Tuesday, December 15, 2009

Rintihan Cinta



Aku tahu Engkau Tuhanku

Adalah cinta agung

Aku pun mahu mencintai-Mu

Aku tahu mencintai-Mu amat perlu


Ia kemuncak daripada segala kebahagiaan

Aku berusaha ke arah itu

Tapi cintaku pada-Mu Tuhan selalu terganggu


Banyaknya yang datang mengganggu

Nafsuku dan syaitan terkutuk

Dunia mempesona menggamit selalu

Di waktu itu lupa kepadamu


Cintaku… jauh sekali

Sekali sekala datang juga

Walaupun sedikit terasa indahnya

Kemudian lupa lagi


Adakalanya lupaku pada-Mu

Berpanjangan sekali

Kemudian sekali sekala sedar kembali

Engkau cinta agung


Engkau patut dicintai

Selepas itu ku lupa lagi

Begitu cintaku kepada-Mu Tuhan

Dengan kelalaian silih berganti

Oh Tuhan


Dengan hati yang sedih ini

Tolonglah aku dengan rahmat-Mu

Bantulah aku mencintaimu

Bagai cinta yang palsu terbunuh sendiri

Itulah harapanku pada-Mu


Tuhan dengarlah rintihan hamba-Mu

Perkenankanlah…

Untungnya Mencintai Tuhan


Fitrah semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa ataupun tidak. Manakala kasih sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara sayang dengan kasih sayang.

Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan . Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai. Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu.

Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang bermacam-macam. Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung . Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat. Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain.

Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya. Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebaliknya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki.

Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaati-Nya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian. Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya. Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat.

Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1. Tiada kecewa .
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhluk-Nya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan .
Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, harta, pangkat dan lain-lain, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan .
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalam usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan.

Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas Rahmat-Nya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan.

Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut dan berserabut. Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan .
Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki.

Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan perusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah.
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifat-sifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan.

Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa. Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang .
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Tuhan. Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya.

Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan .
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat .
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan. Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik.

Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah dari kita.

Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita.

Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta. Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi.

Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terlalu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhluk-Nya.

Kasih sayang Allah pada makhluk-Nya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

1. Dari sudut ilmu
Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.

2. Di sudut realitinya
Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat.

Ini kerana:
1. Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.

2. Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat baik seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab Neraka-Nya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.

3. Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?

4. Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapan dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?

5. Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.

6. Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.

7. Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.

8. Allah jugalah yang menggilirkan malam dan siang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah: Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya.

Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembah-Nya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segala-galanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya. Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.



Monday, November 30, 2009

SajaK: Carilah redha Tuhan




Carilah redha Tuhan, kita tidak akan kecewa
Carilah redha Tuhan, kita akan tenang
Janganlah cari redha manusia, kita akan kecewa
Suka manusia kepada kita bukan berpanjangan
Adakalanya dia suka kepada kita, sukanya pura-pura
Suatu hari nanti akan nyata juga


Adakalanya redhanya kepada kita di waktu kita senang
Setelah kita susah, kita dibuang dan ditendang
Janganlah membuat sesuatu kerana keredhaan manusia
Kerana manusia ramai yang tidak mengenang jasa


Buatlah sesuatu untuk keredhaan Tuhan
Manusia suka atau benci tak usah dipedulikan
Yang penting kita buat itu Tuhan suka
Yang penting usaha kita itu Tuhan redha
Dengan manusia tak usah ambil kira
Manusia hendak puji atau manusia hendak caci
Itu soal dia


Yang penting apa kata Tuhan
Keredhaan Tuhan itu penting
RedhaNya adalah balasan
Balasan-Nya adalah berkekalan
Carilah keredhaan Tuhan,  hati senang, hati tenang

Sajak: Perlunya Rasa BerTuhan



Marilah kita rasakan Tuhan itu Pelindung
Marilah kita rasakan Tuhan itu Penjaga
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pengawal
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pembela
Marilah kita merasakan Tuhan itu Penyelamat
Marilah kita merasakan Tuhan itu segala-galanya

Rasa-rasa ini mendorong kita cinta kepada Tuhan

Rasa-rasa ini menjadikan kita takut kepada-Nya
 Rasa-rasa ini membawa kita malu kepada-Nya
Rasa-rasa ini mendorong kita merasa kuat dengan-Nya


Juga rasa-rasa ini mendorong kita menjadi berani yang tiada taranya
Kerana Pelindung dan Pembela kita itu Maha Gagah dan Berkuasa
Maha Berkehendak dan kehendak-kehendak-Nya tidak boleh siapa menolaknya


Siapa yang merasa seperti yang dikatakan, waktu seorang terasa ramai
Di waktu ramai, bertambah lagi dirasakan ramai
RasasasasasasRasa-rasa inilah, kita pandang makhluk ini tiada kuasa apa-apa

Walau bagaimana besar kuasa dan pangkatnya
Kita akan merasa semuanya ini sama sahaja dengan kita
Tidak ada mempunyai apa-apa kuasa dan daya
Di hadapan Tuhan sama sahaja
Barulah kita berani dan tegas menegakkan kalimah Allah
Di sinilah perlunnya kita merasakan berTuhan

Thursday, November 26, 2009

Sejarah Haji


Haji mengingatkan kita
Sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas
Agung lagi suci

Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya

Sejarah berkata lagi
Tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah
Taatkan suami tinggal sendiri

Tinggal di Tanah Haram
Suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal kepada Ilahi

Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi
Air susunya telah pun kering sama sekali

Siti Hajar mencari air
Ke hujung ke pangkal
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah
Beberapa kali

Aduh hatinya cemas
Anak kecilnya tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah
Yakin sekali

Di dalam mencari-cari
Terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan
Kaki anaknya bakal Nabi

Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut Zam-zam, Zam-zam

Itulah dia air Zam-zam
Yang kekal hingga ke hari ini
Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya

Sudahkah kita mengambil
Pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamaNya
Wajib berkorban

Taat, sabar dan tawakkal
Jadikan pakaian
Cintakan Allah
Pengorbananlah sebagai bukti



Album : Balada Makkatul Mukarramah
Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Sunday, November 22, 2009

Jemaah Haji Aset Berharga



Sepatutnya kembalinya jemaah haji merupakan aset yang berharga
Aset agama, bangsa dan negara
Membawa pengalaman, membawa hikmah, membawa akhlak yang mulia
Dengan aset itu akan dibangunkan agama, bangsa dan negara

Aset yang dimaksudkan pulangnya tenaga manusia yang berjiwa pengorbanan
Yang bersemangat juang, sabar dan tabah dibawa dari sana
Hikmah seluruh rukun Islam yang dimilikinya
Hidup matinya, seluruh tenaganya untuk membina segala yang diredhai Tuhannya

Begitulah sepatutnya bertambah tenaga di dalam negara
Setiap kembalinya jemaah membawa apa yang telah dikata
Dari tahun ke tahun tenaga yang berguna bertambah banyaknya
Kesan dari praktis haji yang besar hikmahnya

Tapi malang sekali apa ang sepatutnya berlaku sebaliknya
Tenaga manusia yang diharapkan pulang biasa sahaja
Tenaga lahir batin yang diharapkan dari hikmah haji tidak dimilikinya
Ramai yang naik haji tidak ada apa-apa ertinya


Di sinilah membuktikan kebanyakan mereka membawa haji mardud
Tidak ada apa-apa hasil kecuali menghabiskan duit membuang masa
Kesan dari haji yang membawa manfaat tiada
Sulit sekali mendapat keampunan Allah seperti baru lahir dari ibunya

Ole-Ole Dari Haji


Balik dari Mekah jangan hanya tamar dan zam-zam yang dibawa pulang
Lebih-lebih lagi tidak igal dan barang-barang mahal yang dibawa pulang
Bukan itu semua yang penting dibawa pulang
Tapi pengajaran dan hikmah yang patut dibawa dari sana


Ole-ole dari haji bukan bersifat material yang dibawa pulang
Tapi yang bersifat maknawiyah dan rohaniah yang lebih penting

Pengalaman yang luas, akhlak yang tinggi di dalam diri
Itulah dia buah haji yang mabrur lagi sejati


Buanglah perangai buruk, gantilah dengan perangai mulia
Tanamkanlah keinsafan di dalam diri dengan agama
Jadikanlah agama hidup mati kita
Sesuai dengan semangat haji kemuncak rukun Islam yang lima


Kebanyakan jemaah haji pulang ke tanah air tidak berubah
Sifat-sifat mazmumah yang lama masih dibawa pulang
Perjuangan tidak wujud, pengorbanan tidak bertambah
Yang bertambah cinta dunia, gila pangkat, suka glamour


Kalau itulah yang dibawa, tanda haji yang dibuat tidak berbuah
Mengikut kitab haji bagi yang tidak mengubah perangai, namanya haji mardud
Terbuanglah masa, habislah duit habislah duit, sia-sia tenaga
Yang dapat hanya susah payah, letih badan, pahala tiada, berdosa pula


Saturday, November 21, 2009

Haji Kemuncak Ibadah




Haji adalah rukun sebagaimana pegangan akidah muslim. Ibadah ini adalah satu ketetapan Illahi sejak azali lagi dan ianya berkait rapat dengan kepercayaan hari kebangkitan kelak ketika menghadapi tuhan Rabbul jalil.
 
Setiap ibadah mempunyai tatacara dan kaifiatnya yang tersendiri. Islam meletakkan kaedah-kaedah ini setelahmana usul dan qawaid diperbincangkan. Di sana timbullah kaedah "setiap yang bermula ada permulaannya" begitulah yang diungkapkan dari pengucapan bahasa Arab.
 
Tetapi ianya bukanlah satu perbincangan tuntas dalam memperkatakan soal kewajipan haji atau menyentuh aspek rukun dan sunat haji. Adanya ruang yang lebih luas untuk menghuraikan cabangan kaedah ini,lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kefardhuan Islam dan bagi Allah sahajalah yang selayakya untuk segala coretan yang bersifat baharu baik bersifat qadim.
 
Bersandarkan pada persepsi ini, bagi sesiapa yang diizinkan Allah untuk menunaikan kefardhuan haji pada tahun ini setelah segala persiapan yang bersungguh-sungguh dengan mendapat petunjuk untuk menjadi tetamu Allah. Pada tulisan ini penulis mengira mereka ini adalah golongan yang mengendong beg-beg mereka dan bermusafir kedua-dua tanah suci haram yang dimuliakan oleh Allah dengan permusafiran dan perjalanan yang sungguh bahagia.

Ziarah ke BaitillahilHaram ini adalah semulia-mulia kefardhuan dan dinilai tinggi di sisi Allah swt. Kefardhuan ini ditaklifkan oleh Allah kepada hambanya sejak awal penciptaan makhluk, malah sebelum penciptaan itu lagi Allah telah memilih tempatnya yang mulia lagi barakah ini. Tempat itu pada ilmu Allah Taala sejak azali lagi akan dijadikan kiblat bagi keseluruhan manusia kerana ianya berpusat pada kedudukan yang sama dengan Bait Ma’mur di langit yang keempat.

Anas bin Malik r.a meriwayatkan daripada Malik bin Sa’saah dengan katanya: berkata Rasulullah S.a.w: “aku telah dibawa ke langit keempat dan diangkat ke Bait Ma’mur. Kedudukannya bersetentangan dengan kaabah,jika runtuhnya ia maka mengenai kaabah. Pada setiap hari akan masuklah 70000 para malaikat kedalamnya lalu apbila mereka keluar dari situ mereka tidak akan kembali lagi ke arahnya''.

Pada satu aspek, Baitulllah yang mulia ini dianggap sebagai paksi bumi di antara timur dan barat dan juga menjadi satu pusat tumpuan penglihatan dan hati-hati manusia dari seantero dunia sejak dahulu hinggalah tiba kiamat kelak. Pada asas pembinaan Baitullah ini, ianya disempurnakan dalam beberapa peringkat:

Peringkat pertama: sebelum penciptaan abul basyar Adam a.s. sebagaimana diriwayatkan daripada Hasan bin Husein bin Ali bin Abi Talib radiyallahuanhum. Sesungguhnya seorang lelaki datang bertanyanya: "apakah asas permulaan tawaf bagi kaabah ini? Kenapa dan bagaimana? Maka jawab Ali kepada lelaki tersebut:" permulaan tawaf bagi kaabah ini ketika mana Allah taala berfirman kepada para malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah….."Al Baqarah 30

Maka kata malaikat: '' wahai Tuhan! khalifah selain kami ini bakal merosakkan bumi menumpahkan darah dan bercakaran serta berhasad dengki. Lalu kata mereka lagi: jadikanlah khalifah itu di kalangan kami, nescaya kami tidak melakukan kerosakan,menumpahkan darah dan berhasad dengki bahkan kami ini golongan yang bertasbih, memuji dan menyucikanMu. Kami taat padaMu dan tidak ingkar.
Lalu Allah berfirman:
" Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."


Di dalam satu riwayat mengatakan:
" Allah s.w.t telah meletakkan di bawah arasy itu sebuah rumah yang berbucukan empat. Kemudian Allah berfirman kepada para malaikat: " tawaflah kamu semua di rumah ini (Kaabah), lalu bertawaflah para malaikat di Baitil Ma'mur yang telah disebutkan oleh Rasul s.a.w di mana ia dimasuki setiap hari siang dan malam oleh 70000 malaikat dan mereka ini tidak kembali. Kemudian riwayat ini juga menyebutkan Allah mengantarkan utusan dengan firmannya:
" binakanlah bagiku sebuah binaan di bumi seumpamanya ( Bait Ma'mur) dan seutuhnya, lalu Allah memerintahkan makhluknya yang berada di bumi bertawaf sepertimana tawafnya penduduk langit di Bait Ma'mur.

Peringkat kedua : iatulah pada zaman Adam alaihissalam setelah mendapat perintah Allah s.w.t. Perkara ini sebagaimana pendapat yang diberikan oleh sebahagian mufassirin. Imam Thabari ketikamana menghuraikan pada tafsiran firman Allah s.w.t:
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah".

Firman Allah pada ayat ini menurut huraian tafsiran Imam Thabari menunjukkan asas pembinaan kaabah bermula dengan tangan Abul Basyar Adam alaihissalam setelah diperintah Rabbul jalil lalu binaan ini kekal kesannya hingglah ke zaman nabi Ibrahim alaihissalam kemudian binaan ini ditinggikan oleh Ibrahim a.s bersama anaknya Ismail alaihissalam.

Al Imam Qurthubi pula mengulas di dalam tafsirnya dengan menjelaskan: " Setelah selesainya pembinaan kaabah, nabi Ibrahim a.s seraya menyeru manusia kepada haji dengan kata baginda: wahai Tuhan! Apakah akan sampai seruan suaraku ini? Berfirman Allah: serulah mereka, lalu berangkatlah Ibrahim memanjat bukit Abi Qubais lalu melaungkan seruan haji: " wahai Manusia! Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu semua menunaikan haji di rumah ini (kaabah) supaya diganjarkan kamu dengan syurga dan melepaskan kamu dari azab neraka.
Lalu seruan tersebut disahut dengan laungan talbiah oleh umatnya. Pengsyariatan haji pada zaman Ibrahim Alaihissalam sangat berbeza, mengikut riwayat yang diambil melalui ibn abbas dan ibn Jabir menceritakan syariat haji pada zaman itu berasaskan seruan Nabi Ibrahim. Sekiranya pada satu tahun diseru dengan sekali maka diwajibkan sekali sekiranya dua kali penyeruan itu lalu umat pada ketika itu akan melakukan haji secara dua kali" .

Peringkat ketiga: Pada peringkat ini ulamak mengambil fakta berdasarkan kedatangan Amaliqah (satu puak selepas zaman nabi Ibrahim) dengan membuat pembinaan dan pemulihan semula. Namun disana juga terdapat pendapat yang bersandarkan riwayat daripada Abd Mun'im bin Idris daripada Wahab bin Munabbih dengan katanya: orang yang memulakan binaan kaabah dengan menggunakan salutan batu dan tanah adalah Syish a.s. Adapun pembinaan pada zaman Quraisy begitu masyhur. Pemulihan dan pembinaan ini berterusan secara berperingkat-peringkat sehinggalah 5 tahun sebelum kebangkitan Rasul s.a.w tajdid ini sentiasa dilakukan. Tiba pada zaman ketika kaabah di bawah penguasaan Quraisy pula, binaan kaabah telah dibina semula dengan menggunakan batu-batu wadi ini sebagaimana yang dinaqalkan oleh Imam Qurthubi di dalam Jami' ahkam Al quran dengan riwayat oleh abd Razak daripada Muammar daripada Abdullah bin Uthman daripada Abi Tufail. Rasul s.a.w adalah di kalangan mereka yang bersama-sama membantu pembinaan ini. Pada ketika pembinaan kaabah ditinggikan pada ketinggian 20 hasta. Ini sebagaimana yang di ceitakan di dalam catitan sejarah dan sirah nabawiyyah yang ianya tidak dapat dipadam.

Begitulah pembinaan dan pembaik pulihan sehinggalah ke zaman Malik Saudi dengan pemasangan 2 pintu masuk baru. Pemasangan ini terus menerus dengan pembaharuan system dari satu pemerintahan ke pemerintahan.

Pertama: pembaikan yang dilakukan pada zaman Malik Abd Aziz Rahimahullah pada 1944M/1363H.
Kedua: berlaku pada zaman Malik Khalid iaitulah dengan pemasangan pintu dengan salutan emas tulin. 




Fardhu haji adalah satu rukun yang amat berbeza dengan rukun-rukun yang lain dari segala aspek terutamanya aspek praktikaliti yang teliti dan rumit serta memerlukan pengorbanan yang amat besar dan banyak. Kefardhuan haji adalah anasir yang terhimpun dari dua aspek yang seiring iaitulah jasadi dan harta. Ianya juga kadangkala tampak jelas sekali hikmah-hikmah yang tidak dapat dijelaskan dan dihuraikan dengan akal budi manusia yang terbatas ini. Perkara ini dijelaskan sebagaimana firman Allah di dalam surah Al Haj berkaitan dengan hikmah-hikmah pada beberapa bahagian rukun dan wajibnya tanpa menyentuh bahagian-bahagian yang lain. Firman Allah di dalam surah al-Haj 28-29:

" Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin."

"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu."

Firman Allah lagi di dalam surah yang sama pada ayat yang lain :

"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan ia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur".

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya".
surah al- Haj : 36-37

Melalui firman Allah ini, haji dinilai dari beberapa sudut ianya hanyalah pada pakaian semata-mata. Mungkin juga ada yang berpandangan dengan sendiri ianya pakaian yang menjurus ke arah ketaasuban yang sempit. Tetapi pada satu sisi pandangan lain ianya satu fitrah yang boleh disingkap dengan iktibar.

Di dalam diri manusia terdapat satu kecenderungan fitrah yang menular dan melebar luas berhasil dari pembentukan secara zahir dan rohani. Pada asas fitrah ini, Islam telah menegaskan segala bentuk ubudiah secara keseluruhannya. Ianya dapat dipraktikkan di dalam ibadah haji yang menyentuh dari segenap aspek samaada hati,pancaindera dan gerak geri perbuatan.

Haji pada isitilah dengan membawa maksud kata-kata dan perbuatan yang dilaksanakan pada waktu yang dikhususkan. Bagi seseorang yang mengerjakan haji dia akan melihat dan terhidang di mata kepalanya dengan syiar-syiar yang telah disebutkan Allah. Berdirinya di lapangan Kaabah lantas bertawaf sekitar Baitil Atiq rumah kecil yang dibina oleh Abul anbiya bersama anaknya. Perkara ini jelas di dalam firmanNya:

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim a.s bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ".
Al-Baqarah :127

Selesainya tawaf sekitar kaabah, sa'ie menjadi hala tuju seterusnya. Di sinilah terpaterinya sejarah seorang ibu yang penyabar. Ibu ini yang telah mengendong bayi kecil setelah ditinggalkan suaminya atas perintah Rabbul Jalil. Perkara ini terpahat sebagai satu syiar Islam sehingga dijadikan rukun haji. Safa dan marwah adalah tempat yang mulia dan agung bagi penunai haji. Perkara ini dijelaskan di dalam firman Allah:
" Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya……."

Peristiwa Ibrahim a.s yang telah diperintahkan untuk meninggalkan isteri dan anaknya ini tercatat di dalam lipatan sejarah. Peninggalan Ibrahim a.s ini disaksikan dengan firman Allah ketika baginda bermunajat dengan doanya memohon keselamatan kepada isteri dan anaknya. Firman Allah di dalam surah Ibrahim ayat 37:

" Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur".
Kesimpulannya, haji merupakan symbol kesatuan ummah dalam merealisasikan ketaatan terhadap Allah. Dari aspek yang lain, kesatuan ini menunjukkan tolenrasi Islam tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit untuk ibadah yang satu. Ianya juga di anggap simbolik kepada keadaan yang bakal ditempuhi oleh umat manusia setelah mengakhiri hayat mereka kelak. Di sanalah juga bakal wujudnya satu perhimpunan yang agung di atas lembaran mahsyar yang dahsyat.

Sources: Mindamadani.my

Thursday, November 19, 2009

Mari Mencintai Rasulullah...






DALAM merayakan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan suatu detik yang bersejarah dalam peradaban umat manusia, para fukaha ahli sunnah mengkategorikan tradisi perayaan Maulidur Rasul ini sebagai bidaah hasanah. Demikian juga praktik perayaan Maulidur Rasul di negara kita telah menjadi tradisi yang mengakar dan dihormati serta mendapat dukungan daripada para ulama dan cendekiawan Muslim setempat.
Demikian juga perayaan Maulidur Rasul di negara Islam lain tidak kurang hebatnya. Di Mesir, utara Iraq, Turki, Afrika Utara, China, Iran, dan Maghribi perayaan Maulidur Rasul disambut dengan meriah dan diisi dengan khutbah dan pembacaan syair-syair tentang kemuliaan Rasulullah. Perayaan ini disambut bagi mengingatkan peri pentingnya menjaga semangat keislaman dan kecintaan pada Nabi agar dapat terpelihara dan kukuh dalam sanubari umat Islam di bawah tekanan modenisasi dan propaganda sekularisme.
Penulis teringat kisah pada akhir tahun 1920-an, tuan guru Haji Abdul Rahman Selehor (datuk penulis), iaitu tokoh ulama dari Tumpat Kelantan, pernah dikritik hebat oleh akhbar-akhbar perdana pada waktu itu kerana mempelopori perayaan Maulidur Rasul secara besar-besaran. Hal demikian itu, kerana bagi sesetengah pihak perbuatan ini satu bidaah dan sesat. Kononnya, ia dianggap satu perkara yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Sebenarnya perayaan Maulidur Rasul adalah hal yang amat digalakkan sebagai wadah bagi melahirkan kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah? Kerana baginda sememangnya wajar untuk dicintai. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud:
Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya – (surah an-Nisa’: ayat 69).
Kita tidak mempertuhankan baginda. Kita hanya mengatakan bahawa baginda seorang hamba Allah dan Rasul-Nya. Kewajipan umat baginda hanyalah mengarahkan perhatian kepada baginda dan mengikutinya dengan sebaik-baiknya. Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin dan kepimpinannya itu hanyalah bagi orang yang menginginkannya. Baginda adalah pemimpin bagi orang-orang yang taat, benar dan ikhlas serta pemimpin bagi para wali (kekasih) Allah.
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu seperti orang-orang Nasrani yang menganggap nabi mereka, Nabi Isa putera Mariam sebagai Tuhan atau anak Tuhan. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan Rasul-Nya.
Justeru, mencintai Rasulullah menjadi
suatu keharusan dalam konteks iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan suka atau tidak suka. Seorang Muslim perlu menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekalipun. Idealnya, mencintai Rasulullah lebih daripada segala sesuatu yang dia miliki, bahkan dirinya sekalipun. Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna. Sabda Nabi yang bermaksud: Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih dia cintai daripada dirinya sendiri.
Meskipun begitu, terdapat juga beberapa mazhab yang menentang adanya perayaan serupa itu. Salah satu mazhab yang menentang perayaan Maulidur Rasul itu adalah kaum Kharaji di Oman. Namun para fukaha besar seperti Ibnu Hajar, al-Nawawi, al-Syaukani serta para ulama ortodoks lainnya dalam karya-karya mereka menegaskan bahawa perlunya perayaan Maulidur Rasul disambut oleh setiap orang Muslim.
Kaum ulama mazhab Sunni (kaum salafi) keturunan mazhab Hambali sentiasa berada pada barisan depan dalam mempromosikan perayaan-perayaan Islam di pelbagai tempat. Contohnya, Ibnu Taimiyah, seorang ulama Syria abad pertengahan, memberi pandangan: “Merayakan dan memberi rasa hormat kepada kelahiran Rasulullah dan memandangnya saat yang bersejarah sebagaimana yang dilakukan saudara Muslim kita adalah suatu perbuatan positif. Di dalam perbuatan itu terkandung ganjaran yang besar di sisi Allah kerana niat tulus dan ikhlas mereka menghormati Nabi Muhammad.”
Dalam tradisi kaum salaf, para salaf al-shalih ini telah menghasilkan karya-karya apresiatif atau berbentuk penghargaan terhadap perayaan Maulidur Rasul yang secara khusus dibicara di hadapan umat Islam pada setiap kali perayaan itu. Salah satu di antaranya ialah karya Ibnu Katsir berjudul Maulidur yang dianggap terbaik di antara karya-karya kaum salaf itu. Karya Ibnu Katsir itu terkenal di kalangan kaum Muslimin di seluruh dunia. Mufasir besar ini memulakan maulidnya dengan mengatakan: “malam kelahiran Nabi agung itu adalah suatu malam yang penuh berkat, penuh kesakralan, kemuliaan, keagungan. Dan malam itu juga merupakan malam yang sinar cahaya dan malam yang tidak ternilai harganya bagi para pengikut setia Muhammad.”
Imam al-Bukhari menyebutkan, daripada Ka’ab bin ‘Ajrah yang berkata bahawa Nabi ditanya: “Ya Rasulullah, salam kepada tuan telah kami ketahui, namun bagaimana dengan selawat?” Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kamu, ‘Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa’ali Muhammad.”
Abu Sa’id al-Khudri berkata, “Ya Rasulullah, ini adalah salam, namun bagaimana kami mengucapkan selawat kepada tuan?” Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kamu ‘Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa‘ali Muhammad.”
Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kepadanya, dan berilah salam dengan bersungguh-sungguh – (surah al-Ahzab: 56).








Imam al-Bukhari menyatakan di dalam sahihnya pada bahagian al-Tafsir, bahawa menurut Abu al-‘Aliyah, maksud selawat daripada Allah itu adalah sanjungan Allah terhadap Nabi Muhammad di hadapan para malaikat-Nya. Sedangkan selawat malaikat itu adalah doa.
Dalam komentarnya terhadap tafsir Jalalayn tentang surah al-Ahzab ayat 56 (Allah telah melimpahkan kasih sayang dan meredai nabi-Nya. Para malaikat memanjatkan doa untuknya, maka wahai orang-orang yang beriman, panjatkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad). al-‘Arif al-Shawi menyatakan bahawa di dalam ayat tersebut tersirat satu dalil yang amat besar bahawa Rasulullah adalah tempat curahan rahmat dan makhluk yang paling utama secara mutlak. Qadi ‘Iyadh berkata, “Seluruh ulama telah sepakat, bahawa ayat ini menunjukkan pengagungan dan pujian terhadap Nabi yang tidak terdapat pada orang lain selain beliau.”
Banyak riwayat hadis menyebutkan bahawa seluruh makhluk mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad berhenti di Baitulmaqdis melakukan solat dan berjemaah dengan semua nabi dan rasul. Nabi sebagai imam. Pertemuan tersebut diawali dan diakhiri dengan menyampaikan selawat kepada baginda sebagai tanda penghormatan tertinggi yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad.
Ketika Allah mewajibkan umat manusia untuk mencintai Nabi Muhammad , arahan tersebut jelas bukan satu perintah tanpa tujuan. Namun begitu, tujuan tersebut juga bukan sesuatu yang kepentingannya akan kembali kepada Allah atau Rasul-Nya. Dengan demikian, mencintai Rasulullah adalah satu perintah yang manfaatnya semata-mata untuk kepentingan manusia itu sendiri. Di antara manfaatnya, kita merasakan akan terpaut hati ini kepada peribadi Nabi Muhammad. Apabila kita jujur dalam mencintai Nabi Muhammad, maka akan terbit kerinduan terhadap baginda.
Hal demikian ini, akan membawa kita untuk mengetahui secara mendalam tentang diri baginda yang mencakupi aspek kehidupan peribadi, keluarga, hubungan sesama Muslim dan sebagainya. Justeru itu, apabila kita ingin mengetahui sejarah Nabi Muhammad, hendaklah ia diawali dengan rasa cinta terlebih dahulu. Di sinilah, kita akan mengetahui mengapa Allah mewajibkan mencintai Nabi Muhammad.
Kita memohon kepada Allah agar mengukuhkan keberadaan dan perjalanan hidup kita di jalan Rasulullah, menjadikan kita sebagai pengikut setia baginda, memberi kita kesempatan untuk meneguk air telaga kasihnya dan menghimpunkan kita di bawah panji kemuliaannya.
Justeru, perayaan Maulidur Rasul yang disambut saban tahun adalah di antara tanda kasih sayang dan rasa terima kasih kita terhadap Rasulullah. Selawat dan salam untuk baginda yang menyuluh jalan kita dengan syafaatnya.




Sunday, November 8, 2009

Yakin Wujud Pakatan Sulit Untuk Jatuhkan Tokoh-tokoh Agama:Dr. Harun Din




 Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata perkara ini mesti diberi perhatian serius kerana ia bukan membabitkan peribadi Mufti Perak semata-mata malah beliau ialah jurucakap bagi pihak para mufti di Malaysia.
Menurut Dr Haron, usaha masih diteruskan pihak tertentu untuk mencacat dan mencalarkan personaliti tokoh-tokoh agama bertujuan merosakkan kredibiliti mereka dan menghilangkan kepercayaan rakyat.
 "Segala yang disampaikan oleh Mufti Perak adalah pandangan yang dibincangkan para mufti dan tugasnya adalah menyampaikan kepada umum termasuk kepada kerajaan Malaysia," katanya ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam.
"Isu konsert 'Sure Heboh', kongsi raya dan murtad yang disuarakan oleh beliau (Mufti Perak) sebelum ini mengundang rasa tidak senang banyak pihak dan termasuk juga dengan pemimpin kerajaan BN khususnya Perdana menteri dan kabinetnya yang beragama Islam," katanya lagi.
Sikap Perdana Menteri dan beberapa pemimpin yang pernah memperlekehkan pandangan para Mufti mengakibatkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tidak menghormati beliau selaku tokoh agama yang berwibawa, malah secara lebih biadap cuba mencampuri urusan agama Islam.
"Pandangan saya, itu merupakan ijtihad beliau dalam situasi tersebut dan beliau telah melakukan sedaya yang termampu bagi memastikan kejadian itu tidak berlaku," katanya ketika ditanya berhubung isu sms mengaitkan Dato' Azhar Mansur yang didakwa murtad.
Katanya, jika kejadian itu benar-benar berlaku, masyarakat Islam akan menuding jari kepada institusi mufti kerana tidak bertindak membendung gejala murtad setelah mengetahui dan menerima laporan daripada pihak pengadu.
Beliau menambah, usaha parti Gerakan dan pihak-pihak lain untuk mencampuri urusan hal-ehwal agama yang tertakluk dalam bidang kuasa Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong akan mengundang padah pada masa hadapan.
"Senario ini adalah permulaan yang tidak baik bagi menjaga keharmonian antara kaum; terutama dari segi menjaga sensitiviti berkaitan agama masing-masing," katanya.
Beliau juga beranggapan, kelemahan kerajaan yang ada sekarang mengakibatkan insiden-insiden provokasi dan mencabar umat Islam di negara ini semakin menjadi-jadi dan memberi peluang yang sangat luas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan hal ehwal agama, amalan dan institusi agama seperti mufti.
"Sepatutnya kerajaan segera bertindak dan tegas, bukannya melayan dan memberi ruang terbuka kepada bukan Islam untuk mempersoalkan amalan agama orang lain," katanya lagi
Dalam pada itu ada beberapa penganalisi yang berpendapat, sikap kerajaan yang membisu berhubung isu ini adalah disebabkan pilihan raya Machap yang dikhuatiri akan mengundang rasa tidak senang pengundi Cina. 

Monday, November 2, 2009

Memahami Hadis Mutawatir...





Secara bahasa, mutawatir adalah isim fa’il dari at-tawatur yang artinya berurutan.

Sedangkan mutawatir menurut istilah adalah “apa yang diriwayatkan oleh sejumlah banyak orang yang menurut kebiasaan mereka terhindar dari melakukan dusta mulai dari awal hingga akhir sanad”. Atau : “hadits yang diriwayatkan oleh perawi yang banyak pada setiap tingkatan sanadnya menurut akal tidak mungkin para perawi tersebut sepakat untuk berdusta dan memalsukan hadits, dan mereka bersandarkan dalam meriwayatkan pada sesuatu yang dapat diketahui dengan indera seperti pendengarannya dan semacamnya”.

Syarat-Syaratnya :

Dari definisi di atas jelaslah bahwa hadits mutawatir tidak akan terwujud kecuali dengan empat syarat berikut ini :

Diriwayatkan oleh jumlah yang banyak.
Jumlah yang banyak ini berada pada semua tingkatan (thabaqat) sanad.
Menurut kebiasaan tidak mungkin mereka bersekongkol/bersepakat untuk dusta.
Sandaran hadits mereka dengan menggunakan indera seperti perkataan mereka : kami telah mendengar, atau kami telah melihat, atau kami telah menyentuh, atau yang seperti itu. Adapun jika sandaran mereka dengan menggunakan akal, maka tidak dapat dikatakan sebagai hadits mutawatir.
Apakah untuk Mutawatir Disyaratkan Jumlah Tertentu ??

1. Jumhur ulama berpendapat bahwasannya tidak disyaratkan jumlah tertentu dalam mutawatir. Yang pasti harus ada sejumlah bilangan yang dapat meyakinkan kebenaran nash dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam.

2. Diantara mereka ada yang mensyaratkan dengan jumlah tertentu dan tidak boleh kurang dari jumlah tersebut.

Ada yang berpendapat : Jumlahnya empat orang berdasarkan pada kesaksian perbuatan zina.
Ada pendapat lain : Jumlahnya lima orang berdasarkan pada masalah li’an.
Ada yang berpendapat lain juga yang mengatakan jumlahnya 12 orang seperti jumlah pemimpin dalam firman Allah (yang artinya) : ”Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan telah Kami angkat di antara mereka 12 orang pemimpin” (QS. Al-Maidah ayat 12).
Ada juga yang berpendapat selain itu berdasarkan kesaksian khusus pada hal-hal tertentu, namun tidak ada ada bukti yang menunjukkan adanya syarat dalam jumlah ini dalam kemutawatiran hadits.
Pembagian Hadits Mutawatir

Hadits mutawatir terbagi menjadi dua bagian, yaitu Mutawatir Lafdhy dan Mutawatir Ma’nawi .

1. Mutawatir Lafdhy adalah apabila lafadh dan maknannya mutawatir. Misalnya hadits (yang artinya) : ”Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku (Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam) maka dia akan mendapatkan tempat duduknya dari api neraka”. Hadits ini telah diriwayatkan lebih dari 70 orang shahabat, dan diantara mereka termasuk 10 orang yang dijamin masuk surga.

2. Mutawatir Ma’nawy adalah maknannya yang mutawatir sedangkan lafadhnya tidak. Misalnya, hadits-hadits tentang mengangkat tangan ketika berdoa. Hadits ini telah diriwayatkan dari Nabi sekitar 100 macam hadits tentang mengangkat tangan ketika berdo’a. Dan setiap hadits tersebut berbeda kasusnya dari hadits yang lain. Sedangkan setiap kasus belum mencapai derajat mutawatir. Namun bisa menjadi mutawatir karena adanya beberapa jalan dan persamaan antara hadits-hadits tersebut, yaitu tentang mengangkat tangan ketika berdo’a.

Keberadaannya

Sebagian di antara mereka mengira bahwa hadits mutawatir tidak ada wujudnya sama sekali. Yang benar (insyaAllah), bahwa hadits mutawatir jumlahnya cukup banyak di antara hadits-hadits yang ada. Akan tetapi bila dibandingkan dengan hadits ahad, maka jumlahnya sangat sedikit.

Misalnya : Hadits mengusap dua khuff, hadits mengangkat tangan dalam shalat, hadits tentang telaga, dan hadits : ”Allah merasa senang kepada seseorang yang mendengar ucapanku…..” dan hadits ”Al-Qur’an diturunkan dalam tujuh huruf”, hadits ”Barangsiapa yang membangun masjid karena Allah, maka Allah akan membangun untuknya rumah di surga”, hadits ”Setiap yang memabukkan adalah haram”, hadits ”Tentang melihat Allah di akhirat”, dan hadits ”tentang larangan menjadikan kuburan sebagai masjid”.

Mereka yang mengatakan bahwa hadits mutawatir keberadaannya sedikit, seakan yang dimaksud mereka adalah mutawatir lafdhy, sebaliknya…..mutawatir ma’nawy banyak jumlahnya. Dengan demikian, maka perbedaan hanyalah bersifat lafdhy saja.

Hukum Hadits Mutawatir

Hadits mutawatir mengandung ilmu yang harus diyakini yang mengharuskan kepada manusia untuk mempercayainya dengan sepenuh hati sehingga tidak perlu lagi mengkaji dan menyelidiki. Seperti pengetahuan kita akan adanya Makkah Al-Mukarramah, Madinah Al-Munawarah, Jakarta, New York, dan lainnya; tanpa membutuhkan penelitian dan pengkajian. Maka hadits mutawatir adalah qath’I tidak perlu adanya penelitian dan penyelidikan tentang keadaan para perawinya .

Buku-Buku Tentang Hadits Mutawatir

sebagian ulama telah mengumpulkan hadits-hadits mutawatir dalam sebuah buku tersendiri. Diantara buku-buku tersebut adalah :

1. Al-Azhar Al-Mutanatsirah fil-Akhbaar Al-Mutawattirah, karya As-Suyuthi, berurutan berdasarkan bab.

2. Qathful Azhar, karya As-Suyuthi, ringkasan dari kitab di atas.

3. Al-La’ali’ Al-Mutanatsirah fil-Ahaadits Al-Mutawatirah, karya Abu Abdillah Muhammad bin Thulun Ad-Dimasyqy.

4. Nadhmul Mutanatsirah minal-Hadiits Al-Mutawatirah, karya Muhammad bin Ja’far Al-Kittani.

Nudhatun-Nadhar Syarh Nukhbatul-Fikr, Ibnu Hajar Al-‘Atsqalani halaman 24; Taisir Mustahalah Hadits, Dr. Mahmud Ath-Thahhan halaman 19, Tadribur-Rawi halaman 533

Tuesday, October 27, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR IPTA, IPTS, KOLEJ-KOLEJ, DAN SEMUA INSTITUSI-INSTITUSI DI SELURUH MALAYSIA. SEMOGA KITA DIBERKATI DAN DI RAHMATI OLEH ALLAH SWT.AMIN...^_^

Saturday, October 24, 2009

Hukum Saktah Dalam Al-Quran




Salah satu bab yang kita pelajari didalam Ilmu Tajwid adalah mengenai hukum saktah. Saktah menurut bahasa membawa erti berdiam.
Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.
Sebahagian Ulama’ Qurra’ menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu.
Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( س ) terletak diatas huruf akhir pada beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu.
Bacaan saktah bagi riwayat Hafs dari Qiraat Imam ‘Asim menurut Toriq al-Syatibi terdapat pada empat tempat tanpa khilaf:
1) Saktah di atas Alif pada kalimah عوجا (Surah al-Kahfi: 1)
2) Saktah di atas Alif pada kalimah من مرقد نا (Surah Yasin: 52)
3) Saktah di atas Nun pada kalimah وقيل من راق ( Surah al-Qiyamah: 27)
4) Saktah di atas Lam pada kalimah بل ران ( Surah al-Mutaffifin: 14)
Dan harus bagi bacaan riwayat Hafs di atas ha’ pada kalimah ما ليه هلك (Surah al-Haqqah:28) dua wajah bacaan:
1) Mengizharkannya serta saktah.
2) Mengidghamkannya.
Maka ini semua adalah contoh serta hukum bacaan saktah bagi riwayat Hafs dari Qiraat Imam ‘Asim menurut apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Syatibi didalam kitabnya yang masyhur dan amat banyak keberkatan dan faedah yang berjudul Hirzul Amani wa Wajhut Tahani.
Bacaan saktah berlaku apabila kita membaca satu ayat secara sambung tanpa waqaf, jika bacaan saktah itu berlaku pada ayat yang mempunyai tanda Waqaf Tam seperti من مرقد نا didalam surah Yasin ataupun hukum saktah itu berlaku pada Ra’su Ayat (Kepala Ayat) seperti عوجا didalam surah al-Kahfi dan juga ما ليه هلك didalam surah al-Haqqah, maka harus bagi kita berhenti dan menukar nafas pada tempat-tempat tersebut dan tidak berlaku hukum saktah pada tempat-tempat tersebut. Dan adalah menjadi satu kesalahan jika kita meninggalkan bacaan saktah tanpa alasan yang munasabah pada surah al-Qiyamah: 27 dan pada surah al-Mutaffifin: 14, kerana perbuatan tersebut menyalahi kaedah bacaan yang Mutawatir.

Rujukan:
1) Hidayah al-Qori ila Tajwid Kalam al-Bari- Syeikh Abdul Fattah al-Mursifi Rahimahullah.
2) Nihayah al-Qaul al-Mufid fi Ilmi al-Tajwid- Syeikh Muhammad Makki Nasr al-Juraisi Rahimahullah.
3) Tajwid al-Quran (Qiraat 'Asim Riwayat Hafs Toriq Syatibi )- Abu Mardhiyah Hafizahullah.
4) Tajwid al-Quran Rasm Uthmani- Haji Abdul Qadir Leong al-Azhari Hafizahullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails