Sunday, March 7, 2010

TGNA berikan jawapan


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terkilan  apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama beliau secara terbuka di khalayak ramai di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas.


Sehubungan dengan itu, TGNA memberikan kenyataan dan penjelasan beliau. Berikut adalah kenyataan TGNA terhadapa Muifti Tan Sri Harussani yang di petik dari HarakahDaily.com.


Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.
Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau  di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,
“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”
Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.
Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan  politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah  mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?
Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di  dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!
Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.
Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Noordin tuntut keADILan.



Zulkifli Noordin yakni anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam telah dipecat keanggotaannya oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa diberi peluang membela diri dakwa beliau. Beliau mendakwa tindakan pantas memecat beliau dari parti itu membuktikan PKR tidak seiring dengan apa yang di laung-laungkan (keadilan) kerana beliau sendiri tidak di berikan peluang untuk membela diri menurut hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat.


Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution menjelaskan keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan baru baru ini. Bagaimanapun, Zulkifli diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.


Zulkifli Noordin mendakwa beliau hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isu yang dibangkitkan membabitkan kalimah Allah, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam, tetapi mereka(PKR) meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan beliau dan umat Islam.

Zulkifli berkata walaupun diberi peluang membuat rayuan, beliau tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip dan menjual maruah berhadapan dengan sandiwara Firaun-firaun Kecil dalam parti itu. Walaubagaimanapun, beliau akan mengkaji dan menimbang pilihan yang ada dengan sewajarnya sesuai dengan tindakan.



MalaysiaKini.

Mari ketahui nama-nama Al Quran


  • Al-Kitab (buku)
Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (QS. Al-Baqarah [2]:2)
  • Al-Furqan (pembeda benar salah)
Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al-Qur'an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. (QS. Al Furqaan [25]:1)
  • Adz-Dzikr (pemberi peringatan)
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur'an), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (QS. Al Hijr [15]:9)
  • Al-Mau'idhah (pelajaran/nasehat)
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. Yunus [10]:57)
  • Asy-Syifa' (obat/penyembuh)
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. Yunus [10]:57)
  • Al-Hukm (peraturan/hukum)
Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al-Qur'an itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah. (QS. Ar Ra'd [13]:37)
  • Al-Hikmah (kebijaksanaan)
Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalamneraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah). (QS. Al Israa' [17]:39)
  • Al-Huda (petunjuk)
Dan sesungguhnya kami tatkala mendengar petunjuk (Al-Qur'an), kami beriman kepadanya. Barangsiapa beriman kepada Tuhannya, maka ia tidak takut akan pengurangan pahala dan tidak (takut pula) akan penambahan dosa dan kesalahan. (QS. Al Jin [72]:13)
  • At-Tanzil (yang diturunkan)
Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, QS. Asy Syu’araa’ [26]:192)
  • Ar-Rahmat (karunia)
Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (QS. An Naml [27]:77)
  • Ar-Ruh (ruh)
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu ruh (Al-Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al-Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al-Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (QS. Asy Syuura [42]:52)
  • Al-Bayan (penerang)
(Al-Qur'an) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (QS. Ali Imran [3]:138)
  • Al-Kalam (ucapan/firman)
Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (QS. At Taubah [9]:6)
  • Al-Busyra (kabar gembira)
Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al-Qur'an itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (QS. An Nahl [16]:102)
  • An-Nur (cahaya)
Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu. (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang. (Al-Qur'an). (QS. An Nisaa' [4]:174)
  • Al-Basha'ir (pedoman)
Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini. (QS. Al Jaatsiyah [45]:20)
  • Al-Balagh (penyampaian/kabar)
(Al-Qur'an) ini adalah kabar yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran. (QS. Ibrahim [14]:52)
  • Al-Qaul (perkataan/ucapan)
Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al-Qur'an) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran. (QS. Al Qashash [28]:51)

Wednesday, March 3, 2010

Kenapa mesti lompat parti?

Bismillahhirrahmanirrahim...

Gambar diatas adalah Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.Beliau dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti. Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng. Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Dari hari ke hari kita asyik mendengar beberapa ahli parlimen yang keluar parti dan majoriti mereka adalah ahli parlimen dari parti pembangkang iaitu Parti keadilan Rakyat (PKR). Persoalannya di sini, mengapa mesti ahli parlimen tersebut mengambil langkah (baik atau buruk terpulang pada rakyat menilai) itu? 

Hari ini Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri keluar parti atas sebab pendirian PKR dalam isu kalimah Allah tidak sehaluan dengan pendirian beliau. Walaupun begitu, sebenarnya isu ini boleh di bawa ke meja perbincangan dalaman parti dan kenapa mesti keluar parti?. Dalam parti tidak semestinya semua sebulu. Tapi jika terdapat masalah perbezaan pendapat, itulah dikatakan ada istilah musyawarah dalam organisasi.Sepatutnya Mohsin hendaklah terus dan terus membawa pendapatnya dalam isu tersebut dan langkah keluar parti adalah langkah yang tidak efektif.

Pandangan peribadi saya kepada ahli parlimen yang keluar atau lompat parti adalah disifatkan sebagai mengkhianati rakyat yang telah mengundi mereka pada pilihan raya lepas. Rakyat mengundi mereka atas dasar mereka berada di dalam parti, dan juga dasar perjuangan parti itu sendiri. Terbukti mereka yang keluar parti ini hanya mementingkan kepentingan diri sendiri berbanding dengan kepentingan rakyat dan keseluruhannya.

Pemimpin seperti ini dikhuatiri hanya akan dijadikan kuda tunggangan Umno dan BN untuk mereka jadikan bahan dan modal bagi mereka untuk meraih sokongan rakyat namum begitu rakyat tidak sekali-kali akan tertipu dengan dakyah mereka ini kerana pembohongan yang dilakukan oleh mereka telah menunjukkan bahawa mereka inilah petualang yang sebenarnya.



Pak lah pada masa yang sama menyatakan bahawa walaupun ramai AP PKR yang keluar parti, tidak semestinya BN dan Umno akan menjadi kuat. Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) boleh mengembalikan majoriti dua pertiga yang terlepas pada 2008 jika trend keluar parti untuk menjadi wakil Bebas oleh Ahli Parlimen pembangkang berterusan dalam waktu terdekat.

Pada 2 Mac lepas, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr Mansor Othman menjangka sekurang-kurangnya lima lagi ahli parti itu termasuk wakil rakyat akan keluar parti itu tidak lama lagi. Tanpa menyebut ahli parti dari negeri tertentu, Mansor (kiri) yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, terdapat sebilangan ahli PKR yang tidak berpuas hati dan tidak menunjukkan prestasi di dalam parti itu dijangka berbuat demikian beberapa minggu lagi. Beliau mengulas tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Tan Tee Beng, keluar parti itu. 

Mansor juga meminta ahli parti yang kecewa supaya meninggalkan parti itu daripada mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti itu. 

Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata kedudukan PKR dalam pakatan pembangkang juga tidak akan tergugat dengan tindakan itu.



Sehubungan dengan itu, Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti. Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Pada masa yang sama, Kumpulan aktivis Reformasi menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti di samping melahirkan keyakinan penuh mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan Reformis adalah penyokong tegar Anwar yang menggerakkan perjuangan reformasi selepas Anwar dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri. Bagi mereka, tindakan ahli-ahli Parlimen yang melompat parti adalah tindakan golongan pengecut yang jelas merupakan pengkhianatan kepada pengundi yang telah mengundi mereka dalam pilihan raya umum lepas untuk mewakili mereka melaksanakan agenda perubahan seperti yang dinyatakan dalam manifesto.

Apapun, inilah hakikat berpolitik, kadang-kadang kawan boleh menjadi lawan dan sebaliknya. Sesunggunhnya Rasulullah juga berpolitik tetapi adakah politik Rasulullah saw sama seperti politik yang kita amalkan sekarang?? Renung-renungkan..

p/s: Penulis tidak terlibat dalam mana mana parti politik..^_^


Saturday, February 27, 2010

AKU CUBA MENCINTAIMU




Aku cuba mencintaiMu Tuhan
Tapi tidak juga terasa
Aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa
Aku fikir-fikirkan nikmat-nikmatMu
Aku kenang-kenangkan rahmatMu
Agar nampak kemurahanMu
Atas nama Tuhan aku akur
Namun aku belum juga jatuh hati denganMu
Aku susah hati, aku sedih selalu
Mengapa terjadi begini
Mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
Sedangkan aku tahu
aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku
Kalau hendak dihitung tidak mungkin dihitung
Walaupun melalui komputer

Aku iri hati selalu
Cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
Hebatnya cinta mereka padaMu
Hilang selera makan keranaMu
Asyik memuja dan memujiMu
Mensucikan dan membesarkanMu
Terutama di waktu malam yang sepi,
di waktu orang mimpi
Mereka memujaMu, merintih padaMu
Mengharap kasih sayang padaMu
Air mata mereka membasahi pipi
Ada kala menitis ke bumi

Mereka merasai Engkau adalah segala-galanya
Engkau adalah hidup mati mereka
Engkau adalah di bibir mereka
Engkau adalah hati jantung mereka
Tapi aku tidak begitu
Aduh kerasnya hatiku
Hingga ini aku belum mencintai kekasih
agungku
Baru aku sedar cinta padaMu adalah anugerah
dan hidayahMu
Bertuahlah dan berbahagialah orang yang  Engkau
anugerahkan kecintaan kepadaMu
Aku bilakah lagi Tuhan ?
Dapat sedikit pun jadilah !
Aku tidak putus asa
Aku cuba lagi selagi ada nyawa di badan
Di ujung hidupku pun
Kalau dapat sudah cukuplah wahai Tuhan
Al Hannan wal mannan



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails