Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.
Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.
Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.
Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.
Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.
Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.
SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi. Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.
Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.
Sunday, October 11, 2009
ISU E-VOTING: 18 kesatuan pelajar serah memorandum
Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) yang disertai 18 kesatuan mahasiswa seluruh kampus semalam menghantar memorandum secara langsung kepada Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dato' Khaled Bin Nordin di Universiti Putra Malaysia.
Memorandum tersebut diserahkan sejurus program sambutan Aidilfitri Bersama Pimpinan MPPK di sini jam 11 pagi di Dewan Besar UPM.
Delegasi diketuai oleh pengerusi gabungan BANTAH, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh. Turut serta, timbalan pengerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Hisyamuddin Che Ali, pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Ithnin, pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional), Shafie Hashim dan seorang exco MPMUM, Mohd Fadzil Bin Jamal.
Disamping itu juga, BANTAH disertai hampir 100 mahasiswa yang menyokong usaha tersebut.
Di dalam pertemuan tersebut, BANTAH mengemukakan beberapa tuntutan, antaranya memansuhkan sistem perlaksanaan E-Undi dalam Pilihan Raya Kampus akan datang atas alasan tiadanya ketelusan dan kurang persediaan di peringkat universiti dalam melaksanakannya. Antara tuntutan lain juga adalah mendesak KPT supaya memansuhkan AUKU yang mencengkam hak bersuara mahasiswa.
Dato' Khaled, dalam kenyataan balas terhadap memorandum tersebut, bersetuju mengkaji semula sistem E-Undi, namun tidak bersetuju untuk memansuhkan AUKU atas alasan pemansuhan tersebut akan menyebabkan kesemua universiti akan ditutup.
Penyerahan memorandum tersebut adalah salah satu usaha BANTAH dan rakan-rakan kesatuan mahasiswa yang lain mendesak dihapuskan sistem E-Undi.
Wednesday, October 7, 2009
Mahasiswa bantah kenyataan Menteri
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) membantah kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap tindakan mahasiswa yang menolak sistem pengundian berkomputer, atau dikenali e-undi di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan menyifatkannya sebagai tidak menghormati hak asasi mahasiswa.
Timbalan Pengerusi MPMN, Hishamuddin Che Ali berkata kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan oleh Khaled Nordin terutamanya menyamakan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu dengan sikap parti pembangkang.
"Apabila memperkatakan mahasiswa bersekutu dengan pembangkang atas isu e-voting ini, kami berasa terkilan dan terkejut dengan kenyataan ini kerana isu e-voting adalah isu hak asasi seseorang warganegara bernama mahasiswa, bukannya isu yang bersifat pro pembangkang," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Hishamuddin berkata kenyataan seperti itu tidak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa danMPMN mencadangkan agar mahasiswa duduk semeja dengan pihak kementrian terutamannya menteri itu sendiri.
"MPMN amat menghormati pendirian Menteri (Dato� Khalid) dan tidak mahu memanjangkan isu ini keranan ia tidak menguntungkan kedua-dua pihak ," katanya lagi.
Tetapi ujarnya lagi bahawa menjadi tanggungjawab Kementrian untuk menggesa semua pihak Universiti untuk menjalankan pilihanraya adil dan berdemokrasi dengan menggunakan sistem pemangkahan undi melalui kertas (ballout paper), bukannya menggunakan sistem e-undi yang sebenarnya telah ditolak oleh 90 peratus daripada lebih kurang 200 wakil calon dalam pemilihan UMNO mac lalu.
Kaedah mengundi secara elektronik telah mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2003 dan kemudian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta dilaporkan akan digunakan di kampus-kampus lain yang dijangka akan mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) bermula pada pertengahan bulan ini sehingga awal tahun depan, bergantung kepada keputusan di peringkat universiti masing-masing.
Dilaporkan bahawa penamaan calon bagi pilihan raya kampus UUM akan berlangsung Khamis ini, manakala pengundian dijadualkan pada 12 Oktober.
Sementara di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula, penamaan calon akan bermula esok dan pengundiannya 14 Oktober ini.
MPMN katanya akan bersama-sama dengan gerakan mahasiswa lain bagi menbantah pengunaan sistem e-undi disebabkan oleh sistem yang boleh dimanipulasikan dan juga pengunaannya boleh mencacatkan pengamalan sistem demokrasi di negara ini.
"Adakah logik apabila pilihanraya di kampus menggunakan komputer untuk mengundi, tetapi apabila mengundi di luar, mereka ini (mahasiswa) akan menggunakan sistem manual," ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Perwakilan Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam pada itu, Hisyamuddin turut mengulas tentang kenyataan beramaran Menteri bahawa pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang akan dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Katanya ia adalah isu lapuk dan bukannya senjata ampuh untuk takutkan mahasiswa kerana mahasiswa sudah lama memijak-mijak akta ini termasuk pindaan terbaru serta tidak mengiktiraf akta zalim ini.
"AUKU sudah tidak relevan dalam kancah politik baru Malaysia dan jika pengunaan AUKU dikenakan kepada mahasiswa, ianya akan dilihat oleh kaca mata masyarakat sivil sebagai sesuatu yang tidak adil," tegasnya.
"Sekiranya pihak Kementrian beria-ia untuk kenakan mahasiswa dengan AUKU, sepatutnya mahasiswa UiTM Shah Alam yang berdemontrasi pada 12 Ogos tahun lepas yang perlu diambil tindakan terlebih dahulu dan bukannya melakukan pendakwaan secaa terpilih," ujarnya sambil menambah bahawa demontrasi haram mahasiswa UiTM adalah merupakan binding precedent case (kes duluan mengikat) bagi seluruh mahasiswa apabila berbicara soal AUKU.
Tambahnya lagi bahawa isu AUKU merupakan isu taboo bagi mahasiswa dan ianya perlu diselesaikan segera agar mahasiswa tidak takut dengan akta terbabit.
Justeru itu dilaporkan bahawa MPMN sedang menyiapkan laporan tentang kezaliman AUKU untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi laporan tahunan 2009.
Badan mahasiswa itu juga turut merancang untuk menghidupkan kembali Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) dan akan melancarkan satu deklarasi mengenai Akta yang telah berusia 28 tahun itu dalam masa terdekat.
Tuesday, October 6, 2009
Mahasiswa UM lancar kempen sokong Kartika
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan melancarkan kempen 'Kelab Sahabat Kartika' bagi memberi sokongan moral kepada Kartika Sari Dewi Shukarnor berhubung isu penangguhan hukuman sebat terhadap wanita tersebut.
MPMUM melalui unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), akan melancarkan kempen tersebut tiga hari bermula pada 15 hingga 17 Oktober ini bersempena Festival Mahasiswa Universiti Malaya (FEMINA).
MPMUM melalui unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), akan melancarkan kempen tersebut tiga hari bermula pada 15 hingga 17 Oktober ini bersempena Festival Mahasiswa Universiti Malaya (FEMINA).
Lebih menarik, pada tarikh sama turut akan diadakan demonstrasi sebat oleh wakil penjara mengikut undang-undang syariah.
"Kami anjurkan semua ini bagi menunjukkan kebersamaan dan sokongan mahasiswa terhadap dia (Kartika).
"Kami lihat terlalu banyak pihak yang memberi tekanan kepada dia, " ujar Setiausaha MPMUM, Shah Rizul Ayuni Zulkiply.
Keputusan mengadakan kempen dan demonstrasi sebat tersebut dicapai selepas pertemuan kali pertama mereka dengan model sambilan tersebut 4 Oktober lalu.
Dalam kunjungan itu, MPMUM bersama-sama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah menjemput Kartika berkongsi pendiriannya kepada mahasiswa dalam satu program khas anjuran mereka bulan ini.
Setelah berbincang, Kartika hanya bersetuju untuk hadir selepas selesai menjalani hukuman atas alasan keselamatan.
"Kartika ada beritahu kami, banyak NGO dan wakil parti politik datang jumpa, tapi tak ramai yang menyokong keputusan dia yang mahu disebat. Yang medesak dia tarik keputusan tersebut ramai la.
"Dia (Kartika) juga kesal dengan laporan media yang membuat laporan tapi tidak sampai tahap yang dia mahu, " kata Ayuni lagi.
24 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.
Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.
Kartika didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.
Dari sudut sejarahnya, Kartika merupakan wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini sedangkan Iran, Pakistan, Arab Saudi, Sudan dan negara-negara yang mengamalkan hukum islam, ia merupakan satu fenomena biasa.
Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin - ulama
Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.
Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.
Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).
"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.
Panji Hitam Dari Ufuk Timur
1. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
2. Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.
3. Sabda Nabi SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.
4. Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja.
(Abu Daud & Al-Hakim)
Saturday, October 3, 2009
UiTM Sabah Arabic Night 2009 :Kepentingan Mempelajari Bahasa Arab
Baru baru ini, Persatuan Bahasa Arab UiTM Sabah julung julung kalinya telah menganjurkan malam khusus untuk pelajar yang mengambil bahasa arab sebagai "third languange" dalam syllibus mereka.Setelah beberapa semester tidak diadakan aktiviti seperti ini,akhirnya ia berjaya di langsungkan dengan sokongan penuh daripada Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik UiTM Sabah sendiri, Prof. Madya Hjh. Rosdiana. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana memberi sokongan kepada Persatuan Bahasa Arab UiTM Sabah.
Students yang hadir pada malam itu adalah terdiri daripada mereka yang mengambil kos seperti Banking, Business, Tourism, Bachelor in Eco(BBA), dan Bachelor in Admin Science(BASc).
Kepentingan Mempelajari Bahasa Arab
Gambar: Penulis dengan Ustaz Mazuki Izani Ismail(Muhadir Al Lughah Al Arabiyyah fi UiTM Sabah)
Bahasa Arab begitu dekat di hati umat Melayu dan hampir 1,700 patah perkataan Arab telah diterimapakai di dalam bahasa Melayu sejak awal kedatangan Islam di dunia nusantara. Bahasa Arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat Islam dulu, kini dan selamanya di mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya ialah setiap hari kita diwajibkan bersembahyang yang mana bacaan dan doa di dalamnya adalah di dalam bahasa Arab manakala kita juga akan mendengar laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu sembahyang yang juga di dalam bahasa Arab.
Lebih unik lagi bagi umat Islam, perkataan pertama yang didengar sejurus selepas dilahirkan ke dunia ialah azan dan iqamat yang menandakan kecintaan kita terhadap bahasa Arab telah diterap sejak masih bayi lagi. Kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan tulisan bahasa Melayu. Ketinggian dan keistimewaan bahasa ini telah diakui dan dibuktikan oleh pakar-pakar ilmu bahasa (linguisticans), pengkaji bahasa (philogist) dan perkamusan (lexicographer) Barat. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu kepada perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadian struktur sesebuah negara bangsa.
Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia juga adalah di dalam bahasa Arab dan seluruh umat Islam digalakkan membaca, memahami, menghafal, mengikuti segala ajaran dan melaksana serta menterjemahkan segala panduan di dalam kehidupan seharian. Membaca al-Quran seolah-olah kita sedang berdailog dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t secara live, satu pengalaman yang amat unik dan perlu dijadikan amalan harian umat Islam. Realiti ini menjadikan bahasa Arab mampu melonjak corak dan tahap pemikiran manusia yang lebih holistik, komprehensif dan membentuk satu anjakan paradigma ke arah menjadi individu yang versatil dalam menangani suvival semasa umat Islam.
Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah danqunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.
Bahasa Arab adalah bahasa umat Islam dan bahasa syurga. Dengan jumlah umat Islam yang kini mencecah 1.6 bilion orang di seluruh dunia, membuktikan bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global. Kebolehan berbahasa Arab membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Arab dan dapat mengenali mereka secara lebih dekat serta mengikat silatulrahim sesama umat Islam. Dalam konteks dunia Melayu pula, bahasa Arab digunakan secara meluas sejak awal kedatangan Islam dan kemuncaknya ialah pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sehinggalah ke hari ini di mana bahasa ini digunakan di dalam pelbagai aspek dari sudut ekonomi, sosial, politik, diplomatik hatta di dalam amalan mistik dan jampi serapah pun bahasa Arab banyak digunakan terutamanya di dalam perubatan tradisional dan alternatif.
Bahasa Arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia serta telah menarik ramai orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, namun begitu bahasa Arab tetap memainkan peranan penting di dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di kalangan negara anggota OIC. Melalui medium bahasa Arab juga negara Islam diseluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih akomodatif dan progresif bagi mendepani segala anasir-anasir negatif yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Islam.
Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran memperkenalkan program J-QAF iaitu sistem pendidikan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan tulisan Jawi secara yang lebih efektif di sekolah-sekolah rendah mampu memperkasakan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab di kalangan rakyat Malaysia, di samping program bahasa Arab yang turut disediakan di peringkat sekolah menengah dan yang lebih tinggi hampir semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara adalah momentum positif kepada bahasa syurga ini. Pemikir Islam terkenal, Hassan al-Banna pernah berpesan di dalam wasiat sepuluhnya yang berbunyi " Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam".
RUJUKAN:
Zamri Mohamad, 2003. Bahasa Arab, Bahasa Syurga Yang Mempengaruhi Dunia. Utusan Malaysia, 10 Jun
"Menghayati Sejarah Tulisan Bahasa Arab dan Tulisan Jawi", Utusan Malaysia, 2 Mac 2006
Gambar: Suasana di Arabic Night
Students yang hadir pada malam itu adalah terdiri daripada mereka yang mengambil kos seperti Banking, Business, Tourism, Bachelor in Eco(BBA), dan Bachelor in Admin Science(BASc).
Gambar: Sebahagian kumpulan yang melaukukan persembahan

Thursday, October 1, 2009
Jalan Lurus Menuju Mardhatillah
Jalan Lurus
Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
Jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh
yang keenam salat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diartikan
yang delapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua
Subscribe to:
Posts (Atom)