Wednesday, July 15, 2009

Sembahyang Titik Tolak Segalanya


Kebaikan seseorang hamba itu

Bermula daripada membaikkan sembahyangnya

Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya

Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya

Khusyuk, khuduk, tadharuk dan faham apa yang dibaca

Selepas itu rahmat dan berkat daripada Tuhan pun mencurah-curah

Dianugerahkan kepadanya

Allah Taala akan bersihkan jiwanya

Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya

Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa,

Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga

Kelihatan pula kepada peribadinya syariatnya sangat dijaga

Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara

Kerana itu betulkan sembahyang kita

Hayati sembahyang hingga kita terasa bahawa kita menyembah-Nya

Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan tanpa sembahyang

Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang yang lebih kurang

Sembahyang adalah ibu ibadah

Sembahyang adalah sumber segala kebaikan

Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian

Apabila baik sembahyang segala-galanya akan menjadi baik

Jika sembahyang sudah dicuaikan

Atau bersembahyang tidak ada penghayatan

Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup

Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan tanpa sembahyang

Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman

Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan atau ikut-ikutan

Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails