Thursday, April 30, 2009

Saturday, April 25, 2009

Mencari Keredhaan Tuhan

Mencari Keredhaan Tuhan

Marilah kita berusaha mencari harta benda dunia untuk Tuhan

Di sini ada pahala, di sini juga ada kemajuan, di sini ada keredhaan Tuhan, di sini juga ada jalinan kasih sayang sesama insan

Ia bukan untuk dicinta, ia untuk ditadbir dan diagih-agihkan sesama insan

untuk kasih sayang sesama

Dari kasih sayang lahirlah perpaduan sesama insan

Apabila diagih-agihkan untuk keperluan manusia kerana Tuhan, di situ ada pahala

Apabila diagih-agihkan untuk kepentingan manusia, menjelmalah kemajuan bersama

Kerana agihan itu ada tujuan kerana Tuhan, keredhaan Tuhan pun datang

Agihan itu juga menjalinkan kasih sayang sesama manusia atau insan

Sungguh indahnya hidup bersama harta kerana Tuhan

Sekiranya ia ditadbir dengan bijaksana

Faedahnya begitu global, mencakup dunia dan Akhirat

Dapat pahala, dapat keredhaan Tuhan, dapat kemajuan,

dapat jalinkan kasih sayang sesama insan

Hilanglah hasad dengki, hilanglah iri hati, hilang benci-membenci, hilanglah permusuhan

Hari ini yang terjadi kerana harta datang hasad dengki menyerang

Kerana harta datang berebut-rebutan, pecah ukhwah, retak perpaduan

Pecah-belah keluarga, renggang persaudaraan, hilang kasih sayang sesama hamba Tuhan

Kerana harta tercetus permusuhan, datang perbalahan, berlakulah pergaduhan

Jadikanlah harta untuk keredhaan Tuhan, jadikanlah harta untuk kasih sayang

Jadikanlah harta untuk kemajuan, jadikanlah harta untuk kepentingan bersama

Dunia aman, damai, hidup rasa bersama, bahagia dan harmoni

Sungguh indah hidup bersama dunia untuk Tuhan, ia selamat menyelamatkan

Rahsianya adalah cintakan Tuhan, maka dunia ini akan dapat diagih-agihkan

sesama insan

Tuesday, April 7, 2009

SATU SOALAN SEPULUH JAWAPAN

Sepuluh orang pembesar Yahudi telah datang menemui Sayidina Ali k.w.j secara bergilir-gilir. Mereka bertanyakan satu soalan yang serupa dan dijawab oleh Sayidina Ali dengan sepuluh jawapan yang berbeza-beza.Soalannya: "Yang manakah lebih bermanfaat ilmu atau harta?"" Tentulah ilmu" jawab Sayidina Ali." Apakah alasan tuan berkata dernikian?"Sayidina Ali menjawab: "Ilmu itu pusaka ataupun warisan para Nabi sebaliknya harta itu pusaka Qarun."Soalan: "Yang manakah lebih bermanfaat,ilmu atau harta? "Sayidina Ali pun pun menjawab: "Tentulah iImu kerana ilmu itu menjaga dan memelihara kita, tetapi harta kita pula yang terpaksa menjaga dan memeliharanya."Kali ketiga Sayidina Ali pun menjawab: "Tentulah ilmu kerana orang yang berharta banyak musuhnya seperti pencuri dan penyamun, dan sentiasa pula bimbang akan hartanya itu. Sebaliknya orang yang berilmu ramai sahabat dan sentiasa selamat. "Jawapan keempat : "Ilmu lebih bermanfaat kerana harta jika selalu digunakan akan berkurangan, sebaliknya ilmu jika selalu digunakan akan bertambah. "Jawapan yang kelima: "Ilmu lebih bermanfaat kerana orang berharta kerap dipanggil dengan gelaran bakhil atau cela. Tetapi orang berilmu sering dipanggil dengan nama yang baik dan mulia.Jawapan yang keenam: "Ilmu lebih bermanafaat kerana harta perlu dijaga supaya tidak dicuri tetapi ilmu tidak perlu menjaganya daripada kecurian."Jawapan ketujuh: " Ilmu lebih bermanfaat kerana harta akan dihisab kelak tetapi ilmu akan memberi syafaat."Jawapan kelapan: Sayidina Ali tetap mengatakan " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta akan rosak sekiranya disimpan tetapi ilmu tidak akan rosak walau selama manapun disimpan."Jawapan kesembilan: " Ilmu lebih bermanafaat kerana harta mengeraskan hati tetapi ilmu melembutkan hati."Dan jawapan yang terakhir untuk pembesar Yahudi yang kesepuluh Sayidina Ali tetap mangatakan ilmu lebih bermanfaat daripada harta kerana pemilik harta selalu merasakan dirinya hebat, malah ada yang merasakan dirinya Tuhan seperti Qarun. Tetapi pemilik ilmu selalu merasakan dirinya lemah dan hamba Allah. Akhirnya sepuluh orang pembesar Yahudi itu berkumpul semula membincangkan jawapan yang diberi oleh SayidinaAli. Memang benarlah Sayidina Ali seorang yang tinggi ilmunya. Dengan kehendak Allah kesepuluh orang pembesar Yahudi itu pergi semula ke rumah Sayidina Ali untuk memeluk agama Islam.Kata Sayidina Ali: "Jika datang lagi mereka kepada aku bertanyakan soalan yang sama, aku tetap akan memberikan jawapan yang berlainan sehingga akhir hayatku."

Artikel ini di ambil dari

http://www.ikhwantoday.com/

Friday, April 3, 2009

Akibat Bercinta Sebelum Kahwin...

Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu. Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin,berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu. Sebelum berkahwin, di waktu bercinta semuanya indah-indah belaka. Tidak ada yang susah, tidak ada masalah. Semuanya baik walaupun jelek,sekalipun menyusahkan, tapi indah. Di masa itu kentutnya pun wangi,peluhnya pun harum mengalahkan atar. Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun,tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah sekarang masalah. Dahulu yang busuk berbau harum,sekarang yang harum berbau busuk. Sekalipun atar pilihannya yang dipakai namun baunya menyakitkan. Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah,sekarang yang mudah satu kewajipan pula dianggap masalah. Dahulu cinta itu dirasakan sampai kesudah,rupanya sebelum separuh jalan, punah. Dahulu yang jahat pun dianggap baik,sekarang yang baik dianggap jahat. Betapalah yang jahat,terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan. Perang mulut pun mula terjadi,masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan. Kadang-kadang tidur pun berasingan atau tidur membelakang. Dahulu marahnya pun indah,sekarang senyumnya pun pahit macam jadam. Masing-masing bawa diri,izin-mengizin sudah tiada lagi. Makin bertemu perang menjadi-jadi,makin berjumpa makin benci-membenci. Akibatnya apa sudah terjadi pada suami isteri ini?!Kedua-duanya pergi jumpa tuk kadhi minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi. Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin. Indahnya dan manisnya sudah habis barulah diijabkabulkan..

Wednesday, April 1, 2009

Muslimah Memang Tak Guna


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

artikel ini di copy dari http://hafizmujahid.multiply.com/journal/item/150

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails