Sunday, August 30, 2009

Mujahadahtunnafsi


Nafsu sangat mengajak kita kepada kejahatan kalau ia tidak di didik atau dilatih untuk melakukan kebaikan dan perkara-perkara mahmudah. Nafsu ini hendaklah di didik setiap masa kerana jika ia tidak di didik secara istiqamah, nafsu boleh kembali kepada sifatnya yang hanya menuju kepada kejahatan.

Nafsu penting untuk di didik kerana apabila akal seseorang itu dikuasai oleh nafsunya, maka ketika itulah dia akan menjadikan nafsunya sebagai Tuhannya. Sebelum kita ke mengenal pasti cara untuk riadhatunnafsi,marilah kita mengenal peringkat peringkat nafsu itu sendiri:

Peringkat-peringkat nafsu

Nafsu itu berperingkat-peringkat. Seseorang yang boleh mengalahkan nafsunya di satu peringkat, maka nafsunya itu akan meningkat ke peringkat atau taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya hingga nafsu itu benar-benar dapat ditundukkan pada perintah Allah Taala. Peringkat nafsu dari yang terendah adalah seperti berikut:

1. Ammarah
2. Lauwamah
3. Mulhamah
4. Mutmainnah
5. Radhiah
6. Mardhiah
7. Kamilah

Mujahadatunnafsi

Bermujahadah melawan hawa nafsu ialah dengan menempuh tiga langkah seperti berikut:

1. Takhalli
2. Tahalli
3. Tajalli

Ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan melaksanakan latihan-latihan rohaniah yang dinamakan riadhatun nafsi yakni latihan untuk melawan atau menentang atau memerangi semua kehendak-kehendak nafsu yang jahat. Caranya ialah dengan membuat latihan menolak segala kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu.

i. Takhalli

Maksudnya mengosongkan atau membuang atau menyucikan hati dari sifat-sifat yang keji. Di peringkat ini, kita mesti melawan dan membuang secara paksa dan terus-menerus
semua kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan yang dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak membenci, memusuhi dan membuang kehendak-kehendak tersebut jauh-jauh
secara paksa dan terus-menerus, maka nafsu jahat itu akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita. Apabila nafsu jahat dibiarkan menguasai kita, iman tidak
akan ada tempat di hati. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah tetapi akan menyembah hawa nafsunya. Oleh itu, usaha melawan hawa nafsu jangan
diambil ringan. Ia adalah satu jihad yang besar.

ii. Tahalli

Maksudnya mengisi atau menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji. Setelah kita mujahadah mengosongkan hati dari sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat yang keji, segera pula kita hiasi hati kita itu dengan sifat-sifat mahmudah atau terpuji. Untuk ini, sekali lagi kita perlu bermujahadah. Untuk membuang sifat-sifat mazmumah dari hati perlu mujahadah. Untuk mengisi hati dengan sifat-sifat mahmudah pun perlu mujahadah. Kalau tidak, iman tidak akan wujud dalam hati kerana iman itu berdiri di atas sifat-sifat mahmudah.

iii. Tajalli

Maksudnya terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau keadaan sentiasa rasa bertuhan. Ia adalah sebagai hasil dari mujahadah. Selepas peringkat takhalli dan tahalli, kita akan memperoleh tajalli. Ia satu perasaan yang datang sendiri tanpa perlu diusahakan lagi. Agak sukar untuk menggambarkan perasaan ini dengan bahasa tetapi secara ringkas, secara mudah dan secara asasnya, ia adalah rasa bertuhan, rasa dilihat dan diawasi oleh Tuhan, hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan kerinduan tertuju kepada Allah. Hati tenggelam dalam kebesaran-
Nya atau dalam kecintaan pada-Nya. Harapan dan pergantungan hati tidak ada pada yang lain lagi selain Allah. Apa sahaja masalah hidup dihadapi dengan tenang dan
bahagia. Tidak ada apa-apa kesusahan dalam hidup. Yang baik mahupun yang buruk dirasakan sebagai hadiah dari Tuhan. Dunia terasa bagaikan Syurga. Inilah kebahagiaan
yang sejati dan abadi iaitu kebahagiaan hati.


Ungu - Dengan NafasMu

zinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails