Setiap anggota masyarakat perlu mengambi berat dan menganggap diri mereka sebagai ibu serta bapa kepada anak-anak yatim sebagai usaha mengurangkan bebanan hidup yang dihadapi mereka.
Melalui cara itu anak-anak yatim merasakan mereka sebenarnya tidak keseorangan dalam mengharungi gelombang hidup.
“Ia juga dapat merelaikan kesunyian ketika saat-saat menjelang sambutan hari lebaran.
Anak anak yatim juga ingin mendambakan belaian seorang ibu dan kasih sayang dari ayah. Mereka ini patut di raikan supaya mereka juga merasakan apa yang dirasa oleh anak anak lain.
Itu yatim piatu mengikut makna asal kata, tetapi yatim piatu yang tiada beradab dan ilmu lebih teruk dan bahaya. Tidak ada ilmu dan adab, manusia terhina.Tiada ibu dan bapa bukanlah aib Nilai manusia bukan di situ.Bila tiada ilmu dan akhlak tidak ada nilai dirinya. Ilmu dan akhlak nilai diri manusia.
Berapa banyak manusia yang masih ada ibu bapa, tapi derhaka kepada kedua-duanya. Ini kerana iman dan ilmu tiada di dada. Akhlak yang mulia tidak lahir dari mereka. Janganlah sedih ketiadaan ibu dan bapa. Nasib kita bukan ditentukan oleh keduanya. Carilah iman pentingkan ilmu..
Hiasilah diri dengan akhlak, Tuhan cintakan kita
Bersedihlah kalau kita tidak ada itu semua..
Lagu Untuk Anak Yatim
Yatim piatu, malang nasibmu
Semoga Tuhan selalu
Melimpahkan rahmat-Nya padamu
(Amin, Allahumma Amin)
Yatim piatu, besarkan hatimu
Di dalam mengarungi
Hidup yang penuh tantangan ini
(Amin, Allahumma Amin)
Wahai semua kawan
Atasmu kewajiban
Menyantuni mereka dan mengasihinya
Sungguh engkau manusia
Yang tiada beriman
Bila pada mereka tak belas kasihan
Wahai para hartawan
Coba ulurkan tangan
‘Tuk membantu mereka dalam kehidupan
Sungguh engkau manusia
Pendustakan agama
Apabila mereka engkau sia-sia
Oleh: Rhoma Irama
No comments:
Post a Comment
Comment here...