Saturday, March 13, 2010

Isu Kahwin dengan Kanak-kanak.

Isu ini telah berlaku lebih kurang dua tiga hari yang lalu, tetapi apabila membaca UM(utusan malaysia) pada 13 Mac, saya merasa sangat jengkel dengan seorang lelaki yang di kenali sebagai shamsuddin ajaib, 41 tahun yang telah bernikah dengan kanak-kanak berusia 11 tahun, adik Siti Nur Zubaidah Hussin.

Shamsuddin adalah seorang yang terlibat dengan gerakan tabligh, dikatakan pandai memujuk untuk mempengaruhi anggota jemaah pimpinannya menyerahkan anak-anak perempuan untuk dinikahi sesama mereka walaupun berusia di bawah umur.

Baru-baru ini, adik Siti Nur Zubaidah Hussin telah di temui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur. Kelihatan adik itu ditinggalkan oleh ‘suaminya’ itu dalam keadaan separuh sedar di masjid berkenaan kira-kira pukul 4 petang, setelah dua minggu menghilang. Kanak-kanak itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi ibu kanak-kanak tersebut, Siti Sarnan Mat Ail, 42, di Jelawang, Kelantan.

Shamsudin Ajaib' dikatakan menjadi punca kepada dua kes perkahwinan dua budak perempuan di negeri ini seperti yang di laporkan di dalam UTUSAN MALAYSIA
Isteri pertama Shamsudin Ajaib yang dikenali dengan nama 'Na' berkata, tidak pernah membayangkan bahawa shamsuddin akan bernikah dengan kanak-kanak bawah umur. Shamsuddin juga tidak pernah mengizinkan isteri-isterinya bekerja walaupun kehidupan begitu mendesak kerana menyifatkan orang bekerja itu sebagai 'bodoh'. Dia mempunyai 4 orang isteri dan hanya perlu memberi tumpuan kepada gerakan tabligh. Sehinggakan isteri pertamanya terpaksa melakukan secara sembunyi menjual barang-barang seperti bedak kepada jiran-jiran, dan mendapat lebih kurang RM10 sehari dan wang itu dibelanjakan untuk perbelanjaan seharian. Ini tidak cukup dan terbukti bahawa shamsuddin tidak mengikut syarat2 dalam Islam.

Bagi pandangan saya, bernikah dengan dengan wanita atau perempuan yang lebih muda tidak salah kerana Rasulullah SAW sendiri pernah melakukannya. Tetapi, kita sebagai manusia biasa tidak boleh menyamakan diri kita dengan Rasulullah. Adakah amalan kita sama dengan Baginda?adakah kita berpuasa sunat setiap isnin dan khamis? adakah kita tidak pernah meninggalkan tahajjud? adakah kita selalu bersangka baik? Ini adalah persoalan-persoalan yang perlu kita fikirkan. Jika kita boleh melaksanakan seperti apa yang Rasulullah buat, silakan kahwin muda.Tetapi, kalau kita masih belum mampu, lebih baik kitra hanya melakukan yang termampu. Setiap apa yang Rasulullah lakukan adalah terpelihara dari Allah dan semata-mata hanya untuk tujuan agama, tetapi sebaliknya berlaku kepada kita manusia biasa hanya menutrukan hawa nafsu semata-mata. Kalau kita mengatakan itu sunnah nabi dan perlu diikut, banyak lagi sunnah nabi yang perlu kita dahulukan dan bukan sekadar dari segi perkahwinan.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan di bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama. Menurut beliau, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunnah Nabi Muhammad, semata-mata. 

Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunnah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunnah Nabi. 

Nik Aziz berkata beliau hairan kejadian itu boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri sudah membuat peraturan melalui Enakmen Keluarga Islam yang mensyaratkan setiap pasangan wanita berusia 16 tahun ke atas sebelum dibenarkan berkahwin mengikut enakmen itu.

Perkahwinan kanak-kanak perempuan 11 tahun dengan lelaki berusia 40-an yang berlaku di Kelantan adalah tidak mengikut sunnah sebaliknya berdasarkan nafsu semata-mata, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails