Sunday, March 28, 2010

Contohi Pelaksanaan Jom Heboh di Kelantan


Baru-baru ini Karnival Jom Heboh telah di laksananakan di Kota Bharu, Kelantan Serambi Mekah. Apabila kita menyebut Jom Heboh, mesti terbayang di benak fikiran kita tentang percampuran lelaki dan perempuan, persembahan artis lelaki dan perempuan, terloncat sana, terloncat sini, dan segala-galanya yang negatif.


Tetapi keadaan berbeza dengan Karnival Jom Heboh yang diadakan di Kelantan, satu-satunya negeri Pimpinan Ulama', Jom Heboh dapat dimurnikan pelaksanaan sesuai dengan syariat yang digariskam dalam Islam.


Kerajaan negeri Kelantan meletakkan beberapa syarat untuk Jom Heboh bertapak di Kelantan buat pertama kalinya kepada pihak penganjur.Antaranya, ialah pengasingan pelawat kepada 3 kumpulan iaitu lelaki, perempuan dan bekeluarga. Ini sangat berbeza dengan Jom Heboh di negeri lain yang jelas memperlihatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang menyebabkan gejala sosial bertambah.


Selain itu, persembahan hanya terdiri daripada kalangan artis lelaki sahaja iaitu Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Kebanyakan artis ini tidaklah sepopular artis yang membuat persembahan di negeri lain.Kenapa?adakah artis-aris lain malu nak buat persembahan di negeri Tuan Guru? Keadaan in menjelaskan bahawa negeri Kelantan mempunyai aura tersendiri yang menyebabkan artis yang tidak "lengkap" segan untuk membuat persembahan terutama artis-artis yang melampaui batas.


Karnival ini juga tdifahamkan tidak mendapat siaran langsung sepertimana yang selalu di buat oleh TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini. Ini juga menjadi persoalan. Kenapa? sepatutnya TV3 menyiarkan Jom Heboh di Kelantan supaya rakyat melihat perbezaan pelaksanaannya berbanding di negeri-negeri lain.Sekaligus dapat memberi pengajaran dan hikmah dalam melaksanakan hiburan menurut Islam. Adakah kerana Kelantan adalah negeri pimpinan PAS? hanya orang yang berfikiran cetek sahaja yang menjadikan alasan ini untuk menafikannya.


Ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin. Walaupun begitu,bukan itu yang kita harapkan. Yang penting untuk kita adalah setiap program yang kita anjurkan mendapat keredhaan Allah SWT dan maghfirahNya. Apalah guna program kita dihiasi dengan artis-artis terkenal, orang-orang yang ramai, tetapi murka Allah yang kita dapat. Cara pelaksanaan yang penting.Adakah menepati syariat atau sebaliknya.


Oleh itu, saya menggesa dan mencabar negeri-negeri lain untuk melaksanakan Jom Heboh sepertimana yang Tuan Guru lakukan di Kelantan.Sudah tentu payah untuk mereka laksanakan..tetapi tidak mustahil.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails