Monday, August 17, 2009

14 Amalan Manusia Tak Dapat Bau Syurga



AMALAN AMALAN MENYEBABAKAN MANUSIA TAK DAPAT BAU SYURGA...

Anak mendurhakai Ibubapa

Mengaku Bapa Kepada Bukan Bapa

Memutuskan Hubungan Keluarga

Minta Cerai Pada Suami Tanpa Sebab

Wanita Keluar Secara Bersolek

Orang Tua Yang Berzina

Lelaki Memakai Labuh Bermegah

Belajar Agama Untuk Dunia

Peminum Arak

Orang Yang Mati Tersemat Sombong

Orang Yang Membangkit Amalan

Membunuh Kaafir Mu'aahid - Dzimmi

Pemimpin Tidak Menasihati Rakyat

Pemimpin Atau Kumpulan Zalim

1.0 ANAK MENDURHAKAI IBUBAPA

Sabda Nabi Muhammad S.A.W
" Wahai Kalangan orangorang Islam, takutlah kamu kepada Allah dan hubungilah keluarga kamu; kerana sesunguhnya tiada pahala yang lebih cepat dari (pahala) menghubuni keluarga (dengan satu kebajikan). Dan jauhilah kamu dari menzalimi kerana sesungguhnya tiadalah siksaan yang lebih cepat (diambil tindakan) dari sikap menzalimi.

Dau jauhilah kamu dari mendurhakai ibubapa; kerana sesungguhnya bau Syurga tercium dari jarak 1000 tahun; dan demi Allah, tiadalah dapat menciumnya orang-orang yang mendurhakai ibubapa; orang yang memutuskan keluarga; orang tua yang berzina dan orang yang melabuhkan pakaian kerana bermegah-megah; (Kerana) sesungguhnya kemegahan itu hanya milik Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya berdusta itu semuanya berdosa kecuali yang engkau pergunakan untuk kepentingan seseorang yang beriman, dan engkau pergunakan untuk mempertahankan Agama (engkau) " (H.R At-Tabarani)

Pengertian Durhaka

Durhaka kepada Ibubapa ialah melalkukan penentangan yang keras terhadap ibubapa

Menurut Ibnu Al-Althir : Durhaka itu ialah melakukan keburukan kepada ibubapa dan tidak memberikan hak-haknya.

Contoh - contoh Durhaka

i)Memmbunuh salah seorang ibubapanya
ii)Memukul ibubapanya sehingga ibubapanya minta dibelakan
iii)Menajamkan pandangan mata kepada ibubapa secara marah
iv)Orang yang mencaci ibubapa, samada secar langsung atau dia mencaci orang lain yang mengakibatkan ibubapanya dicaci
v)Orang yang melakukan perbuatan yang menyebabkan kemarahan ibubapa kepadanya, sekalipun keduanya menzaliminya

2.0 MENGAKU BAPA KEPADA BUKAN BAPA


" Siapa mengaku bapa kepada bukan bapanya, tidaklah dia akan mendapat bau Syurga; dan sesungguhnya baunya itu dapat dicium dari jarak perjalanan 500 tahun " (H.R Ahmad dan Ibnu Majah menerusi Ibnu 'Umar)

Orang yang mengakukan bapa kepada bukan bapanya adalah dia bererti dia menolakkan bapanya yang sebenar, dimana akibatnya

i)Dia menolak bapanya yang sebenar dan memutuskan hubungan kekeluargaan dengannya.

ii)Dia menolak segala hukum dan tanggungjawap terhadap bapanya (Termasuk tidak mematuhinya dalam perkara ma'ruf atau kebaikan.

iii)Dia menolak hak milik bapanya terhadapnya dalam segi harta benda; dimana menurut hukum syarak segala milik dan harta anak adalah dikira milik dan harta bagi bapa juga. (Tertakluk kepada faraid)

3.0 MEMUTUSKAN HUBUNGAN KELUARGA

Dalam sebuah hadis Al-Qudsi, Alah berfirman

"Akulah Allah, dan Akulah Tuhan Yang Maha Pemurah. Aku ciptakan "rahim" (Kerabat) dan Aku mengambil perkataan itu daripada namaKu (Sendiri). Siapa yang menjaga hubungan kerabat, maka aku menghubunginya; dan sesiapa yang memutuskannya, maka Aku pun akan memutuskan DiriKu dengannya" (H.R Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi

"Sesungguhnya segala amalan umatku akan dibentang (ditunju kepada Allah) pada hari Khamis, di malam Jumaat; akan tetapi tidak akan diterima amalan orang yang memutuskan hubungan keluarga" (H.R Ahmad: periwayatnya orang-orang kepercayaan)

Memutuskan hubungan keluarga adalah bererti diantara lain;

i)Tidak mengaku keluarga sendiri

ii)Tidak membuat hubungan dalam keluarga; seperti ziarah-menziarahi

iii)Tidak bertegur sapa dalam keluarga

iv)Tidak membantu atau tolong menolong

v)Berselisih, memusuhi, menganggu atau menyerang antara keluarga

vi)Tiada wujud menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan; juga tiada nasihat-menasihati dalam keluarga

4.0 MINTA CERAI PADA SUAMI TANPA SEBAB YANG DIBOLEHKAN OLEH SYARA'
Thaubaan pernah memberitakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

"Mana-mana seorang perempuan meminta talak pada suaminya tanpa kesalahan (yang patut menurut syara'), maka terhalanglah dia dari memperolehi bau syurga"

Menurut Syara', ada beberapa sebab dimana isteri boleh menuntut fasak kerana memelihara hak atau kebebasan memilih, iatu;

1.Kecacatan fizikal (jantina) suami yang merosakkan dasar perkahwinan seperti suami 'unah (tiada zakar) atau tiada nafsu shahwat.

2.Penyakit suami yang merosakan dasar perkahwinan seperti lemah tenaga batin, gila, pengidap Aids, pendadah, berpenyakit sopak, gila babi dan sebagainya

3.Suami tidak mampu memberi nafkah

4.Suami tidak dapat membayar mas kawin

5.Suami yang berzina

6.Suami yang bertukar agama atau murtad

7.Suami yang meninggalkan tempat kediaman bersama

8.Suami yang sangat menganiaya

9.Suami yang tidak sekutu (Setaraf) dalam perkahwinan

5.0 WANITA KELUAR SECARA BERSOLEK

Abu Hurairah memberitakan bahawa Rasullulah s.a.w telah bersabda:

"dua golongan penghuni Neraka, dan belumlah saya melihat keduanya:

PERTAMA : Suatu golongan lelaki yang mempunyai cambuk (cemeti) seperti ekor-ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (memperkosa dan menindas orang lain)

KEDUA : Wanita-wanita yang memakai pakaian semacam bertelanjang (sebab nipisnya), manakala (perjalananya) lenggang-lenggok, kepala mererka seperti engguh unta yang miring (dek mengubah rambut: sanggul); mereka tidaklah akan dapat memasuki syurga dan mereka tidak akan dapat mencium baunya; dan sesungguhnya bau syurga itu akan tercium dari jarak perjalan sekian dan sekian (40,70,500,700 atau 1000 tahun perjalan -P) " (H.R Muslim)
Dalam hadidth ini terdapat tiga ciri bersolek (Warisan Jahiliyah) iaitu;

1.Memakai pakaian semacam bertelanjang dengan cara
-Pakaian yang dipakai adalah nipis membayangkan semacam tiada pakaian
-Tidak menutup aurad yang perlu ditutup
-Atau memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan perawakan (lembaga) tubuh yang memang terlarang nampak
-Terikut dengan gaya wanita bukan Islam

2.Keluar berjalan secara berlenggang lenggok (memperaga dan mencuit perhatian) disebabkan
-Melangkah dan menghayun diri dengan gaya menarik
-Berniat untuk mempersona lelaki
-Atau berselipar tumit tinggi
-Atau berkasut yang berbunyi semacam kertok
-Atau berjalan dengan menghentak-hentak kaki, dan sebagainya

3.Kepala bersanggul atau bersikat menarik seperti engguh yang miring, dalam keadaan
-Tidak menutup kepala
-Menyikat dan membina sanggul yang menarik
-Ingin menunjukkan keindahan rambut atau keasliannya (dengan melanggar hukum Ilahi)

6.0 ORANG TUA YANG BERZINA

7.0 LELAKI MEMAKAI LABUH BERMEGAH

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails