Friday, August 21, 2009
Masalah Putar Belit:TGNA Di kecam
Kata-kata kontroversi yang di luahkan oleh TGNA sangat memberi kesan kepada banyak pihak terutama kepada pihak yang merasakan diri mereka atau organisasi mereka yang di maksudkan oleh TGNA.
Bertitik tolak dari kejadian itu,pada 19 Ogos 2009,TPM Muhyidin Yasin dengan cukup 1 signal bahawa Majlis Fatwa perlu membuat keputusan berkenaan kenyataan TGNA itupada keesokan harinya yakni pada 20 Ogos 2009, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan “bahawa kenyataan Menteri Besar Kelantan (Nik Abdul Aziz itu) salah dan seleweng”. (Berita Harian, muka depan, 20 Ogos 2009).Bukan ka ini terlalu cepat untuk membuat keputusan?Seolah olah Majlis Fatwa di desak secara tidak sedar oleh TPM agar mengeluarkan fatwa untuk isu ini.Adakah jika tiada gesaan dari TPM,Majlis Fatwa akan keluarkan keputusan dengan begitu cepat?Fikir sendiri...
Mari kita cuba baca buat kali kedua dan seterusnya jika masih kurang jelas. Kemudian, jika perlu mentelaah, bukalah buku-buku yang ditulis oleh Yusuf Al-Qardhawi atau Syed Naquib Al-Attas mengenai Islam, nasionalisme dan sekularisme. Tolak jauh-jauh pengaruh emosi. Gunakan aqal, iman dan taqwa sepenuhnya dalam semangat objektiviti yang sehabis murni untuk menilai letak duduknya kata-kata ini. Bersifat cerewet dan teliti, mana yang kononnya Nik Aziz itu telah memborong bahawa semua ahli Umno tak masuk syurga? Mana pula perkataan yang kononnya Nik Aziz itu telah menyamakan Islam Umno itu dengan Islam cara Palestin? Ini sah fitnah. Fitnah !
Dalam hubungan ini,tidakkah pula terlintas kepada pihak Majlis Fatwa untuk meneliti kandungan penjelasan Menteri Besar Kelantan yang telah dibuat pada 18 Ogos 2009 yakni satu hari selepasnya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pendirian? Ia ada dikeluarkan oleh TV3 sebahagiannya pada malam itu juga dan Astro Awani pada malam yang sama. Inilah apa yang dikatakan orang, pentingnya kita untuk tidak tergopoh-gapah, banyakkan bersabar, bertenang, dan lebih berfikir dalam berzikir. Apa gunanya terlalu cepat jika boleh membawa silap !
Untuk bersifat adil kepada semua yang tidak mempunyai Internet atau tidak melanggani Astro termasuk Majlis Fatwa demi meneliti apa yang sebenar dan sebetulnya diucap oleh Mursyidul Am PAS, izinkan saya membuat kutipan dari jawapan beliau secara verbatim. Dalam siaran yang telah dimuatkan ke dalam “youtube”, ia sepenuhnya berbunyi seperti berikut:
“ Saya nak sebutlah mula-mula sekalinya, saya baca dua buah akhbar perdana hari ini dan ada perkataan Palestin. saya nafi sekeras-kerasnya. ini nak melaga-lagakan saya dengan Palestin pula. tak betul. siapa dia yang buat kerja ini, wallahhua’lam.
Yang keduanya perkataan “ahli umno tak masuk syurga.” saya tak biasa guna ahli umno, saya guna penyokong umno. ahli lain, penyokong lain.
Yang ketiganya, memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada islam tidak akan masuk syurga. Orang yang asingkan iman dengan islam yakni yang berpada dengan islam sahaja tanpa iman, mustahil (akan) masuk syurga. Sebab itu, Quran menetapkan perkataan ikhlas. Ikhlas dan iman lebih kurang sama. jadi “wama umiru illa liya’ budullah hamukhlisin” , tidak ada benda yang aku suruh kepada manusia kecuali satu,(iaitu) mengabdi kepada aku dengan ikhlas. ikhlas ini (perkara yang) terlibat dengan hati. Hatilah tempat duduk iman.
Jadi, mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja, tanpa iman, mustahil masuk syurga. Itu yang saya kata hari ini. jadi ini bukan fatwa baru. Surat khabar sebut fatwa baru Nik Aziz. Itu mengumpat kita panggil. Nak melaga-lagakan (dan bersifat) mengumpat, itu bukan fatwa baru.
Di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri masih hidup lagi pun, sudah ada orang yang hendak mengasingkan Islam dengan iman iaitu Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai ini bersembahyang bersama dengan Nabi, dengar ceramah Nabi bahkan keluar berperang bersama dengan Nabi dan mengaminkan doa bersama Nabi.
Tapi dia senyap-senyap dia buat satu gerakan lain dan dia buat sebuah masjid. Dalam Quran sebut benda ini “dhirar “. Masjid itu akan dibakar. Diruntuhkan dibakar, kerana apa ? Ini kerana usaha dia hendak mengasingkan berpada dengan Islam tidak mahu bersertakan dengan iman. Ini tidak boleh. sekular sebut islam tak apa la. Tak tahu iman dimana. Itu sekular. Islam tidak begitu. Islam ini komponen bagi iman . Islam mengajar kita (supaya kita) mesti sebatikan Islam dengan iman, sebagaimana sebatinya tubuh dengan roh. Tubuh kita ni sebati dengan roh.
Itu agak saya tahu dah. Otak umno dan otak orang PAS sama saja. Sama bodoh sama cerdik belaka. Tapi nak buat modal ni dalam pilihanraya (Permatang Pasir) ini kerja bodoh orang panggil. Nak tunjuk kebodohan kita dalam berpolitik. Sebab itu saya kata nak bersatu PAS dengan UMNO tak ada cara lain, daripada hanya UMNO tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, itu baru bersatu. Ketika itu tak tahu PAS dimana UMNO dimana, Melayu muslim belaka, muslim yang mukmin. dengan cara lain, perpaduan dengan pakatan (kerajaan perpaduan), tak usah lah. Kami dah serik dah.
Soalan press : kalau dia tarik balik ?
Tok Guru : Terserah kepada lawyer lah. Lawyer pandai lah buat, kalu dia mintak maaf. mintak maaf jadi begitu, tak mintak maaf jadi begini.
Yang akhir sekali saya nak sebut, ialah tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut manusia kepada pak turut Nabi Muhammad. Tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut sesama manusia. Turut orang Eropah manusia juga .
Turut orang putih manusia juga. Tolong merdekakan jadi pak turut manusia sama manusia kepada menjadi pak turut Nabi Muhammad saw. Kerana Nabi Muhammad (saw) ini orang kalu kira orang engineer yang bertauliah. Bukan nak baiki kereta, bukan nak baiki motor, tapi nak baiki manusia. tak ada orang boleh baiki manusia selain daripada golongan Nabi-Nabi dan Nabi Muhammad (saw) ini adalah Nabi. Baginda ialah engineer bertauliah daripada Allah swt. Apa saja kerosakan manusia, kita kena tanya Nabi Muhammad (saw).
Menyentuh tentang Mufti Perak, sepatutnya sebelum seorang mufti membuat kenyataan kalau boleh tanya saya dulu. Tanya tuan punya cakap. Tak boleh kita turut surat khabar. Surat khabar hari ini (adalah) surat khabar arus perdana. Ia surat khabar UMNO. Jadi, macam mana kita nak buat kenyataan berdasarkan apa yang surat khabar (paparkan).”
[ Kenyataan akhbar Tuan Guru Dato’ Menteri Besar di Pejabat Menteri Besar, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, bertarikh 27 syaaban 1430/18 Ogos 2009. (Selasa) ]
Bagi TGNA,Beliau tiada masalah apabila Beliau di katakan sebagai bersalah.Bahkan Beliau sedia untuk bermuzakarah untuk membetulkan dan menzahirkan kebenaran yang sebenarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, ada satu lagi berita dari Bernama online diatas tajuk “Penduduk Permatang Pasir jangan emosi” pada 20 Ogos 2009. Berita ini, saya kira perlu dipandang serius dan perlu difatwakan oleh Majlis Fatwa. Dalam berita itu, Bernama memetik Timbalan Presiden UMNO sebagai berkata bahawa “Beliau (Muhyiddin) menyelar kenyataan Mursidul Am PAS dengan menegaskan bahawa “Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama…bahaya” (Sumber: Bernama online, 20 Ogos 2009)
Jika tidak silap saya, pegangan yang memisahkan agama dari politik ini disebut jumhur ulama’ sebagai faham sekular. Dalam konteks ini, jika Majlis Fatwa boleh bertindak sedemikian segera atas kenyataan Tok Guru Nik Aziz, maka tidakkah Majlis yang sama berhasrat mengeluarkan apa-apa fatwa ke atas Muhyiddin? Jika semalam, bagaikan Superman, Majlis Fatwa boleh terbang sepantas kilat untuk menjengkal muka Tok Guru justeru mematuhi arahan atasan, maka jangan salahkan rakyat jika mereka menunggu reaksi yang sama dari tuan-tuan mufti sekalian. Nyatakanlah. Salah? Tak salah? Seleweng? Tak seleweng? Perlu bertaubat? Tak perlu bertaubat?
Jangan sampai masalah putar belit ini menjadikan orang ugama dipandang hina dan rendah kerana tujuan kepentingan.Untuk membuat ssesauatu fatwa juga perlu ambil masa dan paling penting merujuk kepada orang yang di kecam supaya fatwa yang di kluarkan lebih telus dan adil.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam sahabat
ReplyDeletepenulisan yang menarik..
demekian lah orang yang terburu buru dlm membuat sesuatu, tiada kesudahan yang tepat malah rakyat mengetahui taktik mereka2 ini dengan jelas..
setiap apa yg di katakan oleh TGNA mesti berdalil, TGNA tidak akan ckp seperti itu kalau tiada sebb.
syukran.
Ya..kita berharapa TGNA tahu apa yang di perkatakan.Majlis Fatwa seolah2 di desak oleh TPM untuk mengeluarkan keputusan,akhirnya keputusan yang tidak berasas yg telah dihasilkan.
ReplyDeletePadahal perkara ini boleh di bawa muzakarah bersama TGNA supaya ia lebih terang lagi dan membuat keputusan berdasarkan akhbar UMNO memeng tidak akan telus...