Wednesday, September 30, 2009

Gempa bumi: Amaran tsunami dikeluarkan




Hari Ini, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kepada Indonesia, Malaysia, India dan Thailand ekoran gempa bumi kuat 7.6 pada skala Richter menggegar pulau Sumatera hari ini.

Agensi Meteorologi Indonesia memaklumkan, gegaran itu berpusat di dasar laut Sumatera.

Badan Peninjau Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan magnitud gempa itu sekuat 7.9 pada skala Richter.

Gegaran akibat gempa itu dirasai di bangunan-bangunan tinggi di Jakarta, begitu juga Singapura dan Malaysia.
Setakat ini, laporan ombak besar dan kecederaan belum ada lagi.

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails