Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Noordin tuntut keADILan.



Zulkifli Noordin yakni anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam telah dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa diberi peluang membela diri dakwa beliau. Beliau mendakwa tindakan pantas memecat beliau dari parti itu membuktikan PKR tidak seiring dengan apa yang di laung-laungkan (keadilan) kerana beliau sendiri tidak di berikan peluang untuk membela diri menurut hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat.


Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution menjelaskan keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan baru baru ini. Bagaimanapun, Zulkifli diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.


Zulkifli Noordin mendakwa beliau hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isu yang dibangkitkan membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, tetapi mereka(PKR) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan beliau dan umat Islam.

Zulkifli berkata walaupun diberi peluang membuat rayuan, beliau tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip dan menjual maruah berhadapan dengan sandiwara Firaun-firaun Kecil dalam parti itu. Walaubagaimanapun, beliau akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada dengan sewajarnya sesuai dengan tindakan.



MalaysiaKini.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails