Every year we celebrate the birth of a great human, that is Prophet Muhammad (Peace be upon him), but the "quality" of being muslims, regardless of the old or young still not boast. The answer is because we are not practicing the Sunnah of the Prophet.
We as a people that are following the Prophet Muhammad have an important responsibility towards our religion. We need to continue to spread the teaching of Islam as the prophet has done in many years ago. We also have a great book called “Al-Quran” that containing many of wisdom inside it.
One the advantages of being the “umat” of Prophet Muhammad (peace be upon him) is we be able to obtain the “syafaat” from prophet while we are being collected at Padang Masyar at one condition, we need to perform the “selawat” all the time. Allah SWT said in the Quran, “Allah and His angels always bless the Prophet. O ye who believe, bless and salam to the Prophet” Surah Al Ahzab, verses 56.
The entire companion loves the Prophet Muhammad so much. For example the story of Saidina Abu Bakar As-Siddiq story, at that night, the Prophet Muhammad and Abu Bakr had been sleeping in a cave of Thur , the Prophet had laid his head on the thigh Abu Bakar. Abu Bakar let him sleep on his legs thighs and did not move his legs because he does not want to bother the Prophet. Suddenly the foot of Abu Bakar was bitten by venomous snakes. In enduring the pain and sorrow that bites, Abu Bakar had shed tears and the tears were dripping down the cheek of Prophet, and makes woke up. By saw Abu Bakar wept, Prophet kept asking why he was crying, Abu Bakar told that his leg had been bitten by a snake and could not hold back pain due to the bites. Hearing the answer, the Prophet continued to spit and wiped effects of the bites, it bites directly effect almost immediately and no more pain because of the holy Prophet miracles.
Ustazah Hasni also talks on the time that the Prophet on his last breath, he still said “ummati,ummati” meaning that “my people, my people”. This show that how much the Prophet love and care toward his “umat” and the Prophet (pbuh) afraid that we will lose and choose the wrong path in this world that fill with much of tribulations.
Last but not least, Ustazah Asni remind us if we are the true follower of prophet Muhammad (pbuh), we need to practice all the sunnah and of course the obligations as a muslim. In addition, we need to take a good care of our parents while they still alive and always do the good deed towards them at the same time always seek for Allah’s blessing as well as the “syafaat” from the prophet by perform the “selawat” all the time.
I will return oh ummi
And kiss your blessed forehead
And supress all my complaints
And taste the scent of your blessings
Enjoy the richness of your comfort
When i lie my cheek on your feet
I Water the soil with my happy tears
Grateful that you are alive
How many nights did you stay up late
So that I could sleep to my content?
And how many times did you thirst
So you could quench my thirst with your tenderness?
And one day I was ill, I do not forget
The tears from you that were like the healing rain
And your eyes which stayed awake all night
fearing that I may be in danger
And the day we parted at dawn
and Oh what a harsh dawn that was
Words cannot explain what I felt
when I abandoned you
And you told me things which I still
remember throughout my life "You will never find a heart
more tender towards you than mine"
"You will never find a hear
more tender towards you than mine"
oh want of my life.. obedience to you,
[is what] the God of existence has instructed me to do.
Your influence is the secret of my success
And my love of you is the secret of my belief
And the sincerety of your prayer [for me]..
has resolved my misfortunes and my sadness
My love towards you..
no human being loves anything like it
You are the beating of my heart
And you are what lights my vision
And you are the tune on my lips
My problems cease when I see your face
To you I do return oh ummi
Tomorrow I rest from my journey
And a second age will begin for me
and the branches will blossom with flowers
Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.
Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil Pagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.
Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.
Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.
Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.
Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga bantahan yang ditolak berhubung pilihan raya kampus kelmarin.
Menurutnya, dua bantahan tersebut adalah tidak berasas kerana di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011.
Satu lagi bantahan, turut ditolak kerana kesalahan teknikal.
"Justifikasi penolakan berdasarkan skop peraturan-peraturan UPM (pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011). Berikutan itu, keputusan tidak rasmi kemenangan 43 ahli MPP UPM itu kekal," katanya.
Berikutan, katanya, mereka yang masih berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, boleh mengemukakan rayuan sebelum diisytiharkan kemenangan tersebut secara rasmi hari ini.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus.
Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Syukri Ab Razab dalam satu kenyataan berkata Khaled juga gagal menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.
“Bagi saya, beliau tidak mengambil pengajaran daripada situasi negara luar yang sedang bergelora dengan revolusi rakyat,” katanya.
Gamis sebaliknya mahu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk SaifuddinAbdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.
“Keprihatinan Timbalan Menteri ini jelas kelihatan apabila beliau sangat rapat dengan mahasiswa bukan sahaja melalui saluran formal bahkan melalui jaringan tidak formal.
“Ini dapat dilihat apabila beliau sangat sensitif dalam isu kemahasiswaan biarpun respon beliau kadangkala bercanggah dengan pendirian di peringkat kementerian,” katanya.
Ahmad Syukri berkata Saifuddin antara individu penting yang memperjuangkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sehingga sudut pidato dirasmikan semula di kampus-kampus.
“Biarpun perlantikan Datuk Saifuddin belum menjanjikan perubahan terhadap suasana demokrasi kampus yang lebih baik, namun sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa beliau akan memberi ruang yang lebih luas untuk mahasiswa bersuara berdasarkan prestasi semasa beliau sebagai timbalan menteri KPT,” katanya.
Tidak dilayan
Menurut Ahmad Syukri, Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.
Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.
“Bukan sekadar tidak memberi respons positif, bahkan menteri tidak langsung memberi respons terhadap semua tuntutan yang dibuat.”
Katanya lagi, pada tahun 2011 keadaan yang sama berulang apabila memorandum yang hampir sama tidak juga dilayan.
Selain itu, Khaled juga tidak menjawab surat jemputan Pro-M untuk berdialog pada 9 Februari lalu.
“Namun malangnya surat tersebut hanya dibalas dengan sms pada keesokan harinya yang menyatakan bahawa menteri KPT tidak mempunyai kelapangan untuk memenuhi undangan tersebut.
“Kami di pihak mahasiswa boleh menerima alasan yang diberi, namun dengan sekadar alasan seperti itu, kami merasakan sememangnya tidak ada kesungguhan di peringkat Menteri untuk menanggapi tuntutan mahasiswa secara serius,” katanya.
Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman hari ini mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke himpunan besar Pemuda PAS dan di Alor Setar bagi memohon menyertai parti Islam itu.
Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.
Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, penyertaan golongan selebriti itu diharapkan memberi anafas baru kepada PAS supaya parti itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat.
"Kami rasa ini akan menarik perhatian lebih ramai golongan muda...," kata Mahfuz kepadaMalaysiakini.
Bagaimanapun, tambahnya, Bob - penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Search - bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.
Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Sementara Amy Searh pula didakwa agak dekat dengan pemimpin PAS dan sering hadir ke program parti itu.
"Kami sebenarnya popular di kalangan rockers (penyanyi rock)," kata Mahfuz sambil berjenaka.
Katanya, penyertaan itu menunjukkan kepelbagaian dalam PAS.
MENANG...DALAM UNDIAN, TIADA SEKALI DALAM JANGKAAN, HADIRNYA BUKAN BAYANGAN, TAPI SUATU KENYATAAN.
DIBILIK KHAS SEGALA PERBINCANGAN, UNTUK MENBUAT SESUATU KEPUTUSAN, LANTIKAN AJK SEBAGAI LANDASAN, BERMULALAH GELARAN JAWATAN.
GAHNYA BERGELAR PEMIMPIN ATASAN, KESENANGAN DI DALAM GENGGAMAN, TERCAPAI SEGALA IMPIAN, LEBAR DALAM SENYUMAN.
SUDAH MENJADI KEBIASAAN, DIHORMATI PELBAGAI LAPISAN, BAIK LAWAN ATAU KAWAN, DARI PENTADBIRAN HINGGA KAWAN2 SPERJUANGAN.
SUNGGUH NIKMAT BERJAWATAN, MENDAPAT TEMPAT DAN RUANGAN, ISTIMEWA DALAM LAYANAN, BAK RAJA DI KAYANGAN.
RENUNGANNYA TAJAM, KATANYA ARAHAN, ISYARATNYA TINDAKAN, BERKUASA DALAM URUSAN.
ADUANNYA DIPERHALUSI, TAKUT MENGUNDANG PUBLISITI, TIADA YANG BERANI, SEMUA AMBIL PEDULI.
DALAM KELEBIHAN ADA KEKURANGAN, TATKALA BERGELAR PUCUK PIMPINAN, SETIAP LANGKAH MENDAPAT PERHATIAN, TINGKAH LAKU MENJADI SEBUTAN.
DALAM ISLAM BANYAK PENGAJARAN, UNTUK MENJADI PEMIMPIN TAULADAN, AMBILLAH UNTUK DIAMALKAN, APA YANG DICATATKAN:
PERTAMA. SIFAT KETAQWAAN. BERSERAH KEPADA TUHAN, KERANA DIA MENETUKAN NASIB SESEORANG.
KEDUA. ADIL DALAM TUGASAN. JANGAN ADA PILIH-PILIHAN, KHUATIR BERLAKU KETIDAK PUASAN, AKAN HILANG SEGALA KEPERCAYAAN.
KETIGA. JAUHI MENINGGI DIRI. KELAK MERUGIKAN DIRI SENDIRI, JIKA TAKBUR ADA DALAM HATI, AKAN RENGGANGLAH PEMIMPIN DAN YANG DI PIMPINI.
KEEMPAT. SEDIA MEMBANTU. KEPADA YANG PERLU, TANPA MENUNGGU, MASA DAN WAKTU.
KELIMA. TUNJUKKAN TAULADAN, DALAM APA JUA AMALAN, YANG BAIK DISEGERAKAN, YANG JAHAT DIELAKKAN.
KEENAM. TERIMA TEGURAN, PENUH KETERBUKAAN, PASTI ADA KEBAIKAN, JANGAN SESEKALI BERDENDAM.
KETUJUH. BERHIKMAH DALAM TINDAKAN, AGAR BAIK JALAN PENYELESAIAN, JIKA TIDAK, BAKAL MENGUNDANG SERIBU PENYESALAN.
KELAPAN. ELAK BATU LONCATAN, UNTUK DIRI MENCAPAI KEPUASAN, KELAK MENJADI SEBUT-SEBUTAN, TAMAK DALAM KEKUASAAN.
KESEMBILAN. PANDANGAN JAUH KEHADAPAN, MENUJU MATLAMAT DAN WAWASAN, MENGIKUT MASA DAN PEREDARAN, JIKA TIDAK KETINGGALAN ZAMAN.
KESEPULUH. SYURA DALAM PERTIMBANGAN, AKAN TERCETUS PELBAGAI PANDANGAN, CANTIK DALAM PENILAIAN, TERHASILLAH SATU RUMUSAN YANG BERKESAN.
BUKAN MUDAH BERJAWATAN, SEBAGAI PEMIMPIN ATASAN, TAKUT JADI SATU BEBANAN, MENYESAL TIASA KESUDAHAN.
DALAM DIAM TERSELIT UNGKAPAN, PASRAH MENGIKUT KEADAAN, YANG PENTING SAHUT CABARAN, SEBAGAI BEKALAN DALAM PERJALANAN.
HIDUP BAGAI SATU KITARAN, DARI ATASAN MENJADI BAWAHAN, TIADA YANG BERKEKALAN, TIADA YANG PATUT DIBANGGAKAN.
LAKUKAN SEGALA TUGASAN, DENGAN PENUH KEJUJURAN, JANGAN LARI DARI TUJUAN, KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN.
NASIHAT PENTING DALAM PIMPINAN, BERTANGGUNGJAWAB PADA TUHAN, TAAT PADA SEGALA SURUHAN, JAUHI SEGALA LARANGAN.
JAWATAN DTG DAN PERGI, SUKA ATAU TIDAK DISUKAI, JIKA BAIK BUDI PEKERTI, SETIAP KEHILANGAN PASTI DIRASAI, TERSIMPAN KEMAS DI LUBUK HATI, DALAM K ENANGAN SAMPAI KE MATI.
AKHIRNYA JADI PERINGATAN, SEGALA YANG DIUNGKAPKAN, SEMOGA MEMBAWA KECEMERLANGAN, DALAM MEMAHAMI ERTI KEPIMPINAN.
Pencalonan enam calon kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) ditolak hari ini atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap. Mereka adalah antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan.
Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini, iaitu tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.
Enam pelajar terbabit mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di dua kerusi umum dan empat kerusi fakulti. Sehubungan itu, pengerusi pro-M UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, pihaknya telah mengemukakan bantahan secara lisan kepada ketua jawatankuasa pemilihan, Muhazam Mansor.Sehingga jam 3 petang ini, mereka masih menunggu keputusan bantahan mereka itu.
Menurutnya, pencalonan mereka ditolak kerana didakwa tidak mengisi borang pencalonan dengan lengkap seperti butiran alamat dan juga tidak ada cop pengesahan daripada dekan fakulti.
Keputusan ini dijadual dimaklumkan kepada pihak berkenaan pada jam 10 malam ini melalui panggilan telefon.
UKM
Berbeza dengan tempat lain, kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendahului lawannya apabila menang tanpa bertanding di tiga daripada 37 kerusi dalam pilihan raya kampus.
Mereka memenangi dua kerusi siswazah dan satu kerusi Fakulti Pengajian Islam selepas proses penamaan calon yang hari ini selepas pasukan lawan Pro-Aspirasi (pro-A) tidak menghantar calon di kerusi berkenaan. Bagaimanapun, pro-A menang satu kerusi tanpa bertanding di fakulti pergigian.
Menurut jurucakap pro-M, Ahmad Firdaus Ahmad Azam keputusan itu diumumkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Ir Othman Karim di pusat kegiatan pelajar Pusaneka kira-kira jam 1 petang tadi.
Kumpulan pro-M meletakkan 36 calon yang merangkumi 12 kerusi umum, 21 fakulti dan tiga kerusi siswazah. Mereka tidak bertanding satu kerusi di Fakulti Pergigian kerana tidak mempunyai calon.
Tahun lalu, kumpulan yang sering dilabel kritikal pada pentadbiran kampus itu mendapat 15 daripada 35 kerusi yang berbanding pro-Aspirasi yang memenangi 19 kerusi. Calon bebas mendapat 1 kerusi.
Sebelum ini, pro-M dilapor yakin bahawa mereka akan memenangi 21 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 21 Februari ini.
Ahli majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia GMUKM berkata Mohd Hilman Idham berkata, ini kerana kedudukan semasa di kampus berkenaan kini memihak kepada mereka. Selain UKM, empat lagi universiti mengadakan penamaan calon untuk pilihan raya kampus masing-masing.
Universiti itu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
USM DAN UPM
Kumpulan Pro-Aspirasi (pro-A) menang 12 kerusi tanpa bertanding selepas tamat proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.
Daripada jumlah tersebut, pro-A menang lima kerusi fakulti di kampus induk di Pulau Pinang, iaitu masing-masng satu di fakulti seni, bahasa dan terjemahan, komunikasi, farmasi dan sains komputer. Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi pro-A di kampus cawangan Nibong Tebal.
Keputusan tersebut diumumkan oleh timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Omar Osman petang tadi di pusat cahaya, yang menjadi pusat aktiviti mahasiwa di USM.
Sementara itu, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) pula tidak menang sebarang kerusi tanpa bertanding. Pilihan raya kampus USM menawarkan 39 kerusi untuk dipertandingkan di kampus induk (26) dan kampus cawangan di Kubang Kerian (6) dan Nibong Tebal (7).
Jurucakap pro-M, Mohd Hanif Alias, ketika dihubungi, berkata pihaknya tidak meletak calon di 12 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh pro-A. Katanya, pro-M memperuntukkan lima kerusi di kampus induk untuk calon Cina tetapi pihaknya tidak mempunyai calon untuk bertanding. Mohd Hanif berkata, pihaknya tidak meletakkan calon bagi tujuh kerusi di kampus cawangan Nibong Tebal kerana masalah 'teknikal'.
Beliau bagaimanapun, enggan menyatakan bentuk masalah 'teknikal' yang dihadapi pihaknya. Sementara itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan itu turut menang tanpa bertanding di 5 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.
Keputusan itu diperoleh apabila tiada calon daripada pasukan lawan mereka menghantar calon. Lima kerusi itu adalah Fakulti Teknologi Maklumat (2 kerusi), Fakulti Sains Komputer (2) dan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (2 kerusi).
UM
Universiti Malaya (UM) akhirnya membenarkan dua daripada empat mahasiswanya bertanding dalam pilihan raya kampus universiti itu pada 21 Februari ini setelah menimbangkan bantahan mereka sebelum ini.
Pengerusi Pro-Mahasiswa (pro-M) universiti itu Farid Jalpah berkata, kedua-dua mahasiswa daripada kumpulannya itu dimaklumkan secara lisan oleh Naib Canselor UM Prof Datuk Ghauth Jasmon pada jam 2.35 petang tadi.
"Selepas pertemuan (kedua pihak) lima minit, alasan (bantahan) mereka diterima," kata Farid. Pagi tadi, kira-kira 60 orang berkumpul di perkarangan bangunan pejabat timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar sambil menolak pintu masuk ke tempat itu dan mengusung patung mayat tanda membantah tindakan UM tidak membenarkan enam mahasiswa bertanding dalam pilihan raya kampus.
Mereka dilarang kerana didakwa mengalami masalah kesihatan dan tidak hadir penuh sesi taklimat calon tanpa alasan kukuh. Empat daripadanya calon pro-M dan dua lagi calon bebas yang cenderung kepada kumpulan yang sering dilabel sebagai anti pentadbiran kampus.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farid berkata calon yang dibenarkan bertanding itu Tan Tiong Yih (kerusi umum) dan seorang lagi calon fakulti Yeong Lee Kee.
Dalam perkembangan sebentar tadi (8.00 malam), permohonan dua lagi calon pro-M - Muhammad Naufal Md Isa dan Hoo Chyi Huat - ditolak jawatankuasa pemilihan. Dengan keputusan terkini UM itu, pro-M kini bakal bertanding di 27 daripada 43 kerusi. Difahamkan musuh mereka Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali Pro-Aspirasi) bertanding di kesemua kerusi.