Thursday, June 25, 2009
Engkau Ingin Bejuang
Engkau ingin berjuang, tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang, tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia dengan kawan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan
Engkau ingin berjuang, tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang, kerenah isteri engkau tidak tahan
Engkau ingin berjuang, rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan
Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang, ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan
Engkau ingin berjuang, pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan
Yang sebenarnya apa yang engkau hendak perjuangkan?
Warkah Buat Kaum Hawa
HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...
HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...
HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…
Monday, June 15, 2009
Karya Habiburrahman El Shirazy
Buku ini menceritakan perjalanan hidup dan cinta Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut ilmu di Universitas Al Azhar, Mesir.
Khairul Azzam sebenarnya adalah seorang mahasiswa yang pandai, namun kuliahnya agak terlantar semenjak ayahnya meninggal.
Demi membiayai kuliah serta menghidupi ibu dan adik-adiknya yang tinggal di Solo, Khairul Azzam rela bekerja sebagai penjual bakso dan tempe di kota Kairo.
Sebagai penjual bakso dan tempe, dirinya sering menerima pesanan dari ibu-ibu Indonesia di lingkungan KBRI. Hal inilah yang akhirnya mempertemukan Khairul Azzam dengan Eliana, gadis modern putri Duta Besar RI di Mesir.
Hubungan cinta Khairul Azzam dengan Eliana ternyata penuh dengan liku-liku, hal ini diperumit dengan kehadiran Anna, seorang wanita Islami yang menggoda hati Khairul Azzam.
Sebuah novel yang harus di baca untuk memahami erti cinta menurat syariat Islam..
Semoga anda lebih memahami aoa erti cinta menurut islam..
Carilah Kehidupan Sertakan Tuhan
Buatlah apa saja
biarlah bersama Tuhan
Berniaga dan carilah
Kehidupan sertakan Tuhan
Laksanakanlah apa saja
Janganlah tinggalkan Tuhan
Tuhan hendaklah dibawa
Kemana - mana
Tuhan sertakan
di dalam perjuangan
Di dalam menuntut ilmu
Janganlah lupa Tuhan
Tuhan adalah segala - galanya
Ia modal hidup mati kita
Ia aset yang kekal abadi
yang memberikan kebahagiaan
Bila lupa Tuhan kau
kan kecundang
Perjuangkan la apa saja
ingatlah syariat Tuhan
Tuhan janganlah
dilupa setiap masa
Subscribe to:
Posts (Atom)