Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang telah meninggal dunia awal pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Saya amat meminati lawak-lawak beliau,walaupun sesetengah pihak mengatakan lawak beliau adalah lawak bodoh.Tetapi bagi saya lawak beliau dapat megubah hati seseorang yang bersedih.Di bawah merupakan artikel berita penuh mengenai pengkebumian allahyarham.
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.
Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
Jenazah yang dibawa ke rumah ibu mertuanya di Taman Ehsan, Kepong di sini diziarahi kira-kira 2,000 orang sebelum dibawa ke Masjid Al-Fa'izin, Taman Desa Jaya, Kepong, kira-kira jam 10 pagi untuk solat jenazah dan dikebumikan sejurus selepas itu.
Turut kelihatan menziarahi jenazah Allahyarham antaranya ialah rakan rapatnya di stesen Radio Era Aznil Nawawi, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, Afdlin Shauki, pelakon Sharifah Shahirah dan suami Zulkifli Azahari atau Ijoi, Fizo Omar, pengarah Aziz M Osman dan Pengarah Eksekutif Astro Zaini Amirullah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Suhaini Che Mam, 42, dan tiga anak iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Ahmad Shafiq, 16, dan Nirain, enam tahun.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada di sisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
"Hampir semua ahli keluarga berada di sampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.
"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya.
Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan juga anak lelaki tunggal.
"Beliau adalah insan pertama yang 'pergi' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau. Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana.
Zaini menyifatkan kematian Allahyarham kehilangan besar bukan sahaja bagi Astro malah seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang komedi.
Beliau berkata, satu rancangan khas bagi mengenang jasa Allahyarham akan di siarkan malam ini di saluran Astro.
"Rancangan berbentuk kapsul itu akan disiarkan malam ini di saluran Astro dan sebagai tanda berkabung, kita akan menghentikan program yang membabitkan beliau selama tiga hari," katanya.
Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.
Sambil menyifatkan ia satu kehilangan besar dalam dunia seni tanah air terutamnya dalam bidang komedi, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata Allahyarham mampu menghiburkan hati orang yang dalam kesedihan.
"Allahyarham ini seorang yang disenangi dan mengambil berat tentang masalah rakan-rakannya dan tidak pernah melupakan jasa teman-temannya," katanya yang mengenali Din Beramboi sejak 1993. - Bernama

Berita Online.
No comments:
Post a Comment
Comment here...