Tuesday, August 18, 2009
Akhbar Putar Belit Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.
Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.
Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.
"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.
Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.
"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.
Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.
"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.
Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.
"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.
Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno
Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.
"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.
"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.
Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.
"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.
Sumber: Harakah Daily
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1. "Betul atau Tidak" Nik Aziz pernah kata "UNDI PAS MASUK SYURGA"?
ReplyDelete2. BETUL ATAU TIDAK ADA PENYOKONG pas YANG TAKSUB DENGAN MURSYIDUR ITU DAN KECUT UNTUK MENEGUR KESILAPANNYA?
3. 'Benar atau tidak benar bahawa yang menentukan orng Islam itu masuk syurga adalah kerana amalan baiknya mengikut ajaran Islam (Quran) dan sunnah Rasul dan BUKAN WASIAT NIK AZIZ?
Ingatlah firman Allah Taala:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119) Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].
ReplyDeleteOleh itu fikir fikirkanlah sebelum mengundi Jimmy Wong di Tawau. Dia pemilik PUB untuk mabuk dan menyediakan GRO untuk meladeni nafsyu syaitan. Sediakah kamu dipimpin oleh orang begini? bersediakah kamu melawan mereka yang seagama dengan kamu kerana Jimmy Wong?
Azman: Bagaimana perasaan kamu kalo kamu dituduh kafir dan tak akan masuk syurga?
ReplyDeleteSaudara Senjaliza,
ReplyDeleteSaya berpendapat undi Pas tidak menjamin ke syurga,tetapi kitya boleh lihat dan menilai sendiri yang mana golongan yang ingin menegak kan islam dengan quran dan sunnah dan golongan yang islam tetapi masih lagi mendukung perlembagaan barat.
Sedangkan jelaskan dlm quran mengatakan bahawa bagi mereka yg tdk mndukung islam sbg cara hidupnya boleh d katakan sbg kafir sebab tdak mengambil quran dan sunnah sbg panduan dlm mentadbir organisasi atau negara.
Rasulullah sendiri kata 2 benda yang kalau manusia berpegang padanya tidak akan sesat,Al quran dan sunnah...
Untuk Jimmy Wong d Tawau, sy xpenah undi pun...jgn ingat sy tggal d twu sy sedia d pimpin oleh org semcm tu..
Hm,Benar.Orang masuk syurga bukan berdasarkan wasiat NIK AZIZ.Tapi dengan amalan baik sahaja tdk mencukupi untuk membolehkan masuk syurga.tetapi seluruh ajaran islam mestilah di ambil dan di amalkan.Mengambil sebahagian ajaran islam di dalam quran sahaja dan sbahagian nya lagi tidak di amalkan pun tidak berguna juga kan..Inikan pula cuma dengan amalan baik saja?ini tdk mencukupi utk ke Jannah Allah.Kita boleh lihat d malaysia ini,adakah program agama di utamakan...isytihar negara islam tapi tdk mengamalkan undg2 islam.
Saya syorkan Sdri untuk terus direct tnya nik aziz kenapa dia kata begitu,pastinya dia mempunyai dalil untuk semua itu..
Satu lagi yang ingin saya tekan kan bahawa akhbar2 dan media2 d malaysia ini majorriti d kuasai oleh kerajaan,beranika mereka menjemput TGNA untuk memberi penjelasan kpad rakyat tntg kenyataan beliau?sudah tentu tidak..klu ada,bgus juga..
oleh itu,senang2 sahaja kenyataan TGNA d putar belitkan, tujuan apa?mengelirukan rakyat...kononnya TGNA menyimpang dari ajaran islam..Adakah kita yang mngecam ni mempunyai ilmu agama yg tinggi? adakah kita sudah menegakkan islam dlm diri kita?adakah kita telah menyempurnakan tuntuan aurat d kalangan keluarga kita?fikir2kan..
Orang yang marah apabila d kafirkan bererti "sapa yang makan cili,dia terasa pedasnya"..klu kita tdk menegakkan islam dan tuntutannya spt undang2, politiknya,cara hidupnya,sistem pendidikannya,hiburannya,apa beza kita dengan org kafir..bahkan ada yg brbangga lagi dengan itu..
apapun, Sesungguhnya TGNA ada penjelasan tersendiri.walauopun bengkak tangan kita menaip utk membuktikan bahawa pendapat kita benar..Allah sahaja yang tahu apa yang d maksud kan oleh TGNA.
Wassalam..MAAF ZAHIR BATIN..