Wednesday, March 3, 2010

Kenapa mesti lompat parti?

Bismillahhirrahmanirrahim...

Gambar diatas adalah Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.Beliau dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti. Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng. Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Dari hari ke hari kita asyik mendengar beberapa ahli parlimen yang keluar parti dan majoriti mereka adalah ahli parlimen dari parti pembangkang iaitu Parti keadilan Rakyat (PKR). Persoalannya di sini, mengapa mesti ahli parlimen tersebut mengambil langkah (baik atau buruk terpulang pada rakyat menilai) itu? 

Hari ini Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri keluar parti atas sebab pendirian PKR dalam isu kalimah Allah tidak sehaluan dengan pendirian beliau. Walaupun begitu, sebenarnya isu ini boleh di bawa ke meja perbincangan dalaman parti dan kenapa mesti keluar parti?. Dalam parti tidak semestinya semua sebulu. Tapi jika terdapat masalah perbezaan pendapat, itulah dikatakan ada istilah musyawarah dalam organisasi.Sepatutnya Mohsin hendaklah terus dan terus membawa pendapatnya dalam isu tersebut dan langkah keluar parti adalah langkah yang tidak efektif.

Pandangan peribadi saya kepada ahli parlimen yang keluar atau lompat parti adalah disifatkan sebagai mengkhianati rakyat yang telah mengundi mereka pada pilihan raya lepas. Rakyat mengundi mereka atas dasar mereka berada di dalam parti, dan juga dasar perjuangan parti itu sendiri. Terbukti mereka yang keluar parti ini hanya mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding dengan kepentingan rakyat dan keseluruhannya.

Pemimpin seperti ini dikhuatiri hanya akan dijadikan kuda tunggangan Umno dan BN untuk mereka jadikan bahan dan modal bagi mereka untuk meraih sokongan rakyat namum begitu rakyat tidak sekali-kali akan tertipu dengan dakyah mereka ini kerana pembohongan yang dilakukan oleh mereka telah menunjukkan bahawa mereka inilah petualang yang sebenarnya.



Pak lah pada masa yang sama menyatakan bahawa walaupun ramai AP PKR yang keluar parti, tidak semestinya BN dan Umno akan menjadi kuat. Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) boleh mengembalikan majoriti dua pertiga yang terlepas pada 2008 jika trend keluar parti untuk menjadi wakil Bebas oleh Ahli Parlimen pembangkang berterusan dalam waktu terdekat.

Pada 2 Mac lepas, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya lima lagi ahli parti itu termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi. Tanpa menyebut ahli parti dari negeri tertentu, Mansor (kiri) yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, terdapat sebilangan ahli PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi. Beliau mengulas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Tan Tee Beng, keluar parti itu. 

Mansor juga meminta ahli parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti itu. 

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.



Sehubungan dengan itu, Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti. Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Pada masa yang sama, Kumpulan aktivis Reformasi menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti di samping melahirkan keyakinan penuh mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan Reformis adalah penyokong tegar Anwar yang menggerakkan perjuangan reformasi selepas Anwar dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bagi mereka, tindakan ahli-ahli Parlimen yang melompat parti adalah tindakan golongan pengecut yang jelas merupakan pengkhianatan kepada pengundi yang telah mengundi mereka dalam pilihan raya umum lepas untuk mewakili mereka melaksanakan agenda perubahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

Apapun, inilah hakikat berpolitik, kadang-kadang kawan boleh menjadi lawan dan sebaliknya. Sesunggunhnya Rasulullah juga berpolitik tetapi adakah politik Rasulullah saw sama seperti politik yang kita amalkan sekarang?? Renung-renungkan..

p/s: Penulis tidak terlibat dalam mana mana parti politik..^_^


No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails