Friday, September 11, 2009
UMNO Parti Islam?
Pada 10 September, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini. Perdana Menteri berkata, ini kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela dan menaik taraf hidup umat Islam termasuk membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutama di rancangan-rancangan Felda.
Adakah dengan hanya membela dan menaik taraf hidup umat islam dengan membasmi kemiskinan boleh di katakan sebagai parti Islam? Kemiskinan memang menghampiri kekufuran, tetapi ajaran Islam tidak hanya meliputi satu atau sebahagian aspek sahaja, tetapi Islam itu syumul yang merangkumi semua aspek dalam kehidupan manusia.
Dalam ucapannya di Program Rahmat Ramadan Warga Felda (PRRWF) 2009 di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur, Najib menekankan bahawa usaha UMNO dalam menangani kemiskinan di Malaysia ini boleh di katakan parti pimpinannya itu berlandaskan Islam. Beliau berkata lagi yang mereka tidak payah untuk menggunakan slogan "membangun bersama Islam" kerana UMNO telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana mereka tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan.
Sekali lagi saya tekankan,Islam bukan hanya mementingkan ekonomi sahaja, tetapi semua aspek seperti undang undang, akidah, hiburan dan macam macam lagi. Kalau UMNO betul betul memperjuangkan Islam, kenapa kita masih menggunakan sistem sekular? dan macam2 lagi aspek yang masih tidak relevan untuk kita menganggap UMNO itu parti Islam walaupun majoriti ahlinya adalah Islam.
Walaupun UMNO memperjuangkan ekonomi,tetapi matlamatnya tidak terletak 100% untuk rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan UMNO, BN dan kroni2nya sahaja. Adakah dalam UMNO,ahli2nya menjadikan islam sebagai cara hidup yang hakiki? saya rasa tidak.kalau adapun hanya jumlah yang tersangat kecil. Untuk menjadikan organisasi kita sebagai organisasi yang di katakan Islam, ahli2nya mestilah terlebih dahulu di rekrut untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Makna kata, Islam itu bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat, organisasi besar, negeri dan seterusnya negara. Bukan hanya terus menerus mengelarkan UMNO parti Islam dengan hanya bermodalkan satu aspek yang dilaksanakan sudah cukup untuk digelar sebagai parti islam.Ini tidak relevan langsung.
Hakikatnya, UMNO hanya mengambil Islam yang sesuai dan untuk kepentingan mereka sahaja tetapi meninggalkan ajaran dan akhlak yang dibawa oleh Islam.
Labels:
Isu semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comment here...