Tuesday, March 22, 2011

Tersirat disebalik lagu CINTA YANG SEMPURNA oleh Sixth Sense



Cinta Yang Sempurna – 6ixth Sense feat. Noe (Letto)



Terbawa aku dalam rasa
Yang selama ini terlupa
Ooohhh Ooooh
Mungkinkah ini cinta…


Hatiku cuba
Tuk mencari
Kemana aku telah pergi
Ooohh  Oooh
Mungkin ini semua mimpi


Hanya ilusi
Cinta yang menipu
Keindahan yang semu
Semua hanya palsu
Keindahan semu
Semua hanya palsu


Bawa aku….
Kepada MU
Keindahan yang tak semu
Peluk aku
Jangan pernah
Kau biarkan
Ku terlupa pada Mu


Kasih tempat mengadu
Takkan ada cinta yang bisa sempurna
Selain kepadaMu
Kepada MU




Lagu Cinta Yang Sempurna adalah kolaborasi suara antara dua vokalis dari band popular dua buah negara, Adi (6ixth Sense) dari Malaysia dengan menampilkan vokalis Noe (Letto). Khabarnya, lagu ini khas untuk menyambut bulan Ramadan di mana kalau kita perhatikan lirik ini adalah melahirkan rasa kecintaan pada Tuhan.

Sebelum itu, kepada korang tak faham maksud perkataan SEMU dalam lirik ini ianya membawa maksud samar-samar (orang putih kata, blur). Bait intro lagu ini mengisahkan tentang sikap manusia yang sentiasa leka dan tenggelam lupa dalam arus duniawi sehingga mereka lupa untuk merasakan kecintaan mereka kepada Tuhan.

Cinta pada duniawi, cinta pada manusia dan cinta pada kebendaan biasanya membawa kepada satu ilusi yang memerangkap jiwa manusia itu sendiri. Cinta yang berlebihan pada objek yang tidak kekal dalam dunia ini sebenarnya banyak menipu dan memesongkan manusia ke jalan yang tidak betul.

Lagu ini menggambarkan satu pengharapan untuk bertemu dengan satu rasa cinta yang abadi yang sempurna. Hanya Tuhan yang menjadi tempat mengadu, tempat menyandarkan satu pengharapan… tiada yang lain yang akan memberi ketenangan yang sejati.

Saya tertarik dengan intro lagu ini yang menyerlahkan rasa dramatik dengan bunyian dari petikan gitar. Rentak lagu ini tidak menggambarkan bahawa lagu ini sebenarnya adalah lagu ketuhanan. Mungkin lagu ini sebenarnya tidak sesuai untuk dilagukan oleh grup nasyid dan memang dicipta khusus untuk Adi Sixth Sense.

Mesej yang baik untuk para pendengar!!

No comments:

Post a Comment

Comment here...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails