Showing posts with label Politik Kampus. Show all posts
Showing posts with label Politik Kampus. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

PRK: UPM tarik balik pembatalan kemenangan PRO-M


Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil 
NONEPagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga bantahan yang ditolak berhubung pilihan raya kampus kelmarin.

Menurutnya, dua bantahan tersebut adalah tidak berasas kerana di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011.

Satu lagi bantahan, turut ditolak kerana kesalahan teknikal.

"Justifikasi penolakan berdasarkan skop peraturan-peraturan UPM (pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011). Berikutan itu, keputusan tidak rasmi kemenangan 43 ahli MPP UPM itu kekal," katanya.

Berikutan, katanya, mereka yang masih berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, boleh mengemukakan rayuan sebelum diisytiharkan kemenangan tersebut secara rasmi hari ini.



MalaysiaKini.com

Sunday, February 20, 2011

PRK 2011 Bercelaru, GAMIS desak Khaled undur


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus.

Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Syukri Ab Razab dalam satu kenyataan berkata Khaled juga gagal menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.

“Bagi saya, beliau tidak mengambil pengajaran daripada situasi negara luar yang sedang bergelora dengan revolusi rakyat,” katanya.

Gamis sebaliknya mahu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk SaifuddinAbdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.

“Keprihatinan Timbalan Menteri ini jelas kelihatan apabila beliau sangat rapat dengan mahasiswa bukan sahaja melalui saluran formal bahkan melalui jaringan tidak formal. 

“Ini dapat dilihat apabila beliau sangat sensitif dalam isu kemahasiswaan biarpun respon beliau kadangkala bercanggah dengan pendirian di peringkat kementerian,” katanya.

NONEAhmad Syukri berkata Saifuddin antara individu penting yang memperjuangkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sehingga sudut pidato dirasmikan semula di kampus-kampus.

“Biarpun perlantikan Datuk Saifuddin belum menjanjikan perubahan terhadap suasana demokrasi kampus yang lebih baik, namun sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa beliau akan memberi ruang yang lebih luas untuk mahasiswa bersuara berdasarkan prestasi semasa beliau sebagai timbalan menteri KPT,” katanya.


Tidak dilayan

Menurut Ahmad Syukri, Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.

Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.

“Bukan sekadar tidak memberi respons positif, bahkan menteri tidak langsung memberi respons terhadap semua tuntutan yang dibuat.”

Katanya lagi, pada tahun 2011 keadaan yang sama berulang apabila memorandum yang hampir sama tidak juga dilayan.

Selain itu, Khaled juga tidak menjawab surat jemputan Pro-M untuk berdialog pada 9 Februari lalu.

“Namun malangnya surat tersebut hanya dibalas dengan sms pada keesokan harinya yang menyatakan bahawa menteri KPT tidak mempunyai kelapangan untuk memenuhi undangan tersebut. 

“Kami di pihak mahasiswa boleh menerima alasan yang diberi, namun dengan sekadar alasan seperti itu, kami merasakan sememangnya tidak ada kesungguhan di peringkat Menteri untuk menanggapi tuntutan mahasiswa secara serius,” katanya.


Malasyiakini.com

Thursday, February 17, 2011

Terkini dari Pilihan Raya Kampus 2011


UPM

Pencalonan enam calon kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) ditolak hari ini atas alasan borang pencalonan mereka tidak lengkap. Mereka adalah antara 41 calon pro-M yang mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan.


Sebanyak 43 kerusi dipertanding tahun ini, iaitu tujuh kerusi umum, 32 kerusi fakulti dan empat kerusi siswazah.


Enam pelajar terbabit mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di dua kerusi umum dan empat kerusi fakulti. Sehubungan itu, pengerusi pro-M UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, pihaknya telah mengemukakan bantahan secara lisan kepada ketua jawatankuasa pemilihan, Muhazam Mansor.Sehingga jam 3 petang ini, mereka masih menunggu keputusan bantahan mereka itu.



Menurutnya, pencalonan mereka ditolak kerana didakwa tidak mengisi borang pencalonan dengan lengkap seperti butiran alamat dan juga tidak ada cop pengesahan daripada dekan fakulti.



Keputusan ini dijadual dimaklumkan kepada pihak berkenaan pada jam 10 malam ini melalui panggilan telefon.


UKM

Berbeza dengan tempat lain, kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendahului lawannya apabila menang tanpa bertanding di tiga daripada 37 kerusi dalam pilihan raya kampus.

NONE
Mereka memenangi dua kerusi siswazah dan satu kerusi Fakulti Pengajian Islam selepas proses penamaan calon yang hari ini selepas pasukan lawan Pro-Aspirasi (pro-A) tidak menghantar calon di kerusi berkenaan. Bagaimanapun, pro-A menang satu kerusi tanpa bertanding di fakulti pergigian.


Menurut jurucakap pro-M, Ahmad Firdaus Ahmad Azam keputusan itu diumumkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Ir Othman Karim di pusat kegiatan pelajar Pusaneka kira-kira jam 1 petang tadi.


Kumpulan pro-M meletakkan 36 calon yang merangkumi 12 kerusi umum, 21 fakulti dan tiga kerusi siswazah. Mereka tidak bertanding satu kerusi di Fakulti Pergigian kerana tidak mempunyai calon.


Tahun lalu, kumpulan yang sering dilabel kritikal pada pentadbiran kampus itu mendapat 15 daripada 35 kerusi yang berbanding pro-Aspirasi yang memenangi 19 kerusi. Calon bebas mendapat 1 kerusi. 



Sebelum ini, pro-M dilapor yakin bahawa mereka akan memenangi 21 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 21 Februari ini.



Ahli majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia GMUKM berkata Mohd Hilman Idham berkata, ini kerana kedudukan semasa di kampus berkenaan kini memihak kepada mereka. Selain UKM, empat lagi universiti mengadakan penamaan calon untuk pilihan raya kampus masing-masing. 



Universiti itu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).


USM DAN UPM

Kumpulan Pro-Aspirasi (pro-A) menang 12 kerusi tanpa bertanding selepas tamat proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini.


Daripada jumlah tersebut, pro-A menang lima kerusi fakulti di kampus induk di Pulau Pinang, iaitu masing-masng satu di fakulti seni, bahasa dan terjemahan, komunikasi, farmasi dan sains komputer. Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi pro-A di kampus cawangan Nibong Tebal.


Keputusan tersebut diumumkan oleh timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Omar Osman petang tadi di pusat cahaya, yang menjadi pusat aktiviti mahasiwa di USM.



Sementara itu, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) pula tidak menang sebarang kerusi tanpa bertanding. Pilihan raya kampus USM menawarkan 39 kerusi untuk dipertandingkan di kampus induk (26) dan kampus cawangan di Kubang Kerian (6) dan Nibong Tebal (7).


Jurucakap pro-M, Mohd Hanif Alias, ketika dihubungi, berkata pihaknya tidak meletak calon di 12 kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh pro-A. Katanya, pro-M memperuntukkan lima kerusi di kampus induk untuk calon Cina tetapi pihaknya tidak mempunyai calon untuk bertanding. Mohd Hanif berkata, pihaknya tidak meletakkan calon bagi tujuh kerusi di kampus cawangan Nibong Tebal kerana masalah 'teknikal'.


Beliau bagaimanapun, enggan menyatakan bentuk masalah 'teknikal' yang dihadapi pihaknya. Sementara itu, di Universiti Putra Malaysia (UPM), kumpulan itu turut menang tanpa bertanding di 5 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.


Keputusan itu diperoleh apabila tiada calon daripada pasukan lawan mereka menghantar calon. Lima kerusi itu adalah Fakulti Teknologi Maklumat (2 kerusi), Fakulti Sains Komputer (2) dan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (2 kerusi).


UM

Universiti Malaya (UM) akhirnya membenarkan dua daripada empat mahasiswanya bertanding dalam pilihan raya kampus universiti itu pada 21 Februari ini setelah menimbangkan bantahan mereka sebelum ini.

NONE
Pengerusi Pro-Mahasiswa (pro-M) universiti itu Farid Jalpah berkata, kedua-dua mahasiswa daripada kumpulannya itu dimaklumkan secara lisan oleh Naib Canselor UM Prof Datuk Ghauth Jasmon pada jam 2.35 petang tadi.


"Selepas pertemuan (kedua pihak) lima minit, alasan (bantahan) mereka diterima," kata Farid. Pagi tadi, kira-kira 60 orang berkumpul di perkarangan bangunan pejabat timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar sambil menolak pintu masuk ke tempat itu dan mengusung patung mayat tanda membantah tindakan UM tidak membenarkan enam mahasiswa bertanding dalam pilihan raya kampus.


Mereka dilarang kerana didakwa mengalami masalah kesihatan dan tidak hadir penuh sesi taklimat calon tanpa alasan kukuh. Empat daripadanya calon pro-M dan dua lagi calon bebas yang cenderung kepada kumpulan yang sering dilabel sebagai anti pentadbiran kampus.


Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farid berkata calon yang dibenarkan bertanding itu Tan Tiong Yih (kerusi umum) dan seorang lagi calon fakulti Yeong Lee Kee.


Dalam perkembangan sebentar tadi (8.00 malam), permohonan dua lagi calon pro-M - Muhammad Naufal Md Isa dan Hoo Chyi Huat - ditolak jawatankuasa pemilihan. Dengan keputusan terkini UM itu, pro-M kini bakal bertanding di 27 daripada 43 kerusi. Difahamkan musuh mereka Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali Pro-Aspirasi) bertanding di kesemua kerusi.


Malaysiakini.com

Wednesday, February 16, 2011

PRK 2011


Sekarang ni, semua mahasiswa sibuk dengan suasana PRK di kampus masing-masing terutama di universiti-universiti premier di negara kita termasuklah UM, UKM, UIAM, UTM, UPM, dan lain-lain universiti sekunder sama ada IPTA mahupun IPTS. 

Secara ringkasnya, kita boleh klasifikasikan golongan mahasiswa di universiti seluruh Malayisa ini terbahagi kepada dua secara umunya iaitu PRO-MAHASISWA (PRO-M) dan PRO-ASPIRASI. PRO-M dikatakan lebih cenderung kepada Mahasiswa yang menuntut perubahan berlaku (kata lain: revolusi dll) sesetengah mengatakan cenderung kepada pembangkang. Manakala Aspirasi pula adalah mahasiswa yang cenderung kepada pentadbiran Universiti dan amnya kerajaan.

Persoalannya di sini ialah bila sahaja musim PRK bermula, ada saja kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku yang mencacatkan fenomena PRK itu sendiri. Sebagai contoh yang berlaku pada hari ini, "Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) hari ini membuat dua laporan polis berhubung dua insiden - kejadian kereta disimbah cat dan kain rentang calon kumpulan itu dibakar, menjelang pilihan raya kampus itu 21 Februari ini."(MALAYSIAKINI) Ini adalah keratan daripada malaysia kini yang saya baca...fenomena seperti ini yang kita tidak mahu berlaku. Ia seakan-akan menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswa yang terlibat di dalam PRK tidak menunjukkan ke"mahasiswa'annya itu kepada masyarakat.

Mahasiswa merupakan golongan yang berpelajaran (mestilah, klu x, x msuk U punye) harus menunjukkan akhlak, adab, dan sikap yang sepatutnya sebagai mahasiswa di dalam melakukan sesuatu terutamanaya PRK.
Pada saya perbuatan seperti diatas ini saya katakan sebagai tidak mempunyai watak as a good student apatah lagi nak di jadikan sebagai pemimpin.

Boleh di katakan mereka yang mencetuskan hal itu adalah mereka yang tidak terlibat langsung dalam PRK, dan saja untuk menimbulkan isu untuk melaga-lagakan dua pihak yang bertanding. Sepatutnya, PRK adalah platform bagi mahasiswa untuk menunjukkan bakat kepimpinan dan softskill yang nak  di applykan di luar situasi yang sebenarnya at the future.

Apapun kita sebagai mahasiswa perlu sedar tentang peranan priority kita sebagai student.. iaitu belajar dan pada masa yang sama cuba untuk meningkatkan tahap sahsiah kita serta paling penting akhlak sebagai pelajar yang nak di tunjukkan kepada masyarakat..

Kita sebagai mahasiswa jangan hanya tahu bercakap mengenai perubahan sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya maksud perubahan itu dan perlu kita tahu bahawa setiap apa yang kita cakap, buat, dll akan di persoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

Saya sebagai mahasiswa menuntut pilihan raya kampus 2011 dan seterusnya BERSIH!!.

Wednesday, March 17, 2010

Parlimen Mahasiswa:Platform Idea dan Suara Mahasiswa



Satu pendekatan atau idea yang bernas bagi  mahasiswa apabila Mohammad Syafiq Abdul Aziz, mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) mencadangkan agar ditubuhkan parlimen mahasiswa sebagai salah satu platform untuk mahasiswa menyuarakan idea dan pendapat mengenai pelbagai sudut dan aspek. 

Parlimen merupakan institusi agung bagi meluluskan rang undang-undang di negara yang mengamalkan demokrasi. Ahli parlimen mempunyai tugas penting untuk berdebat bagi menyelesaikan isu semasa demi kesejahteraan rakyat. Apabila kita sebut parlimen mahasiswa, sudah tentu ia akan dianggotai oleh mahasiswa itu sendiri dan sudah tentu segala isu atau perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan dalam dan luar universiti serta keadaan semasa negara jika perlu.

Saya sebagai mahasiswa turut menyokong penubuhan parlimen mahasiswa ini. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga telah bersetuju untuk menjadikan idea mahasiswa ini menjadi nyata. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan yang pertama akan melancarkan Parlimen Mahasiswa pada Februari yang lalu. Sehubungan dengan itu, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) dan MPP mengadakan bengkel penggubalan Parlimen Mahasiswa. Hal ini untuk memastikan kelangsungan kaedah, peraturan dan undang-undang parlimen tersebut. 

Menurut salah seorang peserta bengkel, tidak dapat dinafikan terdapat kekeliruan dan kekaburan dengan pelaksanaan parlimen tersebut. Hal ini sudah terang lagi bersuluh kerana persidangan Parlimen Mahasiswa adalah dibatasi oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan juga bakal terikat dengan sebuah lagi akta yang dalam proses penggubalannya.

Persoalannya disini, mengapa parlimen mahasiswa perlu disekat oleh sesetengah akta(AUKU) yang akan menjadikan sifat parlimen mahasiswa itu lebih sempit dan tidak bebas.Isu AUKU akan mengawal dan menjadi "pengawas" kepada parlimen mahasiswa ini mengundang perselisihan faham kerana melalui takrifan parlimen itu sendiri merujuk kepada sebuah majlis yang mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang. Jadi mengapakah mahasiswa dalam konteks pelaksanaan parlimen perlu dibatasi oleh AUKU?Ini sangat tidak bertepatan dengan erti kata parlimen itu sendiri. Kalau Parlimen mahasiswa perlu di awasi oleh AUKU, tidak ada bezanya jika ia wujud atau tidak.


Parlimen Mahasiswa bakal menjadi platform untuk mahasiswa melontarkan idea dan pandangan tentang masalah yang berlaku di kampus dan dalam Malaysia (kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) .Mahasiswa dibenarkan untuk berbicara mengenai hal politik negara dalam persidangan, namun ia adalah secara akademik.

Satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah parlimen mahasiswa ini perlu bebas dari sebarang anasir politik. Ini amat penting bagi menjadikan parlimen mahasiswa itu lebih telus dan mencapai objektifnya.

Timbalan Menteri Pengajiaan Tinggi memberi reaksi yang positif mengenai parlimen mahasiswa."ini idea dicetus mahasiswa. Sy anggap ia brilliant. Mahasiswa perlu mantapkan idea ini. Ia boleh dlm 2 peringkat, iaitu di IPT & nasional. Ia boleh jadi pelengkap kpd MPP & MPPK. Terserah pd mahasiswa. Apa yg penting ialah meningkatkan "partisipasi penuh & aktif mahasiswa" dlm isu2 kampus, nasional, antarabangsa, dll. -FB Dato Saifuddin. Beliau menambah, sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara, setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri





Pihak Pro Mahasiswa bangkit menyatakan bahawa mereka sangat menyokong dan tidak akan timbul persoalan untuk menhentikannya dengan menuntut dua tuntutan berhubung Parlimen Mahasiswa, iaitu:

1. Undang-undang termasuk tatacara, kaedah dan sebagainya dibentangkan kepada seluruh mahasiswa kampus USM sebagai penjelasan kepada mahasiswa walaupun ia telah ‘diharmonikan’.

2. Sebarang kritikan, penambah baikan, cadangan dan saranan boleh dilakukan terhadap undang-undang ini oleh seluruh mahasiswa kampus USM sebelum perkara ini diwartakan.


Saya sebagai mahasiswa sangat berharap agar idea ini dapat dilaksanakan di seluruh IPTA dan pelaksanaannya lebih telus dan bersih.

Friday, March 12, 2010

Mahasiswa Boleh Kritik Kerajaan:Saifuddin

\

Saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengatakan bahawa mahasiswa boleh melontarkan atau mengajukan kritikan terhadap kerajaan dan mahasiswa tidak boleh di cap atau di labelkan sebagai "pembangkang" kalau mereka mengkritik kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa mahasiswa hendaklah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling bukan sahaja di universiti tetapi juga dalam pentadbiran negara. Beliau menyeru mahasiswa untuk memperbetulkan apa yang dilihat salah dalam pentadbiran negara juga universiti.

Beliau juga menyentuh mengenai sudut pidato yang lama telah di hentikan ekoran daripada penubuhan akta universiti dan kolej universiti. Beliau mengatakan sudut pidato adalah platform yang sesuai untuk mahasiswa melontarkan buah fikiran dan idea-idea bernas.

Beliau meminta pihak universiti tidak mengenakan terlalu banyak peraturan terhadap penuntut yang ingin membuat pengucapan awam di sudut pidato sebaliknya memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk mengendalikannya.

Saya sebagai mahasiswa melihat Datuk Saifuddin adalah seorang yang terbuka dan memahami hati seorang mahasiswa. Beliau juga pernah memeberikan ceramah di UiTM Sabah pada awal tahun 2010 semasa saya masih memegang jawatan MPP. Saya sempat bertanyakan soalan yang agak "panas" berkenaan keterlibatan mahasiswa ke bidang politik.

Beliau mengatakan bahawa mahasiswa boleh mengundang ahli-ahli politik untuk untuk tujuan forum dan lain-lain. Misalnya, ahli-ahli panelnya terdiri daripada PAS, PKR ataupun UMNO sendiri. Tetapi, beliau masih menegaskan bahawa mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan politik secara langsung.

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan penerangan beliau. Apapun, sikap beliau dalam isu yang setiap kali dihadapi mahasiswa sentiasa positif. Saya berharap beliau akan terus memperkasa mahasiswa.

Thursday, January 28, 2010

Universiti Malaya Dikuasai Pro-Aspirasi



Pada PRK kali ini, Pro Aspirasi berjaya menguasai kembali Universiti Malaya.Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi

Mengikut keputusan PRK, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.Keputusan itu sekaligus meranapkan harapan Pro Mahasiswa untuk kembali menguasai Universiti Malaya seperti pilihan raya kampur tahun lalu. 

Pengumuman keputusan PRK ini dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.Walaupun demikian, Pro-M mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.

Bantahan yang di kemukakan adalah seperti gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.



Wednesday, January 13, 2010

Pilihan Raya Kampus: Pro-Mahasiswa tekad kuasai MPM


Menjelang Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 09/10 yang dijangka penghujung Januari ini, kumpulan Pro-Mahasiswa kini mula serius menggerakkan jentera mereka dalam usaha memenangi kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di kampus masing-masing.


Semalam kumpulan yang terdiri dari beberapa front mahasiswa itu melancarkan misi 'Mahasiswa Tawan Kampus' (MiSi-10) dalam satu majlis di Kompleks Perdana Siswa Gazebo Universiti Malaya.

MiSi-10 terdiri daripada gabungan beberapa front yang di ketuai oleh PRO-Mahasiswa bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) , Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) , Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH).

Mereka juga turut disokong olek kumpulan Pro-Mahasiswa di 10 kampus utama seluruh negara.

Dalam satu kenyataan bersama mereka memberitahu, Pelancaran MiSi-10 sebagai isyarat awal mereka menuntut ruang pemilihan yang adil.



"Ini isyarat awal menunjukan bahawa keseriusan kami di peringkat mahasiswa untuk memastikan pilihan raya kampus yang akan berlansung dilaksanakan dalam satu ruang padang yang adil demi melahirkan kepimpinan mahasiswa yang berkualiti bagi membela nasib mahasiswa yang lain khasnya dan nasib rakyat Malaysia umumnya," kenyataan mereka dipetik.

Mereka juga turut mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak universiti melihat kepada beberapa kronologi kes yang berlaku sepanjang tahun 2009 yang didakwa mereka sebagai kongkongan terhadap demokrasi kampus.

Kes yang dijadikan rujukan termasuklah prosiding lapan mahasiswa UM yang disabitkan di bawah AUKU kerana menjemput ahli politik merasmikan program mahasiswa serta kes pendakwaan terhadap lima mahasiswa dalam kes conteng 'bini puaka' di dinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam APIUM.

Selain itu isu halangan penganjuran Forum E-Undi dan tuduhan mahasiswa UKM sebagai Pro-Israel juga ujar mereka suatu yang menghalang mahasiswa beridealisme.

"MiSi-10 melihat bahawa  isu-isu yang berlaku telah mencalarkan imej dan fungsi sebuah universiti yang seharusnya disuburkan dengan budaya dan suasana demokrasi yang memberikan keselesaan kepada mahasiswa untuk beridealisme dan melaksanakan aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri," kata mereka lagi.

Sehubungan itu mereka menuntut pihak universiti bertindak telus dan adil pada PRK akan datang dengan membenarkan kehadiran pemantau bebas dari luar.

Ianya juga termasuk menghapuskan sistem pengundian elektronik (e-undi) pada PRK kali ini dan akan datang.

Selain itu mereka turut menggesa agar pihak universiti mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa untuk berhimpun, bersuara, berpersatuan dan kebebasan akademik.

Pihak universiti juga gesa mereka perlu menjaga keselamatan calon dan mahasiswa daripada ancaman pihak-pihak tertentu semasa proses pilihanraya berlangsung.-Harakahdaily.com

UKM: komplot pilihanraya kampus?



Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) berasa curiga dengan pihak pentadbiran yang didakwanya “berkomplot” dengan kumpulan pro-Aspirasi sebelum berlangsungnya pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Menurut sumber pelajar pro-M kampus tersebut, hal ini berlaku dua hari sebelum semua calon menghadiri kursus calon pilihan raya kampus di Puteri Resort, Air Keroh Melaka selama tiga hari bermula 1 Januari lalu.
Kursus tersebut – untuk calon pro-M dan pro-Aspirasi – adalah untuk mendapatkan sijil bagi layak bertanding dalam pilihan raya kampus yang akan datang.
Dalam perkembangan berkaitan, UKM dijangka mengadakan pilihan raya kampus pada 20 Januari ini, manakala penamaan calon seminggu sebelumnya..
Sumber tersebut mendakwa terdapat satu taklimat dirancang khusus untuk calon pro-Aspirasi pada hari Khamis – sehari sebelum semua calon dijadual bertolak ke Melaka. Taklimat itu dijadual diadakan di Kolej Keris Mas pada jam 9 malam.
“Kami (calon pro-M) membantah. Sekiranya taklimat itu untuk calon, kenapa kami tidak dipanggil,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Menurut sumber, pihaknya mengetahui tentang rancangan mengadakan taklimat itu berdasarkan pengakuan beberapa calon pro-Aspirasi mengenainya.
Ekoran bantahan tersebut, kata sumber itu, majlis taklimat berkenaan telah dibatalkan.
Katanya, mereka juga turut curiga dengan ketidakhadiran enam orang calon dalam kursus calon yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran universiti terbabit di Melaka.
Sumber itu juga mempertikaikan tindak-tanduk empat calon yang tidak hadir sesi hari pertama, tetapi dibenarkan mengikuti kursus itu pada malam Sabtu dan hari berikutnya.
Katanya, mereka – yang didakwanya calon pro-Aspirasi – sepatutnya mengikuti sepenuhnya kursus tersebut selama tiga hari, mulai petang Jumaat.
“Kita khuatir, mereka akan diberikan sijil, dan layak bertanding sedangkan syarat untuk calon bertanding adalah mengikuti kursus ini dengan jayanya,” katanya
Sijil tersebut akan dikeluarkan seminggu selepas kursus itu yang berakhir semalam.
Sumber itu mendakwa empat calon tersebut didapati menghilangkan diri selepas mendaftar pada hari pertama kursus tersebut.
Bagaimanapun, katanya, keempat-empat calon tersebut muncul semula pada malam Sabtu.
“Tak pasti mereka ke mana… Adakah mereka ini layak bertanding?” soal sumber.
Sumber berkata, kursus tersebut sepatutnya dihadiri 172 calon, tetapi hanya pada hari pertama, hanya 166 yang mengikutinya, manakala empat lagi hadir keesokannya.
Katanya, beliau juga tidak mengetahui ke manakah baki dua lagi calon yang tidak hadir itu.
SabahDaily.com

Sunday, October 11, 2009

ISU E-VOTING: 18 kesatuan pelajar serah memorandum


Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) yang disertai 18 kesatuan mahasiswa seluruh kampus semalam menghantar memorandum secara langsung kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Khaled Bin Nordin di Universiti Putra Malaysia.

Memorandum tersebut diserahkan sejurus program sambutan Aidilfitri Bersama Pimpinan MPPK di sini jam 11 pagi di Dewan Besar UPM. 

Delegasi diketuai oleh pengerusi gabungan BANTAH, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh. Turut serta, timbalan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Ithnin, pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional), Shafie Hashim dan seorang exco MPMUM, Mohd Fadzil Bin Jamal.

Disamping itu juga, BANTAH disertai hampir 100 mahasiswa yang menyokong usaha tersebut.
Di dalam pertemuan tersebut, BANTAH mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem perlaksanaan E-Undi dalam Pilihan Raya Kampus akan datang atas alasan tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti dalam melaksanakannya. Antara tuntutan lain juga adalah mendesak KPT supaya memansuhkan AUKU yang mencengkam hak bersuara mahasiswa. 

Dato' Khaled, dalam kenyataan balas terhadap memorandum tersebut, bersetuju mengkaji semula sistem E-Undi, namun tidak bersetuju untuk memansuhkan AUKU atas alasan pemansuhan tersebut akan menyebabkan kesemua universiti akan ditutup. 

Penyerahan memorandum tersebut adalah salah satu usaha BANTAH dan rakan-rakan kesatuan mahasiswa yang lain mendesak dihapuskan sistem E-Undi.

Wednesday, October 7, 2009

Mahasiswa bantah kenyataan Menteri





Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) membantah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap tindakan mahasiswa yang menolak sistem pengundian berkomputer, atau dikenali e-undi di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati hak asasi mahasiswa.


Timbalan Pengerusi MPMN, Hishamuddin Che Ali berkata kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan oleh Khaled Nordin terutamanya menyamakan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu dengan sikap parti pembangkang.


"Apabila memperkatakan mahasiswa bersekutu dengan pembangkang atas isu e-voting ini, kami berasa terkilan dan terkejut dengan kenyataan ini kerana isu e-voting adalah isu hak asasi seseorang warganegara bernama mahasiswa, bukannya isu yang bersifat pro pembangkang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.


Hishamuddin berkata kenyataan seperti itu tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa danMPMN mencadangkan agar mahasiswa duduk semeja dengan pihak kementrian terutamannya menteri itu sendiri.




"MPMN amat menghormati pendirian Menteri (Dato� Khalid) dan tidak mahu memanjangkan isu ini keranan ia tidak menguntungkan kedua-dua pihak ," katanya lagi.
Tetapi ujarnya lagi bahawa menjadi tanggungjawab Kementrian untuk menggesa semua pihak Universiti untuk menjalankan pilihanraya adil dan berdemokrasi dengan menggunakan sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper), bukannya menggunakan sistem e-undi yang sebenarnya telah ditolak oleh 90 peratus daripada lebih kurang 200 wakil calon dalam pemilihan UMNO mac lalu.

Kaedah mengundi secara elektronik telah mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta dilaporkan akan digunakan di kampus-kampus lain yang dijangka akan mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan, bergantung kepada keputusan di peringkat universiti masing-masing.

Dilaporkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung Khamis ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.
Sementara di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula, penamaan calon akan bermula esok dan pengundiannya 14 Oktober ini.
MPMN katanya akan bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain bagi menbantah pengunaan sistem e-undi disebabkan oleh sistem yang boleh dimanipulasikan dan juga pengunaannya boleh mencacatkan pengamalan sistem demokrasi di negara ini.
"Adakah logik apabila pilihanraya di kampus menggunakan komputer untuk mengundi, tetapi apabila mengundi di luar, mereka ini (mahasiswa) akan menggunakan sistem manual," ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam pada itu, Hisyamuddin turut mengulas tentang kenyataan beramaran Menteri bahawa pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang akan dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Katanya ia adalah isu lapuk dan bukannya senjata ampuh untuk takutkan mahasiswa kerana mahasiswa sudah lama memijak-mijak akta ini termasuk pindaan terbaru serta tidak mengiktiraf akta zalim ini.
"AUKU sudah tidak relevan dalam kancah politik baru Malaysia dan jika pengunaan AUKU dikenakan kepada mahasiswa, ianya akan dilihat oleh kaca mata masyarakat sivil sebagai sesuatu yang tidak adil," tegasnya.
"Sekiranya pihak Kementrian beria-ia untuk kenakan mahasiswa dengan AUKU, sepatutnya mahasiswa UiTM Shah Alam yang berdemontrasi pada 12 Ogos tahun lepas yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu dan bukannya melakukan pendakwaan secaa terpilih," ujarnya sambil menambah bahawa demontrasi haram mahasiswa UiTM adalah merupakan binding precedent case (kes duluan mengikat) bagi seluruh mahasiswa apabila berbicara soal AUKU.
Tambahnya lagi bahawa isu AUKU merupakan isu taboo bagi mahasiswa dan ianya perlu diselesaikan segera agar mahasiswa tidak takut dengan akta terbabit.
Justeru itu dilaporkan bahawa MPMN sedang menyiapkan laporan tentang kezaliman AUKU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi laporan tahunan 2009.
Badan mahasiswa itu juga turut merancang untuk menghidupkan kembali Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dan akan melancarkan satu deklarasi mengenai Akta yang telah berusia 28 tahun itu dalam masa terdekat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails