Tuesday, August 3, 2010

Guru dan Mahasiswa wajar dibenarkan berpolitik



Saya sangat tertarik dengan pendapat dan cadangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik. cadangan ini berikutan dari pengumuman semalam bahawa guru berijazah dibenarkan berpolitik.



Menurut Saifuddin, Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya membenarkan pelajar terbabit dengan politik jika mereka mendapatkan kebenaran daripada naib canselor (VC).

Beliau mengaakan bahawa jika ada segilintir VC memberi kebenaran, lebih baik ia diselaraskan secara keseluruhan supaya tidak banyak akta yang nak di pindah berulang-ulang kali.

Seringkali pelajar universiti yang didakwa terbabit dalam kempen politik menyaksikan kelab politik di universiti mereka juga digantung. Mereka juga sukar mendapatkan kebenaran daripada naib canselor untuk bergiat dalam politik.

Beliau juga memuji tindakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan membenarkan guru berijazah berpolitik dan mengatakan bahawa ia adalah langkah bijak kerana ia boleh mengurangkan politik wang di negara ini.

"Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita memberi peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian," ujar beliau.

Sebagai contoh, Saifuddin berkata apabila guru secara rasmi dilarang berpolitik pada 1993, Umno menyaksikan kemasukan besar-besaran ahli korporat dan usahawan.

university malaya student demostration 050210 02Masanya adalah seperti itu. Seseorang boleh membuat kesimpulan berdasarkan perkaar berkenaan,” katanya.

“Politik adalah perkara akar umbi. Terdapat guru lulusan ijazah di seluruh negara, termasuk di kampung. Apabila guru dihadkan daripada berpolitik, cawangan politik kekurangan orang yang berilmu.

“Lagipun kita tidak mempunyai arkitek dan jurutera di setiap kampung,” kata Saifuddin, yang juga adalah ahli majlis tertinggi Umno.

“Saya sentiasa berpendapat tidak membenarkan guru berpolitik adalah satu kesilapan,” katanya lagi.



Malaysia Kini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails