Saturday, May 9, 2009
Hiburan: Maksiat yang makan dalam...
Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang bahaya dan yang mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya
jelas diketahui.
Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya.Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tidak ada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan. Namun begitu, mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa.
Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh,berzina, merogol, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khayalak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya.
Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili. Sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat. Malahan ia tidak pun dianggap sebagai suatu maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya. Daripada pihak atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata. Dari guru hinggalah kepada anak murid. Orang bandar hinggalah kepada orang kampung. Namun mudharatnya makan dalam. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang.
Maksiat yang tidak dianggap maksiat ini ialah maksiat yang ada hubungkait dengan hiburan. Ini termasuklah joget, tarimenari, nyanyian, muzik, olahraga dan sukan. Ramai orang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak dapat menerima bahawa lemak, gula atau cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau tak ada, makan tak sedap.
Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam jangka masa panjang. Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa mudharatnya halus tetapi makan dalam. Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan. Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan
darah tinggi dan lemah jantung akibat dari terlalu banyak makan lemak, gula dan cili.
Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari,nyanyian, muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas,di auditorium, di kaca TV, di stadium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio tidaklah ramai.Mereka itu pula tertakluk kepada syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka.Tapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri dari berbagai-bagai peringkat umur,berbagai tahap pendidikan dan berbagai tahap akhlak dan moral. Mereka tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka bebas berbuat apa sahaja sesuka hati mereka.Mereka asyik dengan muzik dan nyanyian-nyanyian yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hiburan-hiburan seperti ini.
Lama kelamaan, watak, saikologi dan minat mereka ini akan cenderung semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur.Sudah tidak ada perkara yang serius dalam hidup mereka lagi.
Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur.
Masyarakat atau bangsa yang mempunyai saikologi seperti ini susah untuk dididik supaya menjadi satu bangsa yang kuat,berwibawa dan yang membangun dan berkemajuan. Jauh sekalilah untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.
Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.
Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat.Mereka jinak dengan maksiat. Mereka terlibat dengan rokok,dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia,bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruhpengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri
mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur. Mereka sangka dunia bertanggungjawab untuk menyara hidup mereka. “They think the world owes them a living.”
Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat dijadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya? Apakah yang akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan? Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan
dan terus menjadi artis dan olahragawan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana.
Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu,muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan.
Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak,memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa itu hablumminallah dan hablumminannas.Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran.
Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana. Masyarakat hendak jahanam ke, negara hendak kena gadai ke,mereka tidak ambil tahu dan tidak peduli.
Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisiplin, tidak ada tujuan hidup, pemalas, tidak ada citacita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan iaitu maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai maksiat. Kita tidak ambil berat tentang pendidikan agama dan akhlak, tentang budi pekerti dan tatasusila, tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pewaris bangsa dan
pendukung agama.
Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anakanak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan sama ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak- katikkan masyarakat dan bangsa kita, merosakkan akhlak, menjauhkan kita dari agama Islam dan melemahkan iman kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.Nasrani dan Yahudilah penganjur terbesar bagi program-program hiburan, pementasan “rock” dan muzik oleh artisartis tempatan dan luar negara dan bagi temasya-temasya sukan.Segelintir orang-orang kita pula sanggup menjadi dalang dan ramai yang memberi galakan dan sokongan. Tidak kurang yang membantu dan yang memberi berbagai kemudahan.
Sumber: www.ihkwantoday.com
Sunday, May 3, 2009
Kekasih VS IBU
Assalamualaikum..
Orang kata kita lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan kita.. ibu
Bila lapar, yang suapkan kita..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang kita sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, kita cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... kita dekati ibu
Bila nak bergesel... kita duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi kita... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan kita.. ibu
Bila nak peluk... yang kita suka peluk..ibu
Kita selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, kita mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama kita nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. kita suka luah pada ..Ibu
Bila takut, kita selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah kita dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran kita. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita, Ibu
Yang selalu berleter kat kita.. Ibu
Yang selalu puji kita.. Ibu
Yang selalu nasihat kita.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama kita tunjuk dan rujuk... Ibu
Kita ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... Kita cari pasangan kita
Bila sedih... Kita cari Ibu
Bila berjaya... Kita ceritakan pada pasangan kita
Bila gagal... kita ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, kita peluk erat pasangan kita
Bila berduka, kita peluk erat Ibu
Bila nak bercuti... kita bawa pasangan
Bila sibuk... kita hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut kekasih... kita hadiahi bunga padanya
Bila sambut hari ibu... kita cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... kita ingat kekasih
Selalu... Ibu ingat kat kita
Bila..bila... kita akan talipon kekasih
Entah bila.. kita nak talipon Ibu
Selalu... kita belikan hadiah untuk kekasih
Entah bila.... kita nak belikan hadiah untuk Ibu
Renungkan:
Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun kita mampu. Kita boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu...
Sayangi dan hormatilah Ibu anda selagi nyawa dikandung badan..
Ibu adalah segalanya buat kita Selepas Allah dan Rasul..
Dialah Pemilik Cinta kita selepas Allah dan Rasul..
Orang kata kita lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan kita.. ibu
Bila lapar, yang suapkan kita..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang kita sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, kita cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... kita dekati ibu
Bila nak bergesel... kita duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi kita... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan kita.. ibu
Bila nak peluk... yang kita suka peluk..ibu
Kita selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, kita mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama kita nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. kita suka luah pada ..Ibu
Bila takut, kita selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah kita dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium kita sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran kita. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang kita, Ibu
Yang selalu berleter kat kita.. Ibu
Yang selalu puji kita.. Ibu
Yang selalu nasihat kita.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama kita tunjuk dan rujuk... Ibu
Kita ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... Kita cari pasangan kita
Bila sedih... Kita cari Ibu
Bila berjaya... Kita ceritakan pada pasangan kita
Bila gagal... kita ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, kita peluk erat pasangan kita
Bila berduka, kita peluk erat Ibu
Bila nak bercuti... kita bawa pasangan
Bila sibuk... kita hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut kekasih... kita hadiahi bunga padanya
Bila sambut hari ibu... kita cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... kita ingat kekasih
Selalu... Ibu ingat kat kita
Bila..bila... kita akan talipon kekasih
Entah bila.. kita nak talipon Ibu
Selalu... kita belikan hadiah untuk kekasih
Entah bila.... kita nak belikan hadiah untuk Ibu
Renungkan:
Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun kita mampu. Kita boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.
ingatlah pengorbanan ibuuuuu...
Sayangi dan hormatilah Ibu anda selagi nyawa dikandung badan..
Ibu adalah segalanya buat kita Selepas Allah dan Rasul..
Dialah Pemilik Cinta kita selepas Allah dan Rasul..
Subscribe to:
Posts (Atom)