Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Wednesday, September 16, 2009
Koreksi Diri Di Hari Raya
Ramadhan telah meninggalkan kita
Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa
Di hari Raya ini, koreksilah diri sendiri
Layakkah hari ini kita berhari raya
Hari raya hanya untuk orang-orang bertaqwa
Selain mereka tidak layak merayakannya
Renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan
Adakah meningkat dari sebelumnya
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa
Sesuai dengan meningkatnya umur kita
Renung pula kehadapan bagaimana nasib kita
Apakah kita mati didalam Husnul Khatimah
Kerana nafsu selalu mendorong kejahatan
Juga Syaitan yang sentiasa melalaikan
Ingatlah Hari Raya BUKAN UNTUK BERSUKA RIA
Ia hari Bersyukur menggembirakan yang tak punya
Memberi bantuan mereka yang tidak berada
Maaf bermaafan kita sesama kita
Bertimbang rasa kita sesama manusia
Bersimpatilah dengan mereka yang susah
Berkasih sayang itu sangat di perintahkan
Bahkan sesuai dengan fitrah manusia
Sajak aidilfitri :Hikmah Ramadhan dan Syawal
Ramai yang bergembira dengan kedatangan Syawal
Kerana di saat itulah peluang mereka menziarahi sanak saudara dan sahabat
Keluarga serta rakan jiran dan juga taulan
Tetapi tidak ramai yang ingin tahu
Apakah hikmah Ramadhan dan Syawal
Tuhan tidak akan menjadikan sesuatu itu sia sia
Pasti Ramadhan dan Syawal mempunyai hikmahnya
Menyambut Syawal ertinya menyambut Fitrah sembuh dari penyakit batin
Seperti akal yang hanya memikirkan dunia
Nafsu sembuh dari sifat tamaknya dan juga sifat bakhilnya
Roh bebas dari sifat pemarahnya,dengki dan dendamnya
Kerana itu di datangkan bulan Ramadhan kepada kita
Supaya dapat mengubah segala penyakit jiwa
Ibadah puasa yang bukan sahaja di nilai dari lahirnya
Tapi pendengaran penglihatan dan hatinya turut berpuasa
Juga membaca Quran dapat menerangkan hati
Sembahyang yang di hayati melahirkan peribadi mulia
Itulah ubat yang mengembalikan fitrah semulajadi
Hasilnya Tuhan akan memberi Iman dan juga Taqwa
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN...
Renungan Syawal
Satu Syawal merupakan hari raya bagi Umat Islam di dunia. Ia adalah hari syaitan dibebaskan dari tawanan. Hari ini juga adalah hari syaitan bersumpah akan menjadikan anak Adam paling berdosa dalam sejarah. Hari ini adalah hari nafsu tidak lagi lemah lantaran puasa. Hari ini merupakan hari gandingan mereka setelah sebulan dipisahkan.
Pada hari ini, berapa ramai manusia yang telah kembali ingkar dan mungkar pada Allah. Berapa ramai manusia yang dilaknat dan berapa ramai manusia yang telah terhamba hatinya kepada dua musuh utama tadi. Dalam senyum dan gelak muka mereka menjadi hitam lantaran dosa, hati mereka menjadi kelam lantaran derhaka dan jiwa mereka menjadi suram lantaran noda. Berapa ramai yang Tuhan rentap nyawanya pada hari itu. Persoalannya adakah di dalam Husnul Khatimah" (mati di dalam kebaikan)
Bagi Mukmin, pada hari ini kita diajar untuk berziarah dan bersedekah, memohon kemaafan di atas dosa sesama insan. Di ajar untuk mengenang orang yang susah dan berduka, di kala kita gembira.
Duhai Mukmin, jauhilah dari dilaknat di pagi Syawal, jauhilah diri dari menjadi bongkak dan takabbur pada Tuhan. Ingatlah Tuhan dan hindarkanlah dosa. Andaikata Tuhan menjemput kita pada hari ini, pastikan, ia hari termulia dalam hidup kita.
7 Amalan Syawal
1. Banyakkan memohon ampun pada Allah dan kemaafan pada insan.
"sesiapa yang masih berdosa selepas Ramadhan akan celakalah hidupnya"
2. Banyakkan menyapa dan memberi salam
"sesiapa yang menyambungkan silaturrahim, Allah akan permudahkan jalannya ke Syurga"
3. Banyakkan besedekah
"sedekah dapat menghidarkan bala yang akan menimpa"
4. Banyakkan bertasbih, bertahmid dan bertakbir
Sesiapa yang menyebut nama Allah di bumi, Allah akan menyebutnya di langit, dan sesiapa yang namanya disebut akan diberi rahmat di dalam hidupnya"
5. Banyakkan berziarah
"Siapa yang menziarahi saudaranya kerana Allah, Allah akan sediakan mahligai baginya di syurga"
6. Banyakkan berdoa
"Sesiapa yang memohon kepada Allah akan keselamatan, maka jelaslah orang itu bertawakkal. Sesiapa yang bertawakkal pada Allah, maka tidaklah dia berjalan di muka bumi ini kecuali dengan pertolonganNya.
7. Banyakkan bersyukur
"Sesiapa yang bersyukur pada Allah (di atas nikmatNya) maka Allah akan gandakan nikmat yang telah dikurniakannya itu"
Semoga, kita semua di dalam rahmat dan perlindungan ilahi.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

Subscribe to:
Posts (Atom)