Friday, February 18, 2011

NASIHAT UNTUK PEMIMPIN MAHASISWA TIDAK KIRA ANDA PRO-M, ASPIRASI MAHUPUN CALON UMUM.



MENANG...DALAM UNDIAN, TIADA SEKALI DALAM JANGKAAN,
HADIRNYA BUKAN BAYANGAN, TAPI SUATU KENYATAAN.


DIBILIK KHAS SEGALA PERBINCANGAN, UNTUK MENBUAT SESUATU KEPUTUSAN,
LANTIKAN AJK SEBAGAI LANDASAN, BERMULALAH GELARAN JAWATAN.


GAHNYA BERGELAR PEMIMPIN ATASAN, KESENANGAN DI DALAM GENGGAMAN,
TERCAPAI SEGALA IMPIAN, LEBAR DALAM SENYUMAN.


SUDAH MENJADI KEBIASAAN, DIHORMATI PELBAGAI LAPISAN,
BAIK LAWAN ATAU KAWAN, DARI PENTADBIRAN HINGGA KAWAN2 SPERJUANGAN.


SUNGGUH NIKMAT BERJAWATAN, MENDAPAT TEMPAT DAN RUANGAN,
ISTIMEWA DALAM LAYANAN, BAK RAJA DI KAYANGAN.


RENUNGANNYA TAJAM, KATANYA ARAHAN,
ISYARATNYA TINDAKAN, BERKUASA DALAM URUSAN.


ADUANNYA DIPERHALUSI, TAKUT MENGUNDANG PUBLISITI,
TIADA YANG BERANI, SEMUA AMBIL PEDULI.


DALAM KELEBIHAN ADA KEKURANGAN, TATKALA BERGELAR PUCUK PIMPINAN,
SETIAP LANGKAH MENDAPAT PERHATIAN, TINGKAH LAKU MENJADI SEBUTAN.


DALAM ISLAM BANYAK PENGAJARAN, UNTUK MENJADI PEMIMPIN TAULADAN,
AMBILLAH UNTUK DIAMALKAN, APA YANG DICATATKAN:


PERTAMA. SIFAT KETAQWAAN. BERSERAH KEPADA TUHAN, 
KERANA DIA MENETUKAN NASIB SESEORANG.


KEDUA. ADIL DALAM TUGASAN. JANGAN ADA PILIH-PILIHAN, 
KHUATIR BERLAKU KETIDAK PUASAN, AKAN HILANG SEGALA KEPERCAYAAN.


KETIGA. JAUHI MENINGGI DIRI. KELAK MERUGIKAN DIRI SENDIRI,
JIKA TAKBUR ADA DALAM HATI, AKAN RENGGANGLAH PEMIMPIN DAN YANG DI PIMPINI.


KEEMPAT. SEDIA MEMBANTU. KEPADA YANG PERLU,
TANPA MENUNGGU, MASA DAN WAKTU.


KELIMA. TUNJUKKAN TAULADAN, DALAM APA JUA AMALAN, 
YANG BAIK DISEGERAKAN, YANG JAHAT DIELAKKAN.


KEENAM. TERIMA TEGURAN, PENUH KETERBUKAAN, 
PASTI ADA KEBAIKAN, JANGAN SESEKALI BERDENDAM.


KETUJUH. BERHIKMAH DALAM TINDAKAN, AGAR BAIK JALAN PENYELESAIAN,
JIKA TIDAK, BAKAL MENGUNDANG SERIBU PENYESALAN.


KELAPAN. ELAK BATU LONCATAN, UNTUK DIRI MENCAPAI KEPUASAN,
KELAK MENJADI SEBUT-SEBUTAN, TAMAK DALAM KEKUASAAN.


KESEMBILAN. PANDANGAN JAUH KEHADAPAN, MENUJU MATLAMAT DAN WAWASAN, 
MENGIKUT MASA DAN PEREDARAN, JIKA TIDAK KETINGGALAN ZAMAN.


KESEPULUH. SYURA DALAM PERTIMBANGAN, AKAN TERCETUS PELBAGAI PANDANGAN, 
CANTIK DALAM PENILAIAN, TERHASILLAH SATU RUMUSAN YANG BERKESAN.


BUKAN MUDAH BERJAWATAN, SEBAGAI PEMIMPIN ATASAN,
TAKUT JADI SATU BEBANAN, MENYESAL TIASA KESUDAHAN.


DALAM DIAM TERSELIT UNGKAPAN, PASRAH MENGIKUT KEADAAN,
YANG PENTING SAHUT CABARAN, SEBAGAI BEKALAN DALAM PERJALANAN.


HIDUP BAGAI SATU KITARAN, DARI ATASAN MENJADI BAWAHAN,
TIADA YANG BERKEKALAN, TIADA YANG PATUT DIBANGGAKAN.


LAKUKAN SEGALA TUGASAN, DENGAN PENUH KEJUJURAN,
JANGAN LARI DARI TUJUAN, KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN.


NASIHAT PENTING DALAM PIMPINAN, BERTANGGUNGJAWAB PADA TUHAN,
TAAT PADA SEGALA SURUHAN, JAUHI SEGALA LARANGAN.


JAWATAN DTG DAN PERGI, SUKA ATAU TIDAK DISUKAI, 
JIKA BAIK BUDI PEKERTI, SETIAP KEHILANGAN PASTI DIRASAI, 
TERSIMPAN KEMAS DI LUBUK HATI, DALAM K ENANGAN SAMPAI KE MATI.


AKHIRNYA JADI PERINGATAN, SEGALA YANG DIUNGKAPKAN,
SEMOGA MEMBAWA KECEMERLANGAN, DALAM MEMAHAMI ERTI KEPIMPINAN.


WALLAHUALAM.
A. AZMAN.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails