Thursday, April 29, 2010

Always Be There by Maher zain

Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn

As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us


So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Monday, April 26, 2010

Merajuk Menjadi Budaya



Merajuk telah menjadi budaya manusia
Budaya yang sama-sama manusia tidak mahu
Tapi sama-sama membudayakannya
Budaya merajuk itulah yang menyusahkan manusia
Yang menjadi racun di dalam keluarga
Dan di dalam pergaulan mereka

Banyak kerja terhalang, tidak kurang kerja terbengkalai dibuatnya
Banyak kerja tidak sempurna
Diganggu oleh budaya merajuk
Buat itu tak kena, buat ini tak kena
Serba terganggu
Merajuk menghantui perasaannya
Setengah jiwa yang terlalu lemah, jiwanya merana
Budaya merajuk ini berlaku setiap hari
Di dalam rumahtangga, di tempat kerja, di dalam parti
Di rumah Allah berlaku juga
Tidak ada akta dan peraturan yang boleh membendungnya
Justerulah akta dan undang-undang tidak dilagang

Penyakit merajuk ini dia serang tidak pilih orang
Semua golongan kena serang
Budaya merajuk ini mudah saja terjadi
Suami lambat balik pun isteri masam muka
Hilang manisnya
Layanan kepada suami pun dingin aja
Belum lagi suami kahwin dua
Merasakan diri tidak dihormati, pertengkaran pun terjadi
Adakalanya sampai mati
Suami pula terpelengok
Merajuk sakit hati
Bertindakbalas terhadap isteri

Ibu bapa pun selalu merajuk
Tersinggung oleh anak-anak yang berbagai kerenah
Anak-anak lambat ziarah
Atau lambat menerima suarat atau memberi pendapat
Tidak senang aja
Marah-marah aja
Merungut-rungut dan membebel tidak tentu  hala
Apabila anak-anak balik kerut mukanya
Bila ditanya diam sahaja
Atau menyergah macam singa

Di pejabat-pejabat ada staf-staf merungut tidak habis-habis
Merasakan tertekan oleh majikan, kerana terlalu banyak kerja
Atau gaji tidak seimbang dengan kerja
Majikan tidak dihormati lagi
Di belakang dikata-kata dan dihina
Ada yang terus lari dari kerja
Majikan pula susah hati
Merajuk pula, marah-marah aja kepada staf-stafnya
Adakalanya nafsu tidak boleh kontrol
Maki hamun semahu-mahunya

Merajuk juga berlaku di dalam parti
Setelah jatuh dari jawatan parti oleh undi
Tenaga dan pengorbanan dibekukan
Kalau dulu aktif, sekarang pasif
Dahulu cergas, sekarang culas
Tidak terlantik di dalam pencalonan
Atau digugur di dalam jawatan parti atau pemerintahan
Hati sakit, merajuk pula
Muka pun tidak nampak lagi, membawa diri
Entah mana perginya, kalau mati ada kuburnya
Bila mati barulah media massa membuat berita
Setelah lama hilang dari gelanggang masyarakatnya

Di masjid pun berlaku budaya merajuk
Waktu jadi imam, di masjid setiap waktu
Macam merpati masjid
Tidak lekang-lekang di masjid, macam rumahnya
Bila jawatan diganti orang, masjid tidak nampak lagi
Bahkan waktu sembahyang pun dia tidak muncul-muncul lagi
Hanya kelihatan pada hari Jumaat
Itupun duduk di tepi-tepi
Mukanya masam tidak berseri
Habis sahaja sembahyang tidak sempat sembahyang sunat
Cepat-cepat cabut pergi
Orang ramai hairan semua memerhati
Imam pun boleh berlaku, kata setiap hati

Thursday, April 8, 2010

Cara Untuk Mengqada Solat Yang Tertinggal

Sumber: Baheis.islam.gov.my
.
Bab Qada Solat Fardhu


a) Bagaimanakah caranya hafazan dan lafazan niat qada solat fardhu bagi 5 waktu?

b) Saya mahu dirikan qada solat fardhu 5 waktu dalam 5 pusingan pada satu keadaan. Selepas selesai satu pusingan, saya terus bangun untuk meneruskan lagi empat pusingan tanpa henti. Pada pusingan terakhir (pusingan 5), yakni selepas memberi salam dalam qada solat fardhu asar (solat terakhir bagi selesaikan satu pusingan)..saya membaca doa selepas solat. Bolehkah begitu?? Atau..kena baca doa selepas solat setiap selesai satu pusingan?



Jawapan:


Qada’ Solat Fardhu


a. yang diwajibkan hanyalah niat di dalam hati semasa takbiratul ihram. Niat qada’ solat tersebut adalah seperti berikut:
i. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat qada’ Maghrib tiga rakaat kerana Allah Ta’ala”

ii. Solat Isya’:
“Sahaja aku solat qada’ Isya’ empat rakaat kerana Allah Ta’ala”

iii. Solat Subuh:
“Sahaja aku solat qada’ Subuh dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

iv. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat qada’ Zuhur empat rakaat kerana Allah Ta’ala”

v. Solat Asar:
“Sahaja aku solat qada’ Asar empat rakaat kerana Allah Ta’ala”

b. Berdoa selepas bersolat adalah suatu tuntutan sahaja dan ia bukanlah amalan yang diwajibkan. Terpulang kepada anda hendak melakukannya sebagaimana mengikut keselesaan anda.




Oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor 
Soalan :
Assalammualaikum,
Saya ingin mengqadakan sembahyang fardu yang telah ditinggalkan secara sedar atau tidak dari baligh sehinga kini, bagaimana cara terbaik untuk melakukannya. Dan sila berikan nas atau dalil atau (hadis sahih) untuk perkara diatas (qadakan sembahyang kerana sengaja tinggal) untuk mengelakkan salah faham? 
Jawapan : 
Solat fardhu adalah wajib kepada muslim yang mualaf dalam apa jua keadaan. Solat fardhu adalah ibadat badaniah yang khusus dan tidak boleh dibayar dengan fidyah. Walaubagaimanapun dalam keadaan uzur atau sakit menurut hadith sahih Bukhari dan Muslim menjelaskan Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya;
“Sesiapa yang tertidur atau terlupa hendaklah mengqada’ bila terjaga atau teringat”.  
    
Solat yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan wajib diqada’ dengan segera sebagaimana menjelaskan hutang piutang. Solat qada’ boleh dikerjakan pada bila-bila masa dan sebaik-baiknya disegerakan.

Wednesday, April 7, 2010

Rahsia Solat Di Awal Waktu


Ditulis oleh Ustaz Zahazan

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan... Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.




Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Selamat Dikebumikan.


Al-Fatihah buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang telah meninggal dunia awal pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Saya amat meminati lawak-lawak beliau,walaupun sesetengah pihak mengatakan lawak beliau adalah lawak bodoh.Tetapi bagi saya lawak beliau dapat megubah hati seseorang yang bersedih.Di bawah merupakan artikel berita penuh mengenai pengkebumian allahyarham.


KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat. 

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira jam 12.30 pagi tadi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.


Jenazah yang dibawa ke rumah ibu mertuanya di Taman Ehsan, Kepong di sini diziarahi kira-kira 2,000 orang sebelum dibawa ke Masjid Al-Fa'izin, Taman Desa Jaya, Kepong, kira-kira jam 10 pagi untuk solat jenazah dan dikebumikan sejurus selepas itu.

Turut kelihatan menziarahi jenazah Allahyarham antaranya ialah rakan rapatnya di stesen Radio Era Aznil Nawawi, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, Afdlin Shauki, pelakon Sharifah Shahirah dan suami Zulkifli Azahari atau Ijoi, Fizo Omar, pengarah Aziz M Osman dan Pengarah Eksekutif Astro Zaini Amirullah. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Suhaini Che Mam, 42, dan tiga anak iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Ahmad Shafiq, 16, dan Nirain, enam tahun. 

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada di sisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir. 

"Hampir semua ahli keluarga berada di sampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. 
"Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum," katanya. 

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan juga anak lelaki tunggal. 

"Beliau adalah insan pertama yang 'pergi' dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau. Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya," kata Rozana. 

Zaini menyifatkan kematian Allahyarham kehilangan besar bukan sahaja bagi Astro malah seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang komedi. 

Beliau berkata, satu rancangan khas bagi mengenang jasa Allahyarham akan di siarkan malam ini di saluran Astro. 

"Rancangan berbentuk kapsul itu akan disiarkan malam ini di saluran Astro dan sebagai tanda berkabung, kita akan menghentikan program yang membabitkan beliau selama tiga hari," katanya. 

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era. 

Sambil menyifatkan ia satu kehilangan besar dalam dunia seni tanah air terutamnya dalam bidang komedi, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata Allahyarham mampu menghiburkan hati orang yang dalam kesedihan. 

"Allahyarham ini seorang yang disenangi dan mengambil berat tentang masalah rakan-rakannya dan tidak pernah melupakan jasa teman-temannya," katanya yang mengenali Din Beramboi sejak 1993. - Bernama 

Berita Online.

Sunday, March 28, 2010

Contohi Pelaksanaan Jom Heboh di Kelantan


Baru-baru ini Karnival Jom Heboh telah di laksananakan di Kota Bharu, Kelantan Serambi Mekah. Apabila kita menyebut Jom Heboh, mesti terbayang di benak fikiran kita tentang percampuran lelaki dan perempuan, persembahan artis lelaki dan perempuan, terloncat sana, terloncat sini, dan segala-galanya yang negatif.


Tetapi keadaan berbeza dengan Karnival Jom Heboh yang diadakan di Kelantan, satu-satunya negeri Pimpinan Ulama', Jom Heboh dapat dimurnikan pelaksanaan sesuai dengan syariat yang digariskam dalam Islam.


Kerajaan negeri Kelantan meletakkan beberapa syarat untuk Jom Heboh bertapak di Kelantan buat pertama kalinya kepada pihak penganjur.Antaranya, ialah pengasingan pelawat kepada 3 kumpulan iaitu lelaki, perempuan dan bekeluarga. Ini sangat berbeza dengan Jom Heboh di negeri lain yang jelas memperlihatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang menyebabkan gejala sosial bertambah.


Selain itu, persembahan hanya terdiri daripada kalangan artis lelaki sahaja iaitu Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Kebanyakan artis ini tidaklah sepopular artis yang membuat persembahan di negeri lain.Kenapa?adakah artis-aris lain malu nak buat persembahan di negeri Tuan Guru? Keadaan in menjelaskan bahawa negeri Kelantan mempunyai aura tersendiri yang menyebabkan artis yang tidak "lengkap" segan untuk membuat persembahan terutama artis-artis yang melampaui batas.


Karnival ini juga tdifahamkan tidak mendapat siaran langsung sepertimana yang selalu di buat oleh TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini. Ini juga menjadi persoalan. Kenapa? sepatutnya TV3 menyiarkan Jom Heboh di Kelantan supaya rakyat melihat perbezaan pelaksanaannya berbanding di negeri-negeri lain.Sekaligus dapat memberi pengajaran dan hikmah dalam melaksanakan hiburan menurut Islam. Adakah kerana Kelantan adalah negeri pimpinan PAS? hanya orang yang berfikiran cetek sahaja yang menjadikan alasan ini untuk menafikannya.


Ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin. Walaupun begitu,bukan itu yang kita harapkan. Yang penting untuk kita adalah setiap program yang kita anjurkan mendapat keredhaan Allah SWT dan maghfirahNya. Apalah guna program kita dihiasi dengan artis-artis terkenal, orang-orang yang ramai, tetapi murka Allah yang kita dapat. Cara pelaksanaan yang penting.Adakah menepati syariat atau sebaliknya.


Oleh itu, saya menggesa dan mencabar negeri-negeri lain untuk melaksanakan Jom Heboh sepertimana yang Tuan Guru lakukan di Kelantan.Sudah tentu payah untuk mereka laksanakan..tetapi tidak mustahil.

Saturday, March 27, 2010

Harapan Pada Ayah dan Ibu


Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami
Asuhlah kami
Mengenal Tuhan yang esa
Tuntunlah kami hidup akhirat yang lebih utama
Sedarlahkan kami akan tipu daya dunia

Didiklah kami
Asuhlah kami
Dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami dibetulkan dengan bijaksana
Perkataan maki hamun jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah Rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami menyontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahai ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Didiklah kami mengikut cara sunnah Nabi
Janganlah kami dididik secara Yahudi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

Kenalkanlah kami yang hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cinta ahirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami
Kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf pada mu
Disertakan doa kesejahteraan
Kepada ayah dan ibu. 


Friday, March 19, 2010

Merendah diri itulah ketinggianmu



Sikap merendah atau tawadhu' tanpa menghinakan diri merupakan sifat yang sangat terpuji di hadapan Allah dan seluruh makhluk-Nya. Sudahkah kita memilikinya?

Merendahkan diri (tawadhu’) adalah sifat yang sangat terpuji di hadapan Allah dan juga di hadapan seluruh makhluk-Nya. Setiap orang mencintai sifat ini sebagaimana Allah dan Rasul-Nya mencintainya. Sifat terpuji ini mencakup dan mengandungi banyak sifat terpuji lainnya.

Tawadhu’ adalah ketundukan kepada kebenaran dan menerimanya dari siapapun datangnya baik ketika suka atau dalam keadaan marah. Ertinya, janganlah kamu memandang dirimu berada di atas semua orang. Atau engkau menganggap semua orang memerlukan dirimu.

Antonim dari sifat tawadhu’ adalah takabbur (sombong), sifat yang sangat dibenci Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah mendefinisikan sombong dengan sabdanya:
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan menganggap remeh terhadap orang lain.” (Shahih, HR. Muslim no. 91 dari hadits Abdullah bin Mas’ud z)

Jika anda mengangkat kepala di hadapan kebenaran baik dalam rangka menolaknya, atau mengingkarinya bererti anda belum tawadhu’ dan anda memiliki benih sifat sombong.

Tahukah anda apa yang diperbuat Allah subhanahu wa ta’ala terhadap Iblis yang terkutuk? Dan apa yang diperbuat Allah kepada Fir’aun dan tentara-tentaranya? Kepada Qarun dengan semua anak buah dan hartanya? Dan kepada seluruh penentang para Rasul Allah? Mereka semua dibinasakan Allah subhanahu wa ta’ala kerana tidak memiliki sikap tawadhu’ dan sebaliknya  menyombongkan dirinya.
Tawadhu’ di Hadapan Kebenaran 

Menerima dan tunduk di hadapan kebenaran sebagai perwujudan tawadhu’ adalah sifat terpuji yang akan mengangkat darjat seseorang bahkan mengangkat darjat suatu kaum dan akan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Qashash: 83)

Fudhail bin Iyadht (seorang ulama generasi tabiin) bila ditanya tentang tawadhu’, beliau menjawab: “Ketundukan kepada kebenaran dan memasrahkan diri kepadanya serta menerima dari siapapun yang mengucapkannya.” (Madarijus Salikin, 2/329). Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Tidak akan berkurang harta yang dishadaqahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri karena Allah melainkan akan Allah angkat derajatnya.” (Shahih, HR. Muslim no. 556 dari shahabat Abu Hurairah z)

Ibnul Qayyim t dalam kitab Madarijus Salikin (2/333) berkata: “Barangsiapa yang angkuh untuk tunduk kepada kebenaran walaupun datang dari anak kecil atau orang yang dimarahinya atau yang dimusuhinya maka kesombongan orang tersebut hanyalah kesombongan kepada Allah karena Allah adalah Al-Haq, ucapannya haq, agamanya haq. Al-Haq datangnya dari Allah dan kepada-Nya akan kembali. Barangsiapa menyombongkan diri untuk menerima kebenaran berarti dia menolak segala yang datang dari Allah dan menyombongkan diri di hadapan-Nya.”
Perintah untuk Tawadhu’ 

Dalam pembahasan masalah akhlak, kita selalu terkait dan bersandar kepada firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Sungguh telah ada bagi kalian pada diri Rasul teladan yang baik.” (Al-Ahzab: 21)

Dalam hal ini banyak ayat yang memerintahkan kepada beliau untuk tawadhu’, tentu juga perintah tersebut untuk umatnya dalam rangka meneladani beliau. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu yaitu orang-orang yang beriman.” (Asy-Syu’ara: 215).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombongkan diri atas yang lain dan tidak berbuat zhalim atas yang lain.” (Shahih, HR Muslim no. 2588).

Demikianlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan kepada kita bahwa tawadhu’ itu sebagai sebab tersebarnya persatuan dan persamaan darjat, keadilan dan kebaikan di tengah-tengah manusia sebagaimana sifat sombong akan melahirkan keangkuhan yang mengakibatkan memperlakukan orang lain dengan kesombongan. 



Bagaimana mengubah diri ke arah sifat 'Rendah diri' atau 'tawadhu'?

Pertama, kenali Allah SWT - Dia mengetahui segalanya tentang dirimu wahai manusia yang sombong. Engkau boleh berlakon dan berselindung dengan manusia, tapi dengan Tuhan Pencipta manusia? Engkau boleh tipu seluruh makhluk, tapi bagaimana dengan Pencipta seluruh alam?
Usah berpenat menghias diri di depan manusia, tapi hiaslah hatimu di hadapan Tuhanmu!

Kedua, kenali dirimu - Senaraikan kelemahanmu, jangan engkau tipu diri sendiri sebagaimana engkau menipu orang lain. Jauh di sudut hatimu - engkau penuh dengan kesilapan, kelemahan dan keaiban.
Bersyukurlah ia tidak diketahui manusia!
Bersyukurlah dan buanglah sifat sombong itu.

Ketiga, kenali orang lain - Begitu ramai orang yang lebih hebat darimu - lebih elok rupa parasnya, lebih tinggi pelajarannya, lebih banyak ilmunya, lebih melimpah hartanya, lebih dikenali, lebih mahir, lebih segalanya dari dirimu.
Engkau langsung tidak setanding dengan mereka!

semoga kita bersama membuang sifat buruk meninggi diri dan memandang rendah kemampuan orang lain.

semoga kita bersama membina dan menyemai sifat rendah diri. 

Macam-macam Tawadhu’ 

Telah dibahas oleh para ulama sifat tawadhu’ ini dalam karya-karya mereka, baik dalam bentuk penggabungan dengan pembahasan yang lain atau menyendirikan pembahasannya. Di antara mereka ada yang membagi tawadhu’ menjadi dua:
1. Tawadhu’ yang terpuji yaitu ke-tawadhu’-an seseorang kepada Allah dan tidak mengangkat diri di hadapan hamba-hamba Allah.
2. Tawadhu’ yang dibenci yaitu tawadhu’-nya seseorang kepada pemilik dunia karena menginginkan dunia yang ada di sisinya. (Bahjatun Nazhirin, 1/657). 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails