Sunday, October 11, 2009

UMNO Tidak Perlu Perangi Rasuah Lagi


Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.Di pihak Pembangkang pula,PAS,perlu menganalisis tentang kekalahan di Bagan Pinang.Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Kemenangan UMNO di Bagan Pinang ini sudah tentu mengekalkan apa yang ada pada parti ini dan rasanya UMNO tak perlu berubah. Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Seolah-olah pengundi di Bagan Pinang memberi mesej melalui unidi mereka bahawa pemimpin yang mengamalkan rasuah tidak mengapa, asalkan mereka berkhidmat. Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

Kemenangan ini sudah tentu akan menjadi isu utama di media-media BN untuk di hangatkan:"PAS kalah teruk", dan membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak diterima oleh rakyat. Sekaligus menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

Jadi UMNO tak perlulah sibuk sibuk nak memerangi rasuah sebab di Bagan Pinang tidak kisah pemimpin rasuah.Tambahan undi pos yang sememangnya diragui menjadi penyumbang kepada kemenangan UMNO.
Kalaulah sikap rakyat di Bagan Pinang ini ada pada rakyat di negeri lain,tak tahu la apa akan terjadi.

Apapun PAS perlu membuat bulatan di meja mesyuarat untuk membincangkan kekalahan ini untuk menghadapi Pilihan Raya ke 13 nanti.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails