mawaddahhttp://liriknasyid.com


شُعُورُ الأُلُوهِيِّةِلَوْ كان الناسُ ,يَعْرِفونَ ربَّهُم ,تَنْكَسِيرُ قُلُوبُهم,و تَلينُ أَرْواحُهُم,لمَْ تَشاغِلْ قُلوبُهم يِذِكْرِ ما سِواهُ,قُلُوبُهم و أَرواحهم معلَّقة بربِّها,هو وَحْدَهُ...لو كان الناس,يَحْرِبُوْن ربهم,يُعصمون شأنه,يرتعيدُ وِجْدانُهم,لو كانت كلُّ هذه دائماً,في سمعهم و أبصارهم و في عِلْمِهم,في عِلْمِهم....لَصَارَاللهُ دائما في قلوبهم,وَلأَصْبَحَ الناس خاضعين متواضعين,لَصَارَاللهُ دائما في قلوبهم,وَلأَصْبَحَ الناس خاضعين متواضعين في أرضِ ربِّهم..لَوْ كان شعور الأُلوهيَّةِ يَمْلَؤُ قلوبهم,تموتُ أَحْلاقُهم..يُسَيْطِيرُ الْخَوفُ على قِيانِهم,فَيَنْشَغِلونَ بِأُمُورِ أَنْفُسِهم,ولم يَلتَفِتُ إلى أُمُورِ الناس,خَوْفًا أَن يَقَعُ في نَمِيْمَةِ غيرِهم,أُهْ.........لو كان اللهَ يَدُوْمُ في قلوبِهم,وَشُعُوْر الألُوهِيَّةِ يَمْلَؤُ ضَمَائرًا,سَيَذْكُرُونَ نِعمَهُ,نِعْمَ ربّهم الكثيرا,فَيَزْدادُ شُعُوْر الحبّ والفوز..حُبُّهُ على نِعامِه و أَطْفيهِ,وخُفُّهُ أَنْ تُذْهَبَ هذه...ومن عِقآبه عِندَ ارْتِكَ بالذُنُوب...وَهْكَذَا إذا أَصْبَحَ العِباد,يَعرِفُون ربَّهم قلوبُهم مَشْغُلَةٌ بربّها وَحْدَهُ,اَلدُّنْيا و نَعِيْمُها لا تُأَثِّرُ فيهم,مَهمَ أَنْ كلها في أَيْدِيهِم...أَ...أَ...أَ...لاَ صَارَاللهُ دائمًا في قلوبهم,وَلأصْبَحَ النّاس خاضعين متواضعين في أرضِ ربِّهم..لو كان اللهَ يَدُوْمُ في قلوبِهم,وَشُعُوْر الألُوهِيَّةِ يَمْلَؤُ ضَمَائرًا,سَيَذْكُرُونَ نِعمَهُ,نِعْمَ ربّهم الكثيرا,فَيَزْدادُ شُعُوْر الحبّ والفوز..حُبُّهُ على نِعامِه ذذذو أَطْفيهِ,وخُفُّهُ أَنْ تُذْهَبَ هذه...ومن عِقابِه عِند ارْتِكَ بالذُنُوب

Bolehkah Wanita Bernasyid?

ISU SUARA PENASYID WANITA MAWADDAH
Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat hujah secara naqli dahulu. Di sini ingin saya jelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yang dibuat secara qat’i. Ini bererti pintu ijtihad mengenai isu suara wanita masih dibuka. Kalau kita suluh tentang masalah suara pula, sejauh yang kita lihat dalam Quran dan hadis, belum ada ijtimak ulama mengatakan haram. Dalam Quran atau hadis tidak ada dalil dan nas yang qat’i secara tegas mengatakan haram . Para ulama berijtihad tidak seia sekata. Ada yang membolehkan ada yang tidak membolehkan. Jadi kalau ada banyak pendapat, kita boleh ambil mana-mana pendapat sebab dalam persoalan ijtihad kalau betul dapat dua pahala kalau salah tetap dapat satu pahala. Jadi dalam hal ini kita terima pandangan yang membolehkan suara wanita. Lebih-lebih lagi di sini kita gunakan suara wanita bukan untuk maksiat, bukan untuk gelak ketawa, menggoda lelaki dan melalaikan orang tetapi kita bawa mesej untuk orang kenal Tuhan, cinta dan takutkan Tuhan.
Di sini baru kita faham suara itu salah atau tidak dilihat pada kegunaannya. Kalau salah guna, haramlah kalau betul guna tidaklah haram. Macam tangan juga kalau diguna untuk membantu orang eloklah, tapi kalau tangan itu juga digunakan untuk tempeleng orang, salahlah. Ia bergantung kepada sejauh mana penggunaannya kecuali ada nas yang mengatakan haram. Kalau ada ijmak ulama yang mengatakan suara wanita itu haram maka tentu kita akan ikut, tapi buat masa ini hingga hari ini tidak ada satu ketegasan dalam mengatakan suara tu aurat. Kalau suara wanita boleh dibawa kepada kebaikan, apa salahnya dimanfaatkan. Kalau suara seorang perempuan di kira aurat , maka baca Quran, belajar di universiti, mengajar di sekolah memang tidak bolehlah bagi perempuan. Sedangkan memang digalakkan bersedap-sedap membaca Al-Quran supaya orang tertarik pada Quran.Tetapi di sini saya tidak bermaksud untuk membahaskan persoalan hukum hakam dengan panjang lebar tetapi apa yang lebih utama saya ingin membawa anda sekalian melihat perkara ini dalam skop yang lebih luas dan utama.
Pertamanya ingin saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang cukup prihatin mengenai isu suara wanita. Saya kira mereka tentulah terdiri daripada golongan yang sangat hendak menjaga agamanya. Oleh itu marilah kita nilai persoalan ini secara adil dan rasional.
1. Hari ini untuk memperjuangkan Islam kita perlu menggunakan pelbagai cara dan metod sesuai dengan zaman ini. Di dunia hari ini orang mencetuskan maksiat seluruh dunia dengan berbagai cara dan jalan. Melalui media masa dan media cetak. surat khabar, majalah, tv, bahkan iklan-iklan pun. Dalam iklan makanan pun ada maksiat, iklan pakaian pun ada kejahatan di situ. Ertinya kita sedang berhadapan dengan dunia penuh maksiat. Kalau ibarat sebuah peperangan mereka gunakan 1001 macam senjata kecil dan besar. Ada senapang, mortar, peluru berpandu, kereta kebal, kapal terbang dan lain-lain. Tetapi kita atas nama Islam hanya menggunakan keris sahaja, apakah boleh menang ? Itu secara kiasan. Sudah beratus tahun umat Islam berjuang, bukan umat Islam tidak berjuang, bukan tidak berani mati, tapi begitu sahajalah perjuangan umat Islam. Islam diperjuangakan dengan menggunakan senjata yang tidak cukup lengkap. Yang jauh ketinggalan berbanding dengan musuh. Itu belum lagi kita perkatakan tentang taqwa, itu lagi susah sedangkan senjata lahir pun tidak cukup. Sekarang kita nak berjuang berhadapan dengan dunia maksiat, bukan nak menggunakan senjata macam Amerika tetapi kita berjuang secara minda, secara kasih sayang untuk kejayaan di mana taqwa itu adalah asasnya. Kita mesti mewujudkan sistem alternatif bagi menyaingi kerosakan yang sudah merata dunia. Nisbah senjata lahir itu kena dipelbagai. Kalau hari ini maksiat merata dunia, orang menggunakan penyayi perempuan hingga rosak masyarakat. Tidakkah kita tidak sedar? Sebab itu kita kena fikir macamana nak atasi. Jadi kalau perempuan yang merosakkan, maka perempuan juga yang kena baiki. Jadi kita kena campur tangan juga. Hari ini penyanyi perempuan yang diterima orang . Iklan makanan, iklan kereta pun guna perempuan juga. Ini agenda yahudi untuk rosakkan dunia dengan menaja maksiat yang beleluasa.Sebab itulah penasyid perempuan kena ada. Sudah sampai masanya kita wujudkan satu kumpulan budaya Islam Hadhari melalui perempuan untuk memberi alternatif bahawa Islam mempunyai cara hiburan yang mampu menghibur sambil mendidik, ianya selamat dan menyelamat serta tidak merosak dan melalaikan.
2. Suara juga sepertimana anggota badan yang lain seperti tangan, mata dan telinga boleh digunakan untuk berbuat baik dan salah. Mata boleh digunakan untuk berbuat baik dan buruk. Tapi banyak orang yang menyalahgunakan mata. Kalau banyak orang yang menyalah gunakan mata, apakah kita nak butakan mata? Lidah boleh digunakan untuk kebaikan tapi banyak orang gunakan untuk kejahatan. Jadi kalau begitu apakah nak dipotong lidah? Kalau di salah gunakan telinga, apakah kita pekakkan telinga kita. Lidah kita jahat, mengumpat orang, kita nak potong ke lidah kita. Ertinya anggota badan kita boleh bawa kepada kebaikan dan boleh bawa kepada kejahatan. Terpulang bagaimana kita menggunakannya.
3. Apabila kita melihat realiti yang berlaku hari ini, kita tengok secara terbuka atau di TV, wanita diperalatkan menjadi daya tarik. Sememangnya wanita memberi tarikan yang cukup berkesan sehingga majoriti manusia sangat boleh dipengaruhi oleh penghibur wanita. Cuba kita fikir bagaimana hendak menarik lautan ribuan manusia, demi untuk selamatkan mereka, apakah atas nama Islam dan kebenaran tidak ada daya tarikan melalui suara wanita untuk mengumpan manusia menghala kepada Allah. Sedangkan hiburan adalah keperluan fitrah semulajadi manusia.
4. Oleh itu kita tidak boleh bertindak mengharamkan hiburan maksiat tanpa menyediakan alternatifnya. Masyarakat yang sedang dahagakan hiburan akan bertanya mana alternatif hiburan Islam, mana model kebudayaan Islam hadhari? Apakah Islam tidak mempunyai suatu kaedah hiburan tersendiri hinggakan umat Islam terpaksa berkiblatkan hiburan barat yang rosak lagi merosakkan? Sudah tentu atas nama Islam kita kena persembahkan, kena hidangkan satu bentuk hiburan yang jauh lebih menarik, mengasyikkan dan menyelamatkan sambil mendidik dan membentuk manusia dengan pengaruh-pengaruh positif yang selamat serta menyelamatkan. Jadi manakah alternatif itu, manakah model itu, sedangkan kita mengakui Islam is a complete way of life. Kalau kita terus bahaskan soal suara sebagai aurat tanpa melihat realiti kerosakan budaya yang berlaku hari ini, kita seolah-olah memberi gambaran Islam itu terlalu jumud dan pasif hinggakan tidak memberi ruang untuk berhibur dan berkebudayaan.
Oleh itu apa yang sedang di perjuangkan oleh Mawadah melalui landasan kebudayaan merupakan satu usaha kecil bagi memberi jawapan kepada suara-suara yang bertanya mana dia hiburan Islam, mana dia model kebiudayaan Islam, mana dia hiburan yang selamat dan menyelamatkan. Moga-moga ia mampu menjadi alternatif serta model kebudayaan yang menghibur lagi mendidik. Mesej yang sangat indah perlu disampaikan dengan kaedah dan metod yang indah juga agar menyerlahkan lagi keindahan Islam itu sendiri. Kebenaran itu sangat indah dan mengasyikkan tetapi malangnya, ramai manusia tidak dapat melihat, menikmati dan menghayatinya justeru kegagalan para pejuang Islam menghidangkannya dengan cantik.

Khaulah Al Azwar

Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azur. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam. Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya."Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat." Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.

Politik ISLAM Membawa Kasih Sayang

Hari ini umat Islam menganggap apa yang dikatakan politik itu ialah politik Barat. Ini kerana rujukan mereka pada definasi poltik ialah kepada Barat. Mereka tidak lagi merujuk perkara penting ini kep ada Islam, yakni Al Quran dan Sunnah. Bahkan di kalangan alim ulama dan pejuang-pejuang Islam pun, politik yang mereka faham adalah politik Barat atau sistem politik berpilihan raya.
Bila kita tanya kepada kebanyakkan tokoh politik Islam, mengapa mereka turut serta dalam politik kotor Barat itu, biasanya mereka menjawab, “Tiada pilihan lain.” Ya, seolah-olah secara tidak langsung mereka menganggap Islam tidak mempunyai jalan sendiri dalam soal politik. Seolah-olah Islam tidak sempurna, ia kekurangan cara untuk berpolitik walaupun rata-rata mereka mengaku Islam itu syumul. Rasulullah telah menunjukkan jalan tersebut. Bukankah Rasul lahir di zaman politik jahililah menguasai dunia? Namun baginda tidak pun menyertainya. Tanpa membuat alasan konon tiada pilihan lain, baginda berjuang menampilkan politik Islam, lalu membunuh politik karut itu.
Hari ini Umat Islam mengamalkan politik yang tidak Islamik. Pada mereka itulah politik. Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam. Mereka menghalalkan cara. Mana-mana jemaah atau badan Islam yang tidak terlibat dalam politik Barat yang kotor itu dicap tidak berpolitik. Lalu bertungkus-lumuslah mereka berjuang atas platform yang tidak Islamik itu, yakni politik Barat.
Mereka berjuang secara piliharaya dengan mendaftarkan diri dan kumpulan sebagai parti politik. Untuk memilih pemimpin-pemimpin yang dinamakan wakil-wakil rakyat, mereka menempuh sistem pengundian dan pemilihan dalam tempoh beberapa tahun sekali. Semua lapisan rakyat tanpa kecuali dilibatkan dalam pemilihan pemimpin atau pemerintah. Parti yang calonnya paling ramai memenangi kerusi parlimen, maka parti itulah yang berhak menubuhkan kerajaan. Tanpa mengira lagi cara-cara yang digunakan dalam proses kemenangan yang dicapai sama ada baik atau tidak. Tanpa mengambil kira peribadi-peribadi calon itu sama ada boleh memimpin atau tidak, orang baik atau orang jahat. Tanpa mengenal pasti kemungkinan adanya musuh menyamar.
Dengan tertubuhnya kerajaan, maka dilantiklah jemaah kabinet, senator, anggota dewan senat, pengerusi-pengerusi untuk institusi-institusi penting dalam kerajaan dan melantik duta-duta ke luar negara untuk perhubungan antarabangsa.
Lalu perlembagaan dan undang-undang negara akan menjadi dasar pemerintahan kerajaaan pilihanraya ini dibuat sendiri oleh mereka itu. Kalaupun ada kitab rujukan, tentunya daripada Barat yang mengasaskan politik sekular ini. Sama sekali mereka tidak merujuk kepada Allah dan Rasul, yakni Al Quran dan Sunnah.
Untuk membuktikan kebenaran undang-undang yang dibuat, ianya dibentangkan di parlimen. Kemudian dibahaskan dan diundi. Bilamana dipersetujui oleh majoriti, kerana memang bilangan mereka majoriti, maka akhirnya undang-undang itu disahkan. Kalau ada suara-suara membangkang dari parti pembangkang yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap mana-mana undang-undang, tetap tertolak kerana tidak mendapat sokongan majoriti.
Demikianlah politik yang di puja oleh umat Islam hari ini. Juga oleh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulama. Politik yang menghalalkan cara demi untuk mendapatkan kemenangan dalam perebutan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa cara-cara itu semuanya bertentangan dengan Islam, membeli undi, mengupah “gedebe-gedebe” untuk mengungut mana-mana pengundi yang dijangkan tidak mengundi partinya, menuduh, memfitnah, melarikan peti undi, berbohong, menghina dan sebagainya, yang digunakan oleh calon pemimpin itu, semuanya perkara-perkara haram yang dimurkai oleh Allah. Tetapi mereka halalkan semua itu dengan alasan tiada cara lain. Katanya lagi, nanti bila menang semua itu diharamkan semula.
Begitulah mereka bermain-main dengan Allah SWT demi mencapai kepentingan diri, bukan kepentingan agama Allah. Mereka mengambil sebahagian hukum Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mereka melupakan ingatan Allah Taala:
Maksudnya : “Apakah kamu mengambil sebahagianisi kitab dan menolak sebahagian yang lain ? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85)
Orang-orang Islam yang berpolitik cara Barat ini menempuh jalan yang begitu kotor dan silap. Politik kotor digunakan untuk mendapatkan negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Mungkinkah tercapai ? Sedangkan kita semua maklum bahawa kebaikan itu hanya akan didapati dengan cara baik, melalui jalan-jalan yang baik.
Air kalau di hulu sudah keruh, tentunya hilirnya juga keruh. Andaian mereka ialah sekiranya tidak menempuh laluan itu, bagaimana boleh dapatkan negara Islam ? Mereka sebenarnya sengaja tidak mahu mempelajari sejarah bagaimana Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin menegakkan negara Islam.
Lalu dengan sikap-sikap aneh itu, mereka bermusuh dengan jemaah-jemaah Islam yang memulaukan politik Barat yang kotor itu. Konon kerana kelompok itu menafikan satu aspek penting dalam ajaran Islam yakni politik. Mereka seperti tidak tahu bahawa politik Islam itu mempunyai pengertian yang amat berbeza dengan apa yang mereka laksanakan. Mereka hakikatnya tidak berpolitik kerana mengamalkan sesuatu (politik) yang bertentangan dengan Islam.
Ibadah mesti menempuh lima syarat. Kalau satu saja dari syarat-syarat itu tidak dipenuhi, amalan itu tidak akan mendapat pahala ibadah. Politik yang mengikut idea-idea syaitan dan fikiran orang kafir itu sebenarnya tidak diterima di sisi Allah. Lalu hakikatnya perjuangan itu tertolak di sisi Allah. Bahkan diejek-ejek oleh manusia dan dipersoal oleh manusia.
Politik Islam samada yang tersirat atau tersurat, zahiriah atau maknawiah, qat’i atau ijtihad, semuanya ada di dalam Al Quran dan Hadis. Untuk memulakan politik Islam, kita tidak perlu lagi merujuk walaupun seinci pun kepada mana-mana agama atau ideologi. Segala-galanya tersusun indah dan terpampang dalam sejarah. Politik itu walaupun telah pernah punah dilanyak oleh politik Barat, kerana kesalahan umat Islam sendiri, namun Insya-Allah ia mampu bangun semula. Ia akan sekali lagi menguasi dunia bersama kebangkitan Islam kali kedua yang sedang hebat melanda dunia kini.

Jangan biarkan mahasiswa kita diasuh pemimpin politik tahap rendah

Seorang bapa dari Teluk Intan, Perak begitu seronok dan megah apabila anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Sebagai seorang pendidik, hampir seluruh masyarakat kampung mengunjungi kediaman beliau untuk mengucapkan tahniah. Beberapa orang penduduk kampung juga ada bertanya kepada pendidik ini cara-cara beliau mendidik anaknya sehingga berjaya ke institusi pengajian tinggi.
Malahan beberapa orang penduduk lainnya pula meminta anak-anak mereka supaya mengikut jejak anak pendidik ini yang sememangnya bijak sejak dari alam persekolahan rendah lagi.
Seorang bapa di Hulu Selangor pula memberitahu, dia terpaksa menjual kereta Proton Wira kerana mahu membiayai anaknya yang ketiga untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum ini, dua orang anaknya telahpun menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Seorang di tahun akhir sementara seorang lagi melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.
Bapa ini memberitahu, tanahnya sudah habis digadai semata-mata menampung perbelanjaan anaknya yang tinggi ini. Bagaimanapun dia tetap berasa puas hati dengan pengorbanannya itu.
Kedua-dua bapa ini dan majoriti keluarga yang anak mereka berjaya melanjutkan pengajian di IPTA mengharapkan agar anak mereka berjaya di bidang karier masing-masing.
Mereka sanggup berkorban sebagai mengikut saranan kerajaan bahawa mahasiswa adalah tenaga pelapis yang membakal memimpin negara pada masa akan datang.
Kita akan mendengar slogan dan propaganda di radio mahupun di TV bahawa anak-anak mahasiswa ini adalah pelapis kepada kepimpinan yang ada sekarang.
Apabila mendengar slogan "mahasiswa sebagai pemimpin pelapis negara", hampir semua mahasiswa bersemangat tinggi untuk menamatkan pengajian masing-masing. Hampir setiap hari mereka akan membayang jubah di hari konvokesyen dengan harapan merekalah bakal pemimpin yang bertanggungjawab dan membawa negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Itulah harapan mahasiswa yang bercita-cita mahu menyumbang baik buat ummah dan negara.
Namun, langkah pertama yang perlu mereka belajar adalah menghadapi pilihan raya kampus yang disifatkan asas kepada pembentukan diri sebagai seorang ahli politik.
Sesetengah mahasiswa membayangkan pilihan raya kampus adalah proses pemilihan memilih pemimpin pelajar di antara golongan berilmu atau intelektual, yang bersaing secara bebas.
Bagaimanapun, kini mereka hanya diberikan dua pilihan sama ada mahu menjadi kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno atau kumpulan yang didakwa propembangkang.
Di sinilah majoriti mereka tergamam dan terkejut dengan situasi sebenar pilihan raya kampus yang sepatutnya dinamik dan bebas.
Di sinilah juga mereka berhadapan dengan situasi yang kacau apabila proses pilihan raya itu ditekan dan dicengkam sehingga matlamat sebenar mahu melahirkan pemimpin mahasiswa berwibawa dan bertanggungjawab hilang di celah-celah hiruk-pikuk emosi kepartain.
Seolah-olah yang hanya dibenarkan ialah aliran pemikiran yang selari (sebenarnya yang mengampu) dengan politik pemerintah. Siapa jua yang cuba menyanggah akan dilabelkan sebagai propembangkang yang perlu perlu dikalahkan.
Pada pilihan raya kampus 2007 yang lalu, kumpulan Aspirasi yang dikuasai oleh Umno telah mendabik dada kerana mereka diterima dan menang daripada 20 IPTA. Mereka hanya tewas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Di UIAM, para calon sudah diajar bagaimana mahu menjadi seorang ahli politik. Mereka diajar oleh tenaga yang dimport khas oleh Umno seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Adham Baba dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dan juga Presiden GPMS, Reezal Meerican Naina Merican. Kedua-dua mereka adalah ahli Umno tulen dan hidup dalam kancah politik Umno.
Yang lebih menarik dan menyedihkan adalah para mahasiswa dan para pensyarah yang cerdik dan bijaksana itu diajar dan dipengaruhi oleh seorang yang tewas ketika bertanding jawatan Ketua Umno bahagian dan seorang presiden pertubuhan belia yang mempunyai rekod kemenangan yang penuh kontroversi, misteri dan memalukan.
Apakah perasaan Rektor Dr Syed Arabi Syed Idid dan Timbalan Rektor HEP, Hamidon Abd Hamid? Bagaimana perasaaan tenaga pengajar UIAM yang cukup hebat seperti Dr Aziz Bari, Dr Sidik Baba dan lainnya terhadap tunjuk ajar dan pengaruh dari dua pemimpin Umno ini yang berperangai kartun itu?
Di manakah hebat dan maruah mereka, seorang tewas bertanding dalam politik sebenar dan seorang menjadi presiden pertubuhan yang penuh kontroversi?
Setiap tahun pilihan raya kampus akan berlangsung dan setiap tahun juga pemimpin mahasiswa disogok dengan politik murahan dan tidak bermaruah. Inikah wajah-wajah bakal pemimpin masa depan negara yang benar-benar bermaruah, bertanggungjawab untuk mentadbir negara?
Jika demikian keadaannya, pemimpin pelajar dan mahasiswa boleh belajar dengan lulusan universiti ternama luar negara, misalnya Oxford. Mereka hanya perlu berfikiran sedikit kreatif dan gunakanlah pendekatan yang paling mudah untuk menjadi pemimpin dalam Umno.
Secara jenaka, carilah mana-mana anak perempuan atau lelaki yang bapa mereka adalah seorang Menteri Kabinet, Menteri Besar atau bakal Perdana Menteri.
Ketika itu, anda akan menjadi bakal pemimpin besar tanpa perlu bersusah payah seperti mana Dr Adham dan Reezal Meerican.
Apa pun, kasihanlah kepada pengorbanan ibu bapa mahasiswa yang bertungkus-lumus menghantar anak mereka ke menara gading tempatan. Mereka masih tidak tahu apa yang berlaku kepada masa depan anak-anak mereka di sana, sekadar dibuai slogan "mahasiswa adalah pemimpin pelapis" untuk masa depan negara etapi mereka sebenarnya dididik oleh ahli-ahli politik secara tidak bermaruah!

Hiburan Orang Mukmin


Semua orang sukakan hiburan. Adakalanya hiburan memang perlu bagi sesetengah orang. Kerana hiburan boleh mendatangkan ketenangan, mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi. Ketegangan dan kegersangan emosi boleh menyebabkan seseorang itu pemarah, bertindak kasar, tertekan dan kerungsingan. Menyuburkan emosi memang penting kerana di situ nanti akan tumbuh dan suburnya kasih sayang, sikap prihatin dan peka. Apabila disebut hiburan, bukan bererti semata-mata nyanyian, konsert, pesta, karaoke, kelab malam dan seumpamanya. Melihat keindahan alam juga adalah hiburan. Melancong atau musafir atau ekspedisi, berkelah, dan seumpamanya adalah sejenis hiburan juga.Biar apa pun jenis hiburan, semuanya terbahagi kepada tiga kategori: Pertama: Hiburan hakiki
Bagi orang mukmin, iman, ibadah, wirid dan zikir atau apa saja pekerjaan yang membawa kepada mendapat pahala dari Allah SWT adalah hiburan. Hatinya tenang tenteram. Jiwanya sentiasa hidup dan segar. Emosinya selalu terkawal. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firmanNya: Maksudnya:
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Raad: 28)
Ingat (zikir) kepada Allah itu luas pengertiannya. Zikir itu merangkumi apa saja sifat terpuji (mahmudah), rasa kehambaan yang mendalam, rintihan dan munajat, semuanya dinamakan zikir qalbi atau zikir hati. Ini termasuk juga rasa syukur apabila mendapat nikmat, sabar apabila menghadapi ujian dan redha apabila ditimpa musibah. Zikir qauli (perkataan) atau lisan ini ialah pengucapan lidah terhadap Asma` Allah, puji-pujian, istighfar, selawat, takbir, tasbih, tahmid dan membaca Al Quran. Apa yang penting pengucapan itu mestilah beserta hadir hati atau dari hati. Barulah berkesan dan sempurna zikirnya, serta berhasil mensucikan hati dan memperolehi Nur atau cahaya dafi Allah SWT. Zikir fi`li (perbuatan) pula ialah apa saja pekerjaan yang bersesuaian dengan syariat dan ditujukan kepada Allah , maka ianya dikira ibadah yang dikira sebagai zikir juga. Oleh itu bagi orang yang benar-benar mengikut sunnah, rnenguap, tidur, baring, makan, minum, masuk tandas, `berkawan, bergaul, dan urusan keluarga, masyarakat, negara dan umat semuanya merupakan ibadah. Inilah kebahagiaan sejati yang terbenam di dalam hati sanubari orang mukmin. Orang yang begini, kesukaran dalam hidupnya tidak menjejaskan hati dan perasaan ; apatah lagi kalau memiliki kehidupan yang senang dan serba ada. Kedua: Hiburan `pain-killer` Apa saja jalan bagi menghilangkan keresahan dan kerungsingan dan masih dalam keharusan atau tidak bercanggah dengan syariat. Seumpama yang disebut sebelum ini iaitu berkelah, melihat keindahan alam , melancong dan termasuk nasyid-nasyid yang kini mula popular. Memanglah hiburan jenis ini boleh juga sampai ke tahap hakiki sekiranya dapat dijadikan wasilah untuk merasa kebesaran Allah, dapat melihat dengan mata hati Maha Penciptanya Allah SWT. Atau tumbuh rasa gerun dan takut kepada Allah SWT. Realitinya tidak begitu. Kebanyakan orang hanya sekadar terhenti sebagai hiburan. Namun selagi tidak mendatangkan kesan negatif, bolehlah dianggap sebagai `pain killer`. Ertinya ubat yang melenyapkan dan melupakan masalah buat seketika iaitu ketika berhibur itu. Tetapi tidak menghapuskan punca atau virus penyakit yang dialami. Ketiga: Hiburan `junk food` Hiburan jenis ini yang paling banyak dan popular. Bukan saja tidak bersifat menyembuhkan atau `pain killer` malah umpama penagihan dadah. Memanglah seronok. Tetapi keseronokan bukan bererti kebahagiaan atau ketenangan. Malah di sebaliknya pula umpama pengambilan najis dadah yang secara beransur-ansur tanpa disedari membawa akibat buruk dan negatif untuk jangka panjang. Kalau junk food yang sebenar biasanya mengakibatkan kesan sampingan dan kerosakan tubuh anggota badan. Manakala hiburan `junk food` ini mendatangkan kesan buruk pada hati yang sukar dikesan. Terutamanya hati menjadi semakin keras, kesat, terdinding dari mendapat kelazatan dalam mengingati Allah dan ibadah dan sukar pula menerima kebenaran. Sesungguhnya orang yang mendapat hiburan hakiki itu umpama orang yang mengecapi makanan dan hidangan yang lazat dan enak. Dia tidak mahu lagi kepada gula-gula yang bukan sahaja tidak mengenyangkan malah tidak berkhasiat. Selalunya yang sangat menyukai gula-gula ini ialah kanak-kanak.

Sulitnya Mendapatkan Taqwa


Ayat seribu dinar ayat 2-3 At Talaq : ........ Artinya : " Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." Berdasarkan ayat ini ada 5 perkara yg akan dibahas : 1. Apa itu taqwa? 2. jalan keluar dari kesusahan 3. diberi rizki oleh Tuhan sekira-kira tidak tahu sumber 4. tawakal 5. Tuhan janji dg dirinya setiap apa yang Tuhan jadikan ada sukatan/ketentuannya. Rupanya Tuhan ini walaupun dia Tuhan, bebas buat apa saja, kuasanya mutlak, patuttnya buatlah apa saja sesuka hatiNya. Macam raja dunia, kalau dia rasa kuat dia buat sesuka hatilah.dia tak sukat dah. Nak buat baik tak sukat, nak buat jahat tak sukat 1. TAQWA Ini benda rohani dan maknawi. Walau ada benda lahirnya tapi 90% benda maknawi, rohani. Abstract, tak dapat di ukur. Hendak diukur secara dacing tak boleh. Secara jarak pun tak blh. Kilogram?batu?tak boleh kita ukur dengan itu. Kalau begitu bagaimana kita mengukurnya? Dalam 2 ayat Quran, Allah berfirman : 1. Fattaqullah masttatolum : " Hendalriah kamu bertaqwa pd Allah sejauh yg termungkin" 2. Fattaqullah hakotukotih : " Hendaklah kamu taqwa pada Tuhan sebenar-benar takut." Dari ayat ini kita dipahamkan bahwa taqwa tak dapat diukur secaras berat ataupun panjang.Tapi Tuhan suruh kita usahakan taqwa sejauh mana yang kita boleh bunt, sejauh mana yang kita tahu. Sekuat mama yang kita boleh. Artinya taqwa ini tak boleh diukur dengan cara berat, jarak, tinggi rendah. Tak tahu bagaimana caranya. Hanya, Tuhan sudah bagi panduan : Pakej taqwa ada 3 , 3 ini merupakan rupa taqwa: iman, Islam, ihsan . Inilah 1 pakej taqwa. Taqwa tak bisa diukur. Tap1 3 pakej itu jalan, panduan. Jadi seseorg yang nak dapat taqwa, 3 itulah iman, islam, ihsan. Iman pula ada rukunnya:dlm pakej ada pakej dlm rukun ada rukun, ini orang belum perkatakan. Orang Islam sebut taqwa ikut suka-suka tapi tiak paham apa itu taqwa. Jadi bila dikatakan iman ada rukun iman. Dalam rukun iman ada rukun lagi. Kena ada ilmu kena paham, kena yakin, kena hayati Pakej ke2 Islam. Ada rukun nya dalam pakej ini: Ilmu, paham,amal, hayati : 4 pakej rukun Islam.dlm pakej ada paket lhsan : rukun ihsan: ilmu, faham, hayati, Jadi kalau 3 pekara ini ada, barulah dapat taqwa. Sebab itulah bila kita paham, hayati 3 benda itu, makin kita rujuk pada taqwa. Makin kita cari taqwa, makin kita rasa tak bertaqwa Makin dekat makin rasa tak dapat. Kita rasa dah dapat taqwa, itu artinya syeitan dab masuk. Dah diperdaya oleh syeitan. Syeitan tipu daya : rasa bertaqwa, rasa sedap. Maka hilanglah kebaikan. macam kita bawa banyak barang, lalu dicuri, hilang. Dah dapat, kena rompak. Dah dapat kena rompak oleh syeitan. Oleh itu makin cari taqwa makin rasa salah dengan Tuhan, rasa kesal, makin rasa tak ada apa-apa itu orang bertaqwa. Seorang yang cari taqwa, lalu dia rasa dapat, rasa yakin dia taqwa. Orang itu macam orang bawa barang lalu dirompak. Sebab itu saya katakan organ yang berjuang, berkorban atas dasar fadilat sangat bahaya, sebab nampak kebaikan dia. Itu artinya menipu daya Kita tak nak sentiasa dirompak Jadi taqwa benda yang maknawi yang tak bisa diceritakan rupanya. Cuma jalan, panduannya, dicerita. Yakni yang dikatakan tadi 1 pakej. Patutlah taqwa itu amat penting. Besar nilainya di sisi Tuhan. Penyelamat di dunia akhirat. Ilmunya juga unik, rukunnya unik. Benda unik ini, benda mahal ini, benda berharga ini, boleh selamatkan dunia akhirat. Orang ramai berkata erti taqwa adalah : 'Buat apa yang Tuhan suruh, tinggalkan apa yang Tuhan larang.' Kalau itu saja, sudah cukupkah jadi orang bertaqwe Benda-benda yang mahal ni patutnya begitu sekali dihuraikan, diluaskan. Sepertimana kelapa, nak ambil isinya :kita kena buka kulit dulu, lalu buka lagi kulit dalam. Isinya kena dikukur, kena diperah. Untuk ambil pati dia, kena dimasak hingga sampai dapat pati. Makanya begitu sekali ilmu tentang kelapa tu terbuka, orang paham. Sepatutnya ilmu tentang taqwa itu jelas, nampak. Tapi pelik, benda yang penting ini, rupanya kebanyakan orang tak jelas. Says pun tak tahu mengapa tak jelas tu. Saya pun heran, takkan cukup dengan mengatakan: buat apa yg Tuhan suruh dan tinggalkan yang Tuhan larang. Jadi taqwa gambarannya tak nampak tapi jalannya Tuhan beritahu,. Rukun-rukunnya diberi. Dalam rukun ada rukun, dan lain-lain itu panduan. Sejauh yang terdaya, termungkin, insyaa Allah kita dapat. Kalau rasa taqwa artinya tak dapat. Kalau rasa gagal, moga-moga itulah taqwanya. Sekian

Musuh Mukmin


Bismillahirrahmanirrahim Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Ilmu adalah penting bagi kita. Tak ada ilmu, walaupun cita-cita kita baik, cita-cita tu tak dapat kita perjuangkan. Ilmu menyuluh hidup dan perjuangan kita, samada menjadi panduan untuk baiki diri atau perjuangan kita atau ilmu itu kita jadikan panduan bila ada masalah. Kadang-kadang kita tak cukup ilmu, bila ada masalah kita tak mampu untuk selesaikan masalah. Kita terbaca Hadis, Hendaklah kamu menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Kita berfikir dari budak hingga di zaman muda munasabahlah. Sedang Rasulullah SAW tak kata begitu. Dah tua pun kena mengaji, dah nak matipun kena mengaji. Dah tua mengaji, macam tak munasabah. terutama ketika ada masalah. Kalau tak ada ilmu tak boleh selesai masalah sebab ilmu penyuluh untuk selesaikan masalah. Umat Islam tak betul mengaji. Ia tak dibuat macam makan nasi. Ada kita fikir, makan nasi tak apa, tak makan tak apa? Atau makan nasi seminggu sekali? Ilmu tu macam makan nasilah. Kalau tak makan nasi laparnya terasa, lapar ilmu tak terasa, sebab itu orang bermalas-malasan mengaji. Makan tak. 3-4 jam tak makan terasa lapar, merangsang nak makan. Kalau tak mengaji berlakulah lapar ilmu itu, Hadis, Terjemahannya : Orang mukmin itu berhadapan dengan 5 jenis kesusahan. 1.Yang pertama hasad dengki orang mukmin. 2. Nafsu yang ada dalam diri yang nak selewengkan dari Tuhan. 3. Syaitan yang nak menyesatkan kita. 4. Orang munafik yang benci dengan kita. 5. Musuh, orang kafir yang sentiasa cari peluang untuk memerangi kita Begitulah seorang mukmin tak lepas dari 5 perkara yang menyusahkan dia. Hendak tak hendak, tetap berhadapan. Bertindak atau tak bertindak kita berhadapan dengan 5 perkara tadi. Kalau tak ada ilmu, tak faham, kita akan kecundang, kita akan kalah. 1. Bagaimana nak hadapi hasad dengki orang mukmin. Kita tak dapat lepas dari hasad dengki orang mukmin. Orang yang tak senang dengan kejayaan, dengan kemampuan kita. Kita tak boleh hadapi dengan sembrono, ia akan menimbulkan perpecahan lebih besar. Ada 4 langkah nak hadapi orang hasad dengki 1. Kejahatan dia kita balas dengan kejahatan 2. Tak buat apa-apa , buat tak tahu 3. Jahat dibalas dengan baik 4. Doakan Yang satu tak boleh , ia berdosa. Walaupun ia menyusahkan kita, kita tak boleh menyusahkan dia. Seolahnya kita tak sanggup serah pada Tuhan untuk selesaikan. Yang ke-2, ini lebih baik, serah dengan Tuhan .Buat baik tidak buat jahat tidak. Yang ke-3. ini terbaik .Jahat dibalas dengan baik. Orang soleh dulu, sahabat, tabiin, tabiut tabiin, orang yang buat jahat pada dia, dia bagi hadiah, dia bagi duit, bagi bantuan. Yang ke-4. Nak membalas dengan kebaikan susah, doakan . Doa tak keluar duit, tak guna harta, senang sikit, walaupun tak senang juga, hati sakit.Yang senang jahat dibalas jahat. Disinilah hebatnya Rasulullah SAW, pada orang jahat yang kafir, Rasulullah SAW buat baik, Rasulullah SAW doakan. Luar biasa Rasulullah SAW. Yang ke-2 , musuh nafsu kita. Ini susah. Kalau orang luar jadi musuh terasa. Tapi kalau nafsu kita, sebagian diri kita, tak terasa. Kadang-kadang kita terasa dia penasehat, tak terasa musuh. Terasa dia buat baik, nak buat ini, itu. Sedang Tuhan kata sesungguhnya nafsu tu sangat mengajak kepda kejahatan. Kita tak perasan. Sebab itu ilmu kena ada, ilmu yang halus, seni. Kalau tak, tak perasan nafsu memusuhi kita. Dia sangat tersirat. Sifat nafsu tu tamak bakhil, ego, pantang dicabar, tak mau terima nasehat, tak tahan susah. Bukan senang nak kendalikan nafsu. Sedangkan ia sangat mengajak buat jahat. Kita tak perasan, padahal dia sedang ajak kita buat jahat. Kita rasa dia ajak kita buat baik. Sebab itu ilmu kena halus, faham yang tersirat. Kita kena pandai kesan. Nak mengesan kejahatan nafsu susah sebab ia sebahgian dari diri kita. Kalau tak disuluh dengan ilmu yang halus tak nampak kejahatannya, tak nampak durhaka dengan Tuhan, supaya kita dapat tundukkan sesuai dengan kehendak Tuhan. Kalau boleh begitu barulah kita selamat dari tipuan hawa nafsu. Kalau tak kita sangka dia penasehat kita Yang ke 3 syaitan yang nak merusakkan kita. Sedangkan syaitan tak boleh pengaruhi orang kalau tak ada high way nya atau jalan. Itu lah nafsu. Kalau nafsu tak terkawal, tak terdidik, rakus, tamak, bakhil, pemarah, ego, itulah jalan syaitan. syaitan nak masuk orang dia perlu jalan. Kalau kita tak jaga nafsu kita, ia jadi jalan pada syaitan. Nafsu lebih jahat dari syaitan. Kalau nafsu terdidik, jalan syaitan tak ada. Ia tak boleh pengaruhi manusia. Syaitan macam jin, dia boleh masuk ke dalam manusia. Maka ia boleh kotak katikkan kita. Kalau tak ada jalan, syeitan usaha juga, ia berbisik dari luar. Boleh dialog dengan hati dan akal kita. Kalau dah masuk habis. diperkotak katikkan kita, sebab dia dah menempuh jalan. Sedang setan nak sesatkan kita, banyak jalannya, diantaranya 1. diragukan kita tentang adanya Tuhan, lebih-lebih lagi kalau kita akal kuat, tak pernah mengaji agama. Dia datang bisik, Tuhan tak ada. yang ada ni yang kita boleh nampak. Tuhan tak nampak, tak adalah. Dia ragukan kita supaya kita jadi kafir. Kita tak terasa sebab kita dah Islam dan dah terdidik. Tapi bagi orang yang tak kenal Tuhan? itu besar. Jangan kita lawan. Kalau kita lawan. Akal kita kata Takkan Tuhan tak ada. Jangan lawan syaitan, kita tak mampu. Profesor-profesor semua murid dia. Macam mana nak lawan. Kalau kita lawan, dia akan betulkan kita, dia setuju Tuhan ada. Maka ia coba gambarkan Tuhan pula, Tuhan tu begian-begian. Akhirnya jadilah orang-orang yang merupa-rupakan Tuhan. Lahirlah agama ciptaan syaitan. Kalau orang tu lawan lagi. Tuhan ada tapi tak boleh digambarkan, di rupa-rupakan. Apa kata syaitan? saya setuju. Jahat betul syaitan. Dah betumbuk kita dengan syaitann, bila dia kalah dia setuju dan cari jalan lain untuk sesatkan kita. Kemudian dia ragukan tentang janji Tuhan. Tuhan itu ada, betul tak boleh digambarkan. Maka dia ragukan kita dengan berkata, kalau ikut Tuhan susah makan, jadi orang beriman bertaqwa, makin susah. Kita lawan lagi, dia setuju pula. Awak betul. Awak cerdik. payah cari orang macam awak ini. Dia bawa cerita lain. Dia tak kacau dengan akidah. Dia ragukan dengan syariat. Dia meniti di atas Quran. Tuhan tu Maha Pengampun, Maha Penyayang, Dia yang ciptakan kita. Takkan Dia nak azab kita, susahkan kita. Dia Maha baik. Tak payah buat perintah itu sekarang, nanti dah tua buatlah. Yang penting kalau mati ikut perintah Tuhan selamat. Kalau orang itu mengaji, dia akan jawab. Awak kata dah tua baru beramal, kalau saya mati muda? Syaitan kata, cerdik engkau ya. Kalau awak dah yakin, kena beramal, beribadah. Buat-buat, saya suka. Diriakkan kita pula. Kita buat dengan rasa megah, ria. Tak takut dengan Tuhan. Halusnya tipuan setan. Kita belajar lebih halus lagi, kita tak riak dalam beribadah. Tapi mulut tak pandai jaga, mulut mengumpat, dosa besar. Sebanyak mana dia beribadah sebanyak itu dia mengumpat orang. Begitulah seterusnya. Kalau syaitan tak dapat ganggu kita di masa hidup, dia goyangkan kita di masa nak mati. Kalau kita tak kuat minta bantuan Tuhan, tak mampu kita lawan. Waktu tu kita serah pada Alah. Musuh yang ke 4 orang munafik. Definisi Munafik adalah melahirkan Islam tapi menyembunyikan kekufuran. Itu yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Cara ini kalau berlaku di akhir zaman sikit. Yang terjadi munafik bentuk lain. Di zaman Rasulullah SAW orang munafik dia lahirkan suasana Islam,dia sembunyikan kekufuran. Rasulullah SAW tahu, walau sahabat tak tahu. Orang munafik itu tahu yang dia munafik, dia tak Islam. Konon masuk Islam tu nak tipu. Munafik sekarang lagi bahaya. Dia keturunan Islam, sembahyang, puasa, naik haji, tapi ada benda dia ragu. Ini lagi bahaya. Dia sebenarnya dah kafir, tapi orang Islam anggap dia Islam, kadang-kadang jadi imam, jadi bilal, pemegang agama dan dia sendiri yakin dia Islam, tapi sebenarnya ada benda yang dia ragu. Munafik macam ni paling banyak. Islam akhir zmaan ni dikuasai oleh orang-orang munafik. Yang memperjuangkan agama dah jadi munafik. Susah kita nak hadapi mereka. Dulu tidak susah, senang kita hadapi, sebab dia bukan Islam. Munafik sekarang dia adalah tokoh Islam. Susah. Katalah kita tahu, kalau tak bijaksana hadapi mereka, kita bukan hanya akan berhadapan dengan golongan dia saja, orang Islam biasa tak boleh terima kita. Sebab mereka pegang agama, pegang masyarakat, lebih-lebih kalau meraka ada kuasa. Lagi susah. Orang Islam tak perasan, yang punya diri tak perasan mereka itu munafik.Kena berhati hati nak hadapi golongan ini. Bagaimana nak hadapi mereka, saya campurkan dengan golongan yang akhir yaitu orang kafir. Yang ke-5 orang kafir samada kristian, yahudi ,budha dan hindu. Mereka ni dah cerdik-cerdik, dah pandai-pandai. ini zaman moden. Mereka tidak akan perangi orang Islam dengan senjata kecuali umat Islam tu tersilap. Kalau umat Islam kasar, mereka ada peluang nak perangi. Kalau kita sanggah mereka orang ramai akan sanggah kita. kalau kita perangi mereka ada peluang mereka perangi kita. inilah yang dibuat pejuang-pejuang singkat akal, bodoh. akhirnya mereka ada kesempatan. Kalau tak kasar susah mereka nak perangi. Bagaimana kita nak hadapi golongan munafik dan kafir ni? Caranya seperti huraian lalu dalam tafsir ayat, bila datang kebenaran, kebatilan tu akan lenyap. Kita berjuang melahirkan sistem. Bila lahir sistem nampak cantik. Ia sudah boleh mempengaruhi orang ramai. Bila kita dapat lahirkan sistem, maka ada bandingan. Semua ini perlu ada ilmu. Kalau tak, kita akan tersasar. Sikap kita akan membuatkan kita kecundang. Yang penting kita lahirkan alternatif, sebab sistem Tuhan itu kalau dilahirkan betul-betul, orang tak Islam-pun akan rasa seronok, rasa indah, bahagia sebab fitrah manusia sama. Sekalipun bukan Islam, manusia suka kasih sayang, suka kebahagian. Kalau kita faham dan lahirkan sistem ini, maka orang lafir pun akan ikut. Itulah pentingnya ilmu, kalaupun ada ujian jangka panjang selamat. Sekian.

HADITH

One day the Messenger of Allah (PBUH: peace be upon him) asked his companions: “Which of God’s creatures possess the most amazing iman (faith)?”“The Angels,” answered his companions.“How would the Angels not have faith in Allah when they are always close to Him,” replied the Messenger in disagreement.“The prophets,” answered the other companions.“How would the prophets not have faith when words of God are revealed unto them?” the Messenger disagreed.“We - your companions?” the companions suggested.“How would you not have faith when I am always amidst you?” retorted the Messenger.Finally the Messenger decreed: “The creatures with the most amazing iman are those who live after me. They have never met me but they declare faith in me. They love me more than they love their children and elders. They are my Ikhwan (Brothers). They read the Quran and are faithful to all its contents.”(Related by Abu Ya’la)“O Abu Bakr,” the Messenger of Allah (PBUH) asked, “Do you not long for my Ikhwan since they also love you because you are my companion?”(Related by Ibnu Hajar Asqalani)The Messenger of Allah (PBUH) continued: “Good tidings for those who meet and declare faith in me. And sevenfold good tidings for those who declare faith in me but have never met me.”(Related by Ahmad)Let it be known to you, that the Messenger of Allah (PBUH) longs for a tha’ifah (group) from amongst his ummah near the end of time; an ummah whose morals are akin to the prophets’ and who remain steadfast to the ways of the siddiqin (righteous). They are the strange ones among the general Muslim population.

ISLAMIC FINANCIAL STRENGTH

The whole world is particular about economy which is considered as the main source of life. Every nation and every country strive hard to strengthen their economic situation. When the economy of a country is strong, the country will advance in many other fields like industries, technologies and even military. The strong economy enables a country to take over another country. Little wonder, economy is always the focus of all the world leaders.The muslim world are also in the race. They are also strengthening their economy. Many via the capitalist system introduced and supported by the Western countries and the Jews. The muslim forget that Islam has its own economic system which is far better than the capitalist. Under islamic economy, God is the essence.The capitalist’s main focus is profitability per se. The concept of love and care in undertaking business decision is almost non existing. Economy as an ibadah is unthinkable. As such, capitalists will compete vigorously to increase their profits and minimize their losses even by stepping on others.Unfortunately, many muslims are also in the same school of thought. Instead of taking God as the guidance, we try to compete with the capitalists on their own platform which is created by them to generate income for themselves. The result? We always failed and face further diminution. Muslims must reassess their economic focus and guidelines. Taqwa is the foundation upon which all business decisions and planning should be constructed. The Islamic economic and financial systems are meant to protect human, and to promote love and care, unity among all, bringing peace and harmony here and the hereafter.

Sunday, March 29, 2009

WANITA SEBAGAI KONSUMEN


Wanita di zaman modern hari ini sudah tidak bergantung lagi pada orang lain seperti ayah atau suami untuk mendapatkan keperluan mereka. Mereka boleh pergi membeli ke mana saja yang mereka suka untuk membuat pilihan sendiri. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang bekerja dan punya pendapatan sendiri. Gaji yang diperoleh atau uang yang suami bagi untuk perbelanjaan sudah tentu menjadi haknya mengatur uang itu sebijak-bijaknya.
Tetapi apa yang kita lihat, kaum wanitalah yang paling mudah ditipu oleh penjual dan sebagai konsumen mereka sering kerugian tanpa disadari. Oleh karena tidak ada pengetahuan, tidak mengambil perhatian tentang kualitas barang atau tertarik dengan tawaran murah, mereka mudah ditipu dan tertipu.Lebih-lebih lagi pengaruh iklan di media massa akan mendorong para konsumen untuk memiliki barang yang dipamerkan. Sebahagian iklan menghebahkan kehebatan sesuatu produk dengan menampilkan artis-artis sebagai konsumen berjaya. Ada pula tawaran-tawaran hadiah sampingan tapi dalam masa yang sama dibuat pula peraduan-peraduan yang bersyarat. Sebenarnya ia bertujuan untuk 'cover' harga pengiklanan. Mereka tidak akan sanggup membuat pelayanan cuma-cuma kepada pelanggan tetapi sebaliknya berusaha untuk mendapatkan kembalian tanpa disedari oleh konsumen.
Apa pun konsumen wanita hari ini semakin terpedaya dan terpikat dengan pelbagai tawaran hadiah, door price dan seribu satu macam lagi kaedah penipuan tanpa disadari. Mengapa ini terjadi?!Marilah kita mengambil jalan yang paling selamat yang dianjurkan oleh Rasulullah kepada kita. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya membazir itu adalah kawan syaitan".
Mari kita jadikan apa yang dianjurkan oleh Nabi kita ini sebagai realiti dalam hidup. Yaitu kita hanya membeli pada benda-benda baik itu makanan, pakaian atau barangan rumah biarlah mengikut keperluan.Mengapa menjadi begitu sukar bagi konsumen wanita untuk tidak membeli barang-barang yang tidak diperlukan? Kenapa mereka sukar buat pertimbangan yang tepat ketika membeli belah?Rupanya dalam hal berbelanja ini juga kita dapat mengenali nafsu dalam diri kita sendiri. Betapa nafsu kita kelihatan sangat tamak dan rakus. Nafsu yang rakus ini meruntun iman wanita hingga fikirannya juga telah dikuasai nafsu, dan jadilah wanita itu 'pendek akal'. Lalu mereka tidak boleh berfikir panjang lagi untuk mendapatkan barang murah dan tiada kualitas. Jika tidak dibendung oleh iman dan taqwa, nanti akan lahirlah golongan konsumen yang cinta dunia.Oleh itu wanita, konsumen yang dididik dengan iman saja yang boleh bersabar dan dapat menahan nafsunya dari berbelanja pada perkara-perkara yang tidak perlu dan membazir

RASULULLAH SAW SUMBER LIMPAHAN RAHMAT


Kelahiran Rasulullah SAW merupakan satu peristiwa sejarah yang paling besar dan paling agung yang pernah berlaku di dunia ini. Tiada sejarah yang lebih besar, penting dan agung selainnya, baik itu sebelum atau sesudahnya, sejarah yang telah merubah watak dan peradaban manusia.
Sejarah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang luar biasa, mengandung rahasia-rahasia dan perkara yang tersirat pada setiap yang ada hubungan dengannya walau satu titik, terlebih lagi satu huruf dan satu perkataan. Padanya terkandung rahasia Tuhan yang harus kita kaji. Mari kita cungkil rahasia dan hikmah di sebalik tanggal kelahiran baginda yaitu:Sebelum Fajar, Senin, 12 Rabi’ul Awwal, Tahun Gajah.Kedatangan Rasulullah SAW membawa rahmat. Sebelum fajar berarti kegelapan sudah akan berakhir dan cahaya adalah umpama rahmat Allah yang akan menjelma.Senin atau Isnin dari bahasa Arab berarti dua.Di saat kelahiran baginda, akidah manusia sudah rosak kerana sudah lama ketiadaan Nabi dan Rasul. Hanya dua yang mengenal Tuhan; Zat Tuhan itu sendiri dan baginda Rasulullah SAW. Itulah isyarat dari Tuhan di sebalik kelahirannya pada hari Senin. Bahkan keIslaman seseorang hanya sah apabila dia mengakui dan menyebut kedua-duanya.Jika mengacu pada malam, ia adalah puncak kegelapan.Artinya waktu kelahiran baginda, segala perkara negatif berada di tahap puncaknya.Jika mengacu pada siang, ia adalah seterang-terang cahaya matahari.Artinya kedatangan baginda membawa rahmat dari Tuhan untuk segala alam, bukan hanya untuk manusia, bahkan binatang, pepohonan, bebatuan dan seluruh ciptaanNya. Berkat cahaya rahmat itu, seluruh makhluk mendapat pembelaan dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati.Jika mengacu pada bulan, ia adalah puncak bulan dalam setahun.Artinya baginda adalah penutup dan puncak para Rasul. Rasul terdahulu didatangkan untuk sesuatu kelompok dan zaman sedangkan Rasulullah SAW didatangkan untuk semua etnik, berlanjutan hingga berzaman.Jika mengacu pada bintang, ada bintang 12 yang mana ia adalah bintang yang paling terang di antara beribu bintang yang ada.Artinya kelahiran Rasulullah SAW membawa syariat yang lengkap, petunjuk dan rahmat yang lengkap dari dunia hingga akhirat. Ajaran yang dibawanya paling sempurna berbanding ajaran Rasul-Rasul sebelumnya.Rabi’ dari bahasa Arab berarti musim bunga.Kedatangan baginda menjadi contoh akhlak yang mulia dan akhlak yang agung adalah umpama bunga yang cantik dan indah di awal musim bunga.Tahun Gajah.Ia dikaitkan dengan Abrahah dan tentera bergajahnya dari Yaman. Sewaktu dia menyerang Ka’bah, dia telah merampas harta benda termasuk kambing-kambing paman baginda, Abu Thalib dan kakeknya Abdul Muthalib. Akhirnya Abdul Muthalib keluar lalu berhadapan dengan Abrahah. Beliau meminta supaya dipulangkan kembali kambingnya karena itu adalah miliknya. Manakala tentang Kaabah, beliau berkata terserah karena Ka’bah itu bukan miliknya tetapi milik Allah.Jadi, di sini, terbuka rahasia bahwa keluarga Rasulullah saw masih beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Artinya keturunan baginda terpelihara, bersih dan dijaga oleh Allah.

KETIKA DUNIA MENGAMALKAN HUKUM RIMBA


Kita sekarang sedang menyaksikan bahwa hukum Rimba sedang dipakai di mana saja di dalam masyarakat dunia, iaitu yang kuat akan menindas yang lemah, yang berkuasa akan menzalimi yang tidak ada kuasa, semua ini mewujudkan satu suasana yang penuh dengan ketidakadilan, dan menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan.Sedangkan fitrah manusia mau dihormati, mau keamanan dan kedamaiannya tidak terganggu. Fitrah manusia juga bencikan kezaliman, bencikan keganasan dan bencikan penindasan. Kalau demikian sifatnya manusia mengapa pula kezaliman, penindasan dan keganasan berleluasa di mana saja. Mengapa permusuhan, peperangan dan berbunuhan berlaku di mana saja?
Malah PBB dan Amerika yang kononnya berfungsi selaku pendamai dan sangat menghormati hak asasi manusia dan selalu menonjolkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia, sebaliknya dalam waktu yang sama PBB dan Amerika memberi laluan kepada Israel itu sendiri melakukan tindakan melampaui batas kemanusiaan, dan seringkali bertindak zalim, kejam dan ganas.Mengapa di tengah-tengah suara kedamaian PBB, mereka juga yang merestui berbagai pertumpahan darah atas nama lesen ketetapan PBB. Menjadikan Amerika dan Israel sudah tidak terkira lagi ganasnya. Sehingga ada pihak yang membuat andaian bahwa tiada suatu kekacauan negara di dunia ini melainkan ada campurtangan Amerika.Namun demikian memang ada jawapan mengapa terjadi demikian.Pertama, memang demikian sifatnya para penganut ideologi yang terpisah samasekali dari Tuhan. Di zaman mana pun, semenjak dari manusia awal, dan siapa pun dan tidak kira di mana, penganut ideologilah yang paling mudah membuat tindakan ganas dan pencetus kezaliman. Ini karena penganut ideologi tidak pernah memperhitungkan soal Tuhan dan agama dalam hidup mereka. Bagi mereka, kepentingan hidup sementara ini saja yang diperhitungkan. Untung rugi mereka adalah di dunia ini semata-mata. Tuhan dan akhirat belakang kira. Malah terputus langsung dari agama, keTuhanan, hukum hakam, syariat dan perhitungan dosa pahala, neraka dan syurga.Kedua, apa yang mereka pertahankan sebagai maruah, penghormatan, keamanan dan ketenteraman itu adalah hak milik dirinya sendiri. Ertinya gangguan itu jangan berlaku terhadap diri mereka, keluarga mereka, dan kepentingan mereka. Kepada orang lain tidak diperhitungkan. Sebab itu Amerika dan Israel sanggup berbuat apa saja terhadap Palestin atau juga kepada mana-mana negara dunia apabila kepentingannya dirasakan tergugat. Biarpun tindak balasnya sangat-sangat melampaui batas dan keterlaluan, itu semua sudah tidak dipedulikan. Asalkan kepentingan Amerika itu sendiri terjamin. Inilah yang dinamakan `hukum rimba`, iaitu haiwan dan tumbuhan. Haiwan bersifat siapa kuat dia berkuasa, yang kecil dan lemah sentiasa menjadi mangsa. Pokok-pokok pula akan sentiasa melepaskan pucuk masing-masing untuk lebih tinggi mengatasi pokok lain.Kita semua perlu memahami keadaan ini bahwa tiada jaminan keadilan bagi mereka yang tidak mempedulikan Tuhan, agama dan akhirat. Manusia akan sentiasa terdedah kepada kezaliman dari orang yang hanya menjadikan ideologi sebagai pegangan hidup. Cuma mungkin mereka membawa mesej kedamaian dan keadilan sementara belum ada peluang menindas dan kejam. Atau mungkin belum masanya karena kepentingan dirinya belum tergugat.Islam memang mengajar umatnya menentang dan menghapuskan sebarang bentuk kezaliman. Tidak kira sama ada zalim itu terhadap diri sendiri maupun kepada orang lain. Tidak kira sama ada zalim itu bersifat lahiriah maupun rohaniah. Zalim yang bersifat lahiriah memang mudah dikesan. Ini yang ditakuti dan sering diperkatakan di mana-mana malah ditentang.Kezaliman bersifat rohaniah ini sering diabaikan malah umat Islam sendiri ada yang tidak mengetahui dan tidak memahaminya. Lantas dipandang remeh dan terus tidak dipedulikan. Malah Islam lebih mengutamakan penghapusan kezaliman rohaniah ini. karena inilah punca berlakunya kezaliman lahiriah. Ianya ibarat seseorang yang memiliki racun berbisa. Dengan adanya racun itulah maka orang lain boleh turut terkena bisanya. Firman Allah SWT:Maksudnya: "Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berbuat kezaliman, maka kamu akan diazab api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain Allah, kemudian kamu tidak akan ditolong." (Surah Hud: 113)Dalam Islam, zalim mempunyai pengertian yang tersendiri. Jauh berbeza dari pengertian kezaliman yang difahami oleh manusia. Manusia pula seringkali bercanggah dan berbeza dalam memberi erti kezaliman. Zalim bagi fahaman komunis berbeza dengan yang difahami oleh sosialis dan berbeza juga dari puak demokrasi.Zalim menurut pengertian Islam ialah apabila sesuatu itu (manusia atau benda) tidak diletakkan tepat pada tempatnya. Kalau demikian maka dikira zalim juga kalau kita jadikan “steamroll” atau “bulldozer” sebagai teksi, atau dijadikan beca untuk mengangkut kayu balak, atau kasut diletakkan di atas kepala atau kopiah diletakkan di kaki atau seluar dalam dipakaikan di luar. Mengapa manusia seluruhnya memakai pakaian dan tidak bertelanjang. Paling kurang ada dua sebab iaitu tidak mau berlaku zalim kepada tubuh badan yang tidak boleh terdedah kepada sejuk dan panas atau udara luar. Selain itu ialah untuk tidak mau mendedahkan kemaluan yang sifatnya mesti ditutup. Dianggap zalim orang yang mendedahkan kemaluan bukan pada tempatnya.Perbandingan itu untuk memahamkan kepada kita terhadap sesuatu yang jauh lebih utama dan perlu dielak dari berlaku zalim. Iaitu mengapa manusia dihidupkan di atas muka bumi ini. Atau mengapa manusia diciptakan oleh Allah SWT.Jawabnya yang paling tepat mestilah datangnya dari Allah SWT juga karena Allah SWT yang mencipta manusia. Allah SWT telah tetapkan iaitu dalam firmanNya:Maksudnya: "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (Allah)."(Az-Zariyat: 56)Maka selagi manusia meletakkan sistem ideologi sebagai kaedah dalam kehidupan mereka dan membelakangkan sistem Tuhan di dalam kehidupan mereka, selagi itulah manusia di dunia ini akan tetap terperangkap dalam hukum Rimba.Oleh itu marilah kita semua meningkatkan rasa kehambaan dan rasa berTuhan di dalam hati masing-masing agar Allah beri jalan untuk lepas dari sistem ideologi yang rosak dan merosakkan ini.

Marilah kita perjuangkan kasih sayang!


Wahai saudara-saudari tuan dan puan sekelian
Marilah kita perjuangkan kasih sayang keperluan manusia bersama
Kasih sayang membawa perpaduan, rasa bersama dan bekerjasama
Kita perjuangkan di mana saja kita berada
Marilah kita perjuangkan kasih sayang
Kasih sayang membawa perpaduan dan kesatuan
Hari ini kasih sayang sudah gersang
Bahkan kasih sayang di mana-mana sudah hilang
Anak kunci kasih sayang adalah cintakan Tuhan
Kerana Tuhan itu adalah cinta Maha Agung
Marilah kita cintakan Tuhan Rabbul insan
Nanti cintakan sesama manusia akan berbunga
Tuan dan puan ingatlah perjuangan politik membawa pecah-belah
Membawa perbalahan, permusuhan dan peperangan
Memperjuangkan ekonomi mendorong manusia mementingkan diri
Ekonomi selalunya kawan sendiri pun dikhianati
Manusia hari ini telah menderita dan terseksa
Akibat tidak ada kasih sayang sesama manusia
Apabila kasih sayang telah hilang
Lahirlah hasad dengki, prejudis, pergaduhan dan peperangan
Marilah kita perjuangkan kasih sayang!

Saturday, March 28, 2009

DALAM ISLAM PEMERINTAH ADALAH WAKIL ALLAH, BUKAN WAKIL RAKYAT

Isu Semasa
Senin, 16 Maret 2009 02:16
SEMUA ideologi dan isme di dunia ini memandang bahwa pemerintah atau pemimpin itu adalah wakil-wakil rakyat yang naik untuk memperjuangkan hasrat rakyat. Mereka akan bersuara mengikuti suara rakyat, bertindak mengikuti kehendak rakyat. Hakikatnya dasar pemerintah ditentukan oleh rakyat. Dengan kata lain, dalam sistem pemerintahan sekuler, dasar dan tujuan pemerintahan ditentukan oleh akal dan nafsu manusia semata-mata. Itu pun bukan oleh pemerintah itu sendiri tapi oleh rakyat. Sebab itu pemerintah juga disebut wakil rakyat.
Dalam Islam, pemerintah ditunjuk atau dilantik oleh ALLAH, baik secara langsung atau tidak. Kalau nabi-nabi dan rasul-rasul ditunjuk secara langsung oleh ALLAH melalui wahyuNya. Sedangkan selain mereka, ditunjuk secara tidak langsung baik mereka ditunjuk atau diisyaratkan secara umum oleh Hadist ataupun dilantik melalui ahlul halli wal 'aqdi. Sepanjang sejarah semua pemimpin Islam yang haq, yang pernah menegakkan keadilan bukan dipilih oleh rakyat melalui pemilu tetapi dinaikkan sendiri dengan persetujuan hati manusia atau dinaikkan oleh ahlul halli wal 'aqdi. Demikianlah caranya ALLAH melantik wakil-wakilNya.
Artinya dalam Islam, pemerintah itu ialah wakil ALLAH. ALLAH yang melantik dan ALLAH yang akan menaikkan. Jadi mereka bertanggung jawab untuk menjalankan dasar dan tujuan pemerintahan yang ALLAH tentukan. Kesemuanya telah termaktub dalam Al Quran dan Sunnah. Selaku wakil ALLAH, pemimpin-pemimpin itu adalah orang-orang yang faham tentang ALLAH, tahu tentang Kerajaan ALLAH, faham dasar dan tujuan pemerintahan yang ALLAH tentukan, faham hukum-hukum yang datang dari ALLAH dan tahu melaksanakannya. Sewaktu melantik mereka, ALLAH seolah-olah berkata begini:
Bumi ini Aku yang punya. Manusia-manusia itu hamba-hambaKu. Aku malu bumi itu dan hamba-hambaKu itu dikelola, diurus, dididik, dipimpin dan dimajukan dengan sebaik-baiknya. Untuk itu, Aku lantik kamu menjadi wakilKu untuk menjalankan kerja-kerja pemerintahan seperti yang telah Aku tunjukkan dalam Al Quran dan Hadist NabiKu.
Wakil-wakil ALLAH yang paling utama ialah nabi-nabi dan rasul-rasul. Berikutnya ialah para waliNya yang bertaraf mujaddid. Hadist juga menunjukkan kepemimpinan Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim dari Timur di akhir zaman ditunjuk oleh ALLAH melalui lidah RasulNya. Begitu juga pemerintahan Muhammad Al Fateh telah diisyaratkan oleh Hadist. Karena mereka ini semuanya adalah wakil-wakil ALLAH yang dilantik secara langsung atau tidak, maka kita lihat pemerintahan dan kenaikan mereka begitu unik sekali. Mereka dilantik bukan hasil pilihan rakyat. Pemerintahan mereka benar-benar membawa keamanan dan kemakmuran pada negara dan rakyat.
Pemerintah atau pemimpin Islam yang tidak ditunjuk oleh wahyu secara langsung, hakikatnya juga ditunjuk oleh wahyu bila ia dilantik oleh ahlul halli wal 'aqdi, karena kaedah perlantikan pemerintah atau pemimpin melalui ahlul halli wal 'aqdi, adalah kaedah yang ditunjuk oleh Al Quran. Maka menurut kaedah itu artinya menerima pemerintah yang ditunjuk oleh wahyu secara tidak langsung. Sebab itu bagi saya, Khulafa'ur Rasyidin dan pemerintah lain yang dilantik oleh ahlul halli wal 'aqdi adalah pemerintah yang ditunjuk oleh wahyu secara tidak langsung. Mereka itulah pemerintah Islam yang haq. Sebab itu hasil pemerintahan mereka sungguh luar biasa. Yakni tercapainya keamanan dan kemakmuran hakiki. Suasana yang dijamin oleh ALLAH kalau manusia benar-benar menurut syariatNya.
Cara naiknya wakil rakyat ialah melalui pemilihan secara berpartai. Untuk dapat suara, mereka hanya perlu pandai bicara. Kalau pandai beragumentasi lebih bagus lagi. Kadang-kadang pandai juga menghina dan memfitnah lawan. Kalau perlu, main kotor. Karena yang mereka jalankan adalah politik Barat, di mana orang Barat pun mengakui kekotorannya, Politic is a dirty game. Rakyat umum yang menilai kepemimpinan seorang karena kepandaiannya berbicara dan banyak berjanji manis, akan memberi suara murahan, maka naiklah si tukang pandai bicara tadi menjadi pemimpin atau wakil rakyat.
Kenaikan wakil-wakil ALLAH menjadi pemerintah jauh berbeda dengan cara-cara kenaikan wakil-wakil rakyat tadi. Hal itu dapat dilihat bagaimana Rasul-Rasul, Khulafaur Rasyidin dan para mujaddid tampil menjadi pemimpin ummah. Mereka menjadi pemimpin sebelum dilantik menjadi pemimpin resmi. Mereka mulai memimpin dari seorang diri. Lama-kelamaan menjadi beratus hingga beribu orang yang menerima kepemimpinannya. Maka ia menjadi pemimpin dengan sendirinya untuk ribuan pengikutnya. Manusia menjadikannya sebagai tempat rujuk. Mereka menyerahkan diri dan hati padanya, bukan hanya memberi suara. Pada mulanya ia adalah pemimpin tidak resmi atau termasuk juga sebagai ulil amri tidak resmi. Bila tiba saatnya, ia ditunjuk menjadi pemimpin resmi, bukan melalui pemilihan tetapi dengan hati, yang sebelumnya telah disetujui lebih dahulu oleh ahlul halli wal 'aqdi.
Terbukti dalam sejarah bahwa pemerintahan Islam yang sempurna, adil serta bijaksana, karena Penciptanya adalah Zat Yang Maha Bijaksana, telah menghasilkan sebuah masyarakat terbaik yang tiada tandingannya. Yakni masyarakat contoh generasi salafussoleh sekitar 300 tahun dari Rasulullah.

Bila Tuhan menjadi cinta agung

Bilakah masa akan berlakunya insan menjadikan Tuhan cinta agungnya
Kesan dari itu manusia akan mencintai sesama manusia
Alangkah indahnya hidup ini jika berlaku di dalam hidup ini
Pemimpin itulah ayah, ibu, guru dan kawan setia
Bertambah lagilah indah jika berlaku di dalam masyarakat
Orang miskin berebut-rebut orang membantu
Orang kaya pemurah, itulah bank masyarakat yang tidak rasmi
Hingga orang miskin terbela dan tidak menderita
Alangkah senangnya hati, apabila kita bersalah mudah dimaafkan
Tidak ada dendam kesumat, tidak ada hasad dengki
Bilalah akan berlaku setiap pemimpin, guru, ulama, mereka adalah contoh atau model orang ramai
Yang merupakan Al Quran dan Sunnah yang bergerak
Mudah ditiru tanpa banyak berteori dan membahaskan ilmu
Hingga orang ramai atau rakyat sentiasa terdidik
Alangkah bahagianya jiran dengan jiran tengok-menengok
Beri-memberi, bertolong bantu, hidup sebagai keluarga
Ziarah-menziarahi, jaga-menjaga terutama di waktu tiada

9.9.2001
Selepas Zuhur

Mari kita mengenal Tuhan

Mari kita mengenal Tuhan

Mari kita mengenal Tuhan
Tuhan kita ialah Allah,
Nama-Nya yang paling agung yang dikatakan Lafzul Jalalah
Dia adalah zat yang Maha Suci lagi Maha Tinggi
Suci daripada sebarang penyerupaan dengan makhluk-Nya di dalam semua hal
Kerana itulah Dia tidak dapat hendak dibayangkan,
Kalau dibayangkan satu pendustaan yang maha besar
Wujud-Nya sediakala, tidak ada permulaan, tidak ada kesudahan
Kerana Dia bukan jenis ciptaan, bahkan Pencipta seluruh alam
Menjadi Pentadbir, Pendidik dan Penyelamat
Takkan Pencipta dengan yang dicipta ada persamaannya
Zat-Nya Maha Esa, satu atau tunggal
Tapi Esa-Nya tidak boleh dibelah bagi
Yang boleh dibelah bagi itu adalah benda atau barang ciptaan,
atau sesuatu yang kena cipta atau diwujudkan
Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan daripada perlu kepada tempat,
tidak mengambil ruang
Tidak ada di dalam pihak, atau di luar pihak,
kerana di luar pihak juga adalah pihak
Tidak terlibat dengan masa
Tidak terlibat dengan malam dan siang
Tidak terlibat dengan musim yang empat
Kerana semuanya itu adalah makhluk dan ciptaan-Nya
Tuhan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya
Tapi makhluk-Nya berhajat kepada Tuhan
Kudrat-Nya adalah mutlak dan tidak terbatas
Kerana kudrat-Nya bukan dari tenaga,
Ia dari zat-Nya yang Maha Kuasa dan Maha Daya dan Upaya
Iradah-Nya atau kehendak-Nya bukan daripada dorongan nafsu-Nya
Tuhan tidak ada nafsu seperti haiwan dan manusia
Setiap yang terjadi dan yang akan terjadi kemudian adalah dengan kehendak-Nya
Ciptaannya kecil dan besar sama sahaja,
Dia kata 'Jadi', jadilah benda itu
Dia mentadbir, mengawal dan menjaga bukan hasil berfikir-fikir dan meneliti
Kerana berfikir dan meneliti adalah dari akal
Dia memang sudah sedia tahu dan bijaksana
Tuhan tidak ada akal seperti malaikat dan manusia
Setiap yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
Sekalipun debu yang halus ada hikmahnya
Sama ada kita dapat fikirkan mahupun yang tersembunyi hikmahnya
Ilmu-Nya maha luas tidak terbatas dan tidak berkesudahan
Mengetahui yang ada dahulu, yang sedang ada mahupun yang akan ada,
Sekalipun yang tiada Tuhan tahu
Tidak ada sebesar habuk pun yang dilupakan
Hidup-Nya tidak ada berkesudahan, kerana Dia hidup bukan dengan nyawa
Dan tidak ada yang menamatkan kerana Dia adalah Tuhan, tiada Tuhan selain-Nya
Ertinya tiada siapa yang berkuasa ke atas zat-Nya yang hendak mematikan
Dia mendengar bukan dengan telinga,
Tapi daripada zat-Nya yang bersifat mendengar
Dia melihat tapi bukan dengan mata,
tapi daripada zat-Nya yang bersifat melihat
Sifat mendengar dan melihat-Nya Esa tidak berperingkat-peringkat
Jauh dan dekat sama sahaja
Tuhan bercakap atau mempunyai bahasa yang tersendiri
Yang tiada siapa yang mengetahui sekalipun para malaikat
Bahasa-Nya tiada yang dahulu dan tiada yang kemudian,
tiada berlafaz dan tiada berhuruf, tiada perkataan
Tiada bunyi dan suara, tiada koma dan full-stop
Tiada permulaan dan tiada berkesudahan
Tiada tanda tanya dan tiada tanda seruan
Al Quran adalah bahasa malaikat dan bahasa rasul
maksud dan mafhum daripada bahasa Tuhan
Jadi bahasa juga tidak ada penyerupaan
Maha Suci Tuhan
Dia menghukum dengan keadilan-Nya,
Memberi nikmat dengan rahmat-Nya
Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya mengatasi segala sifat-sifat-Nya yang lain
Nikmat dan rahmat-Nya terus mengalir tidak pernah berhenti-henti
sekalipun sedetik atau sekelip mata
Kerana itulah nikmat-Nya tidak mampu untuk dihitung
Nikmat nafas turun naik pun kita tidak dapat mengiranya
Betapalah nikmat-nikmat yang lain lagilah terlalu banyaknya
Dia adalah Pemberi rezeki, Pentadbir, Penjaga, Penyelamat, Pengawal,
Dan menentukan segala nasib makhluk-makhluk-Nya
Kalau satu detik pun kita terlepas daripada Tuhan pasti binasa.
Aduh siapa Tuhan?!
Dia adalah Maha Besar, Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Perkasa
Maha Gagah, Maha Hebat, Maha Pengasih
Kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya
lebih kasih daripada seorang ibu kepada anak-anaknya
Patut kita jatuh hati kepada-Nya
Bahkan cinta kepada-Nya
Patut kita membesarkan, memuja, mengagungkan,
menyanjung dan menyembah dan menakuti-Nya
Dia adalah idola daripada segala idola yang ada di dunia
Kita sangat perlu kepada Tuhan
Kerana itulah kita mesti memperjuangkannya
Hingga seluruh manusia mengenal-Nya dan mencintai-Nya dan menyembah-Nya.

18.7.2000
Selepas Asar - 2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails