Wednesday, March 17, 2010

Dr. Asri sertai MalaysiaKini




Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis berkata ingin menyertai media massa yang lebih telus dan bebas. Beliau sebelum ini merupakan kolumnis Mingguan Malaysia. Beliau akan menulis dalam kolum bertajuk 'Tinta Hujah' di laman bahasa Malaysia Malaysiakini mulai 28 Mac ini. 


Dr Asri  boleh katakan sebagai seorang yang sering menimbulkan kontroversi melalui pendapat-pendapat beliau berkaitan dengan masalah agama, isu semasa dan juga keadaan politik semasa negara. Beliau juga di katakan selalu tidak sependapat dengan pihak lain seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dalam pelbagai isu agama.


Sewaktu masih menulis di kolum Mingguan Malaysia, tulisan beliau pernah di tolak kerana menyentuh isu yang berkaitan dengan ulama tempatan yang bertajuk." Ulama: dimuliakan atau disucikan". Ekoran itu, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan tulisan beliau di akhbar milik UMNO itu.


Banyak pihak yang mengkritik tindakan akhbar itu termasuk bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa Utusan menolaknya kerana takut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Walaubagaimanapun, ini terpulang kepada individu untuk menilai sendiri.


Oleh itu, Dr Asri berpindah ke MalaysiaKini yang dijelaskan lebih terbuka dan bebas dalam menyuarakan pendapat beliau. Beliau juga yakin dengan menumpahkan tinta di MalaysiaKini,beliau dapat berkongsi pendapat yang lebih merdeka dan terbuka daripada segala kongkongan (sikap) fanatik dan kejumudan pemikiran. 


Dr Asri juga salah seorang yang mengkritik penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara terbuka yang didakwanya tidak selari dengan pandangan Islam. Ekoran itu, beliau sering dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Penahanan beliau oleh penguatkuasa agama Selangor ketika menyampaikan kuliah di sebuah rumah di Hulu Klang atas alasan mengajar tanpa tauliah baru-baru ini dilihat sebagai kemuncak kontroversi yang membelenggunya.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails