Friday, May 14, 2010

Tribute untuk Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi




Aku ucapkan selamat tinggal kepada kalian
Dahulu kita bersama menuju satu tujuan
Bila ujian datang kalian lari bertempiaran
Kalian bertukar haluan
Bahkan tidak menentu haluan
Begitulah hikmah ujian dari Pencipta alam

Dengan ujian, pura-pura dan kepuraan tidak boleh lagi berlaku di dalam perjuangan
Kini segala-galanya terserlah, tersingkap dan terdedah isi hati yang mazmumah
Indahnya ujian tapi jangan dipinta
Ia memisahkan yang soleh dengan yang toleh
Ia membezakan yang berjuang dan yang mengambil peluang
Dengan ujian kita telah kenal diri masing-masing siapa kita

Aku tetap aku yang dahulu hinggalah sekarang
Kebenaran yang aku pegang moga-moga sampai ke hujung jalan
Aku tetap aku yang dahulu hinggalah sekarang
Kebenaran yang aku pegang moga-moga sampai ke hujung jalan
Kalian carilah jalan, buatlah pilihan
Perjuangkanlah keyakinanmu katanya engkau telah dipulihkan
Insya-Allah aku akan terus berjuang
Bersama kawan-kawan selama ada nyawa di badan
Selamat tinggal kalian semua, selamat jalan

Aku tetap sebagai aku dahulu dan sekarang
Aku tetap akan meneruskan perjuangan hingga ke hujung jalan

Nukilan: Abuya Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

Universiti-univeristi Utama Malaysia Terus Merudum

Kita menyaksikan beberapa buah universiti utama di negara kita terus jatuh dalam senarai  Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.


Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Bagaimanapun Universiti Putera Malaysia, berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.

Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology. 

National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.

Sebab kepada isu ini hanya boleh dijawab oleh pentadbir univeristi itu sendiri. Pentadbir universiti hendaklah berusaha untuk mencari jalan dan cara untuk menjadikan universiti tempatan setanding dengan universiti-universiti yang ada di Asia dan seterusnya di arena antarabangsa.

Yang kita bimbangkan ialah pentadbir universiti hanya sibuk berpolitik dengan students mereka. Erti kata lain, hanya memberi fokus bagaimana mengatasi isu-isu mahasiswa sehingga akademik terus jatuh.

Tuesday, May 11, 2010

Kerajaan Lulus Lesen Judi Bola Sepak, mana para Mufti?


Pemberitahuan tentang ingin memberi lesen judi yang mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, akhirnya diluluskan sendiri oleh menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.


Ini membuktikan bahawa kerajaan telah menghalalkan perjudian baru di negara ini dalam bentuk perlawanan bola sepak. Tidakkah pihak-pihak ini sedar bahawa mereka telah menggalakkan aktiviti judi yang jelas telah diharamkan oleh Allah SWT.


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini. Adakah dengan memberi lesen, aktiviti haram ini tidak akan berleluasa? adakah aktiviti ini akan dapat dibendung? 

Katanya lagi, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Tugas sebagai pemimpin adalah untuk mengingatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Pemberian lesen ini umpama menuang minyak di api kecil yang akan menyebabkan api besar. kegitan judi harus disekat,tetapi kerajaan sebaliknya memberi lesen seolah-olah judi itu tidak haram.



Akibatnya, setiap kali orang berjudi dan bertaruh sempena Piala Dunia ini maka penyokong dan pengundi Umno akan turut mendapat saham dan 'pahalanya'nya.

Yang menyedihkan adalah mufti-mufti di negara ini tidak memberi sebarang fatwa atau pandangan. 

Dalil haramnyha judi dalam Al-quran ialah:


Allah berfirman, "Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syetan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." (Al-Maidah : 90)


Saya sertakan sekali judi yang beraneka ragam bentuknya. Antaranya:


• a. Apa yang dikenal dengan yanasib (undian) dalam berbagai bentuk. Yang paling sederhana di antaranya adalah dengan membeli nombor-nombor yang telah disediakan, kemudian nombor-nombor itu diundi. Pemenang pertama mendapat hadiah yang amat lumayan. Pemenang kedua, ketiga dan demikian seterusnya dengan jumlah hadiah yang berbeza-beza. Ini semua adalah haram, meskipun mereka berdalih untuk kepentingan sosial.

• b. Membeli suatu barang yang di dalamnya terdapat sesuatu yang dirahsiakan atau memberinya kupon ketika membeli barang, lalu kupon-kupon itu diundi untuk menentukan pemenangnya.

• c. Termasuk bentuk perjudian di zaman kita saat ini adalah insurans jiwa, kenderaan, barang-barang, kebakaran atau insurans secara umum, insurans kerusakan, dan bentuk-bentuk insuransi lainnya. 


Demikianlah, dan semua bentuk taruhan masuk ke dalam kategori judi. Pada saat ini bahkan telah ada kelab khusus judi (kasino) yang di dalamnya ada alat judi khusus yang disebut rolet khusus untuk permainan dosa besar tersebut.

Juga termasuk judi, taruhan yang diadakan saat berlangsung pertandingan sepak bola, tinju atau semacamnya. Demikian pula dengan bentuk-bentuk permainan yang ada di beberapa toko mainan dan pusat hiburan, sebagian besar mengandung unsur judi, seperti apa yang mereka namakan lippers.

Adapun berbagai pertandingan yang kita kenal sekarang, maka ada tiga macam:

• Pertama, untuk maksud syiar Islam, maka hal ini di bolehkan, baik dengan menggunakan hadiah atau tidak. Seperti pertandingan pacuan kuda dan memanah. Termasuk dalam kategori ini -menurut pendapat yang kuat– berbagai macam perlombaan dalam ilmu agama, seperti menghafal Al-Qur’an.

• Kedua, perlombaan dalam sesuatu yang hukumnya mubah, seperti pertandingan sepak bola dan lomba lari, dengan cacatan, tidak melanggar hal-hal yang diharamkan seperti meninggalkan shalat, membuka aurat dan sebagainya. Semua hal ini hukumnya ja’iz (boleh) dengan syarat tanpa menggunakan hadiah.

• Ketiga, perlombaan dalam sesuatu yang diharamkan atau sarana kepada perbuatan yang diharamkan, seperti lomba ratu kecantikan atau tinju. Juga masuk ke dalam kategori ini menyelenggarakan sabung ayam, adu kambing atau yang semacamnya (Ini merupakan ringkasan diskusi bersama Syaikh Abdul Muhsin Az-Zamil semoga Allah menjaganya, kalau tidak salah beliau telah menulis makalah khusus tentang masalah ini.)

(Dari kitab "Muharramat Istahana Bihan Naas" karya Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-Munajjid / alsofwah)

http://www.kajianislam.net/modules/smartsection/item.php?itemid=401




Sunday, May 9, 2010

Politeknik Dinaik taraf Universiti

sekadar hiasan 

Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan semua politeknik di negara ini dinaik taraf menjadi universiti politeknik pada tahun 2015 bagi meneruskan kecemerlangan institusi kemahiran itu.

Menteri Pengajina Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, buat masa ini pihaknya dalam perancangan untuk memastikan institusi kemahiran itu mampu menawarkan diploma, diploma lanjutan, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana sehinggalah kepada Doktor Falsafah (Ph.D).

''Sekarang ini politeknik hanya menawarkan diploma sahaja. Apabila mereka sudah tamat pengajian, mereka terpaksa melanjutkan pengajian ke universiti.
''Perancangan kita ialah kita mahu mereka ini meneruskan pengajian dari diploma sehingga ke doktor falsafah. Negara memerlukan siswazah yang mempunyai kemahiran yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew.

Pada majlis itu, Mohamed Khaled menyerahkan surat tawaran kepada 211 orang lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dari Sibu yang mendapat tawaran ke politeknik dan 190 orang yang mendapat tempat ke IPTA.

Selain itu, beliau menyerahkan pendahuluan pinjaman PTPTN sebanyak RM1,500 untuk persediaan ke IPTA dan politeknik kepada anak-anak yang pendapatan keluarganya kurang daripada RM3,000 sebulan.

Mohamed Khaled berkata, selain menaik taraf politeknik, turut mendapat perhatian ialah cadangan menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa untuk mereka yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama di IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

''Cadangan ini akan dilakukan pada tahun ini dan kita menjangkakan tiga peratus mahasiswa IPTA dan IPTS akan mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama yang membabitkan pinjaman bernilai RM70 juta setahun," katanya.
Sementara itu, pada majlis berasingan, beliau berkata, pengumuman kerajaan untuk menaik taraf Kolej Laila Taib (KLT) sebagai universiti kolej menjelang tahun 2012 tidak seharusnya dijadikan isu pada kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu tidak lama lagi.

''Adalah bernasib malang jika ada pihak cuba menggunakan isu menaik taraf KLT menjadi universiti kolej sebagai isu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu,'' ujar beliau.
Katanya lagi, sekiranya perkara itu turut dijadikan isu dan pertikaian, maka tiada lagi sebarang perkara yang boleh dikongsikan bersama untuk memajukan Sibu.
Mengenai dengan KLT itu pula, Mohamed Khaled berkata, kementerian tidak mempunyai sebarang masalah untuk menaiktarafkan KLT sebagai universiti, malah menjangkakan ia mungkin boleh dilakukan lebih awal daripada sasaran tahun 2012.

Mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara KLT dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di kolej tersebut hari ini, beliau memberitahu, MoU berkenaan bagi membolehkan lulusan KLT menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Unimas.
KLT diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Kee Yew, manakala Unimas pula oleh Naib Canselornya, Prof Dr. Khairuddin Ab.Hamid.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails