Wednesday, March 17, 2010

Parlimen Mahasiswa:Platform Idea dan Suara Mahasiswa



Satu pendekatan atau idea yang bernas bagi  mahasiswa apabila Mohammad Syafiq Abdul Aziz, mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) mencadangkan agar ditubuhkan parlimen mahasiswa sebagai salah satu platform untuk mahasiswa menyuarakan idea dan pendapat mengenai pelbagai sudut dan aspek. 

Parlimen merupakan institusi agung bagi meluluskan rang undang-undang di negara yang mengamalkan demokrasi. Ahli parlimen mempunyai tugas penting untuk berdebat bagi menyelesaikan isu semasa demi kesejahteraan rakyat. Apabila kita sebut parlimen mahasiswa, sudah tentu ia akan dianggotai oleh mahasiswa itu sendiri dan sudah tentu segala isu atau perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan dalam dan luar universiti serta keadaan semasa negara jika perlu.

Saya sebagai mahasiswa turut menyokong penubuhan parlimen mahasiswa ini. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga telah bersetuju untuk menjadikan idea mahasiswa ini menjadi nyata. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan yang pertama akan melancarkan Parlimen Mahasiswa pada Februari yang lalu. Sehubungan dengan itu, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan MPP mengadakan bengkel penggubalan Parlimen Mahasiswa. Hal ini untuk memastikan kelangsungan kaedah, peraturan dan undang-undang parlimen tersebut. 

Menurut salah seorang peserta bengkel, tidak dapat dinafikan terdapat kekeliruan dan kekaburan dengan pelaksanaan parlimen tersebut. Hal ini sudah terang lagi bersuluh kerana persidangan Parlimen Mahasiswa adalah dibatasi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan juga bakal terikat dengan sebuah lagi akta yang dalam proses penggubalannya.

Persoalannya disini, mengapa parlimen mahasiswa perlu disekat oleh sesetengah akta(AUKU) yang akan menjadikan sifat parlimen mahasiswa itu lebih sempit dan tidak bebas.Isu AUKU akan mengawal dan menjadi "pengawas" kepada parlimen mahasiswa ini mengundang perselisihan faham kerana melalui takrifan parlimen itu sendiri merujuk kepada sebuah majlis yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang. Jadi mengapakah mahasiswa dalam konteks pelaksanaan parlimen perlu dibatasi oleh AUKU?Ini sangat tidak bertepatan dengan erti kata parlimen itu sendiri. Kalau Parlimen mahasiswa perlu di awasi oleh AUKU, tidak ada bezanya jika ia wujud atau tidak.


Parlimen Mahasiswa bakal menjadi platform untuk mahasiswa melontarkan idea dan pandangan tentang masalah yang berlaku di kampus dan dalam Malaysia (kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) .Mahasiswa dibenarkan untuk berbicara mengenai hal politik negara dalam persidangan, namun ia adalah secara akademik.

Satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah parlimen mahasiswa ini perlu bebas dari sebarang anasir politik. Ini amat penting bagi menjadikan parlimen mahasiswa itu lebih telus dan mencapai objektifnya.

Timbalan Menteri Pengajiaan Tinggi memberi reaksi yang positif mengenai parlimen mahasiswa."ini idea dicetus mahasiswa. Sy anggap ia brilliant. Mahasiswa perlu mantapkan idea ini. Ia boleh dlm 2 peringkat, iaitu di IPT & nasional. Ia boleh jadi pelengkap kpd MPP & MPPK. Terserah pd mahasiswa. Apa yg penting ialah meningkatkan "partisipasi penuh & aktif mahasiswa" dlm isu2 kampus, nasional, antarabangsa, dll. -FB Dato Saifuddin. Beliau menambah, sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara, setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri





Pihak Pro Mahasiswa bangkit menyatakan bahawa mereka sangat menyokong dan tidak akan timbul persoalan untuk menhentikannya dengan menuntut dua tuntutan berhubung Parlimen Mahasiswa, iaitu:

1. Undang-undang termasuk tatacara, kaedah dan sebagainya dibentangkan kepada seluruh mahasiswa kampus USM sebagai penjelasan kepada mahasiswa walaupun ia telah ‘diharmonikan’.

2. Sebarang kritikan, penambah baikan, cadangan dan saranan boleh dilakukan terhadap undang-undang ini oleh seluruh mahasiswa kampus USM sebelum perkara ini diwartakan.


Saya sebagai mahasiswa sangat berharap agar idea ini dapat dilaksanakan di seluruh IPTA dan pelaksanaannya lebih telus dan bersih.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails