Friday, April 3, 2009
Akibat Bercinta Sebelum Kahwin...
Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu. Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin,berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu. Sebelum berkahwin, di waktu bercinta semuanya indah-indah belaka. Tidak ada yang susah, tidak ada masalah. Semuanya baik walaupun jelek,sekalipun menyusahkan, tapi indah. Di masa itu kentutnya pun wangi,peluhnya pun harum mengalahkan atar. Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun,tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah sekarang masalah. Dahulu yang busuk berbau harum,sekarang yang harum berbau busuk. Sekalipun atar pilihannya yang dipakai namun baunya menyakitkan. Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah,sekarang yang mudah satu kewajipan pula dianggap masalah. Dahulu cinta itu dirasakan sampai kesudah,rupanya sebelum separuh jalan, punah. Dahulu yang jahat pun dianggap baik,sekarang yang baik dianggap jahat. Betapalah yang jahat,terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan. Perang mulut pun mula terjadi,masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan. Kadang-kadang tidur pun berasingan atau tidur membelakang. Dahulu marahnya pun indah,sekarang senyumnya pun pahit macam jadam. Masing-masing bawa diri,izin-mengizin sudah tiada lagi. Makin bertemu perang menjadi-jadi,makin berjumpa makin benci-membenci. Akibatnya apa sudah terjadi pada suami isteri ini?!Kedua-duanya pergi jumpa tuk kadhi minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi. Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin. Indahnya dan manisnya sudah habis barulah diijabkabulkan..
Labels:
Cara Hidup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Comment here...