Friday, March 12, 2010

Mahasiswa Boleh Kritik Kerajaan:Saifuddin

\

Saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengatakan bahawa mahasiswa boleh melontarkan atau mengajukan kritikan terhadap kerajaan dan mahasiswa tidak boleh di cap atau di labelkan sebagai "pembangkang" kalau mereka mengkritik kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa mahasiswa hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bukan sahaja di universiti tetapi juga dalam pentadbiran negara. Beliau menyeru mahasiswa untuk memperbetulkan apa yang dilihat salah dalam pentadbiran negara juga universiti.

Beliau juga menyentuh mengenai sudut pidato yang lama telah di hentikan ekoran daripada penubuhan akta universiti dan kolej universiti. Beliau mengatakan sudut pidato adalah platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan buah fikiran dan idea-idea bernas.

Beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

Saya sebagai mahasiswa melihat Datuk Saifuddin adalah seorang yang terbuka dan memahami hati seorang mahasiswa. Beliau juga pernah memeberikan ceramah di UiTM Sabah pada awal tahun 2010 semasa saya masih memegang jawatan MPP. Saya sempat bertanyakan soalan yang agak "panas" berkenaan keterlibatan mahasiswa ke bidang politik.

Beliau mengatakan bahawa mahasiswa boleh mengundang ahli-ahli politik untuk untuk tujuan forum dan lain-lain. Misalnya, ahli-ahli panelnya terdiri daripada PAS, PKR ataupun UMNO sendiri. Tetapi, beliau masih menegaskan bahawa mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan politik secara langsung.

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan penerangan beliau. Apapun, sikap beliau dalam isu yang setiap kali dihadapi mahasiswa sentiasa positif. Saya berharap beliau akan terus memperkasa mahasiswa.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails