Sepatutnya kembalinya jemaah haji merupakan aset yang berharga
Aset agama, bangsa dan negara
Membawa pengalaman, membawa hikmah, membawa akhlak yang mulia
Dengan aset itu akan dibangunkan agama, bangsa dan negara
Aset yang dimaksudkan pulangnya tenaga manusia yang berjiwa pengorbanan
Yang bersemangat juang, sabar dan tabah dibawa dari sana
Hikmah seluruh rukun Islam yang dimilikinya
Hidup matinya, seluruh tenaganya untuk membina segala yang diredhai Tuhannya
Begitulah sepatutnya bertambah tenaga di dalam negara
Setiap kembalinya jemaah membawa apa yang telah dikata
Dari tahun ke tahun tenaga yang berguna bertambah banyaknya
Kesan dari praktis haji yang besar hikmahnya
Tapi malang sekali apa ang sepatutnya berlaku sebaliknya
Tenaga manusia yang diharapkan pulang biasa sahaja
Tenaga lahir batin yang diharapkan dari hikmah haji tidak dimilikinya
Ramai yang naik haji tidak ada apa-apa ertinya
Di sinilah membuktikan kebanyakan mereka membawa haji mardud
Tidak ada apa-apa hasil kecuali menghabiskan duit membuang masa
Kesan dari haji yang membawa manfaat tiada
Sulit sekali mendapat keampunan Allah seperti baru lahir dari ibunya
No comments:
Post a Comment
Comment here...